Tuesday, March 10, 2015

Tidur Siang dalam Kalangan Pelajar UKM




ZZZT/LMCR 2213 SET 1
BENTUK-BENTUK PENULISAN


“KECENDERUNGAN MAHASISWA UKM TIDUR DI SIANG HARI PADA HUJUNG MINGGU”


PENSYARAH:
CIK MAHARAM BINTI MAMAT


DISEDIAKAN OLEH:
KUMPULAN DIVERGENT


RASYIQAH BATRISYA BINTI MD ZOLKAPLI                        A140926
NUR HAZMIRA BINTI AHMAD ZAMRI                                    A141166
LOW MAY MAY                                                                  A149704
KHAIRUL ANWAR BIN ABDULLAH                             A131180
NAZURAH BINTI ISHAK                                                  A141130







“KECENDERUNGAN MAHASISWA UKM TIDUR
DI SIANG HARI PADA HUJUNG MINGGU”



Rasyiqah Batrisya Binti Md Zolkapli
Nur Hazmira Binti Ahmad Zamri
Low May May
Khairul Anwar Bin Abdullah
Nazurah Binti Ishak

Universiti Kebangsaan Malaysia


Abstrak


Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kecenderungan mahasiswa UKM tidur di siang hari pada hujung minggu. Kajian ini dijalankan di sekitar kawasan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Seramai 100 orang mahasiswa UKM menjadi responden bagi kajian ini iaitu 50 daripadanya terdiri daripada siswa dan 50 daripadanya terdiri daripada siswi. Responden yang terlibat dalam kajian ini dipilih secara rawak daripada pelbagai kaum dan agama serta tidak terhad kepada jurusan yang diambil oleh mereka. Penggunaan borang soal selidik digunakan sebagai kaedah untuk memperolehi data daripada para responden. Borang soal selidik tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu data demografi responden dan data kecenderungan mahasiswa UKM tidur di siang hari pada hujung minggu. Data demografi responden merupakan penanda aras bagi kajian terhadap punca dan akibat kecenderungan perilaku tersebut. Terdapat tiga cabang utama yang menjadi objektif utama kajian ini iaitu kekerapan mahasiswa UKM tidur di siang hari pada hujung minggu, faktor-faktor penyumbang perilaku tidur di siang hari pada hujung minggu serta implikasi-implikasi yang dialami akibat daripada perilaku tersebut. Hasil analisis menunjukkan majoriti mahasiswa bersetuju bahawa mereka kerap tidur di siang hari dan terdapat pelbagai faktor yang menyumbang perilaku tersebut. Majoriti mahasiswa juga menyatakan bahawa perilaku ini sedikit sebanyak memberi kesan yang negatif terhadap kegiatan kokurikulum mereka serta pencapaian akademik mereka. Hal ini berpunca daripada kegagalan mahasiswa menyusun jadual mereka serta mengisi masa lapang mereka dengan perkara-perkara yang berfaedah.





1.0  PENGENALAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terkemuka di Malaysia. UKM bukan sahaja dikenali dengan kemantapan akademik yang amat membanggakan tetapi juga keterlibatan secara aktif para pelajarnya dalam bidang kokurikulum. Sebagai contoh, sehingga kini terdapat 202 buah persatuan yang telah berdaftar di bawah Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel). Antaranya merupakan persatuan yang berfokus kepada aktiviti kesukanan, intelektual, kemanusiaan, perhubungan dan sebagainya. Terdapat pelbagai platform yang disediakan oleh pihak universiti bagi menggalakkan para mahasiswa mengembangkan bakat mereka. 


Thursday, May 29, 2014

JURNAL REFLEKSI Kajian GAYA HIDUP SIHAT





JURNAL REFLEKSI

GAYA HIDUP SIHAT: SATU KAJIAN KESEDARAN PELAJAR TERHADAP CARA HIDUP SIHAT

OLEH:

Anis Asmira Binti Amir Shariffudin
Nur Athirah Binti Mohd Nordin         
Nor Hanani Binti Mazlan
Tengku Athirah Binti Tengku Azhar
Francis Anthony Ligadu
Nazrul Farid Bin Amirudin
Nur Atiqah Nasibah Binti Abu Bakar
Muhammad Hafizuddin Bin Salehuddin
Nur Musfirah Binti Mustak Ahmad               



1. Pendahuluan

Refleksi jurnal ini ditulis bertujuan untuk melaporkan setiap langkah kerja yang dilakukan dalam usaha untuk menjayakan projek pembangunan diri kumpulan kami, iaitu tajuk projek yang kami jalankan ialah “Gaya Hidup Sihat: Satu Kajian Tentang Kesedaran Pelajar Terhadap Cara Hidup Sihat yang Betul”.

Di dalam jurnal ini kami menyatakan beberapa refleksi yang telah berlaku dalam usaha untuk menjayakan projek ini, di mana di antaranya adalah kami menyatakan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang projek ini dijalankan. Projek dibawah naugan kami ini memerlukan banyak langkah di mana terdapat urutan-urutan peristiwa yang penting yang berlaku. Tanpa salah satu peristiwa tersebut ataupun tanpa urutan peristiwa yang betul, projek “Gaya Hidup Sihat: Satu Kajian Tentang Kesedaran Pelajar Terhadap Cara Hidup Sihat yang Betul” ini mungkin tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan dengan jayanya.

Projek ini juga dilakukan dengan kerjasama semua ahli kumpulan dan juga dengan bantuan beberapa kenalan serta pakar professional yang berpengalaman luas dalam skop yang kami ketengahkan. Setelah itu, kami juga akan menyatakan pengalaman pembelajaran yang diperolehi ketika mengendalikan projek ini. Secara jujurnya, ini merupakan projek pertama yang kami jalankan secara berkumpulan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jika sebelum ini kami lebih cenderung untuk memasuki program yang dianjurkan oleh pihak lain namun pada kali ini kami merasakan sendiri bagaimana rasanya serta pengalaman menganjurkan program sendiri. Sudah tentu ini memberikan satu pengalaman baru bagi kami. Hal ini demikian kerana, segala hal berkaitan dengan projek ini semuanya terletak di bahu kami sendiri. Dari sekecil- kecil tanggungjawab hingga ke sebesar- besar perkara. Pengalaman yang kami peroleh dalam memastikan supaya projek ini berjalan seperti yang dijadualkan dan diharapkan telah memberi satu pengalaman yang susah untuk kami peroleh dari program lainj yang kami sertai.

Monday, May 26, 2014

Humanity in Dystopian Background of ‘Never Let Me Go’


Contoh Ulasan Novel
ZZZT2213 BENTUK-BENTUK PENULISAN

Humanity in Dystopian Background of ‘Never Let Me Go’
by Kazuo Ishiguro: Deprived and Limited; 
Can It Defend Itself?


Surajwaran Mangaleswaran, Muhammad Fadhli Bin Aminuddin, 
Mohamad Iqbal Afham Bin Mohd Afandi, Al Arimi Bin Mohd, 
Wan Nazira Binti Che Nor, W. Syazwani Nasuha Binti Wan Mazlan



Humanity. To what extent do humans stop and ponder upon this one word? Do they speak about it loudly only when wars erupted, killing thousands of innocent children? Or when there is a woman being raped repeatedly by several men at a time? Or maybe when there are neighbours screaming at night out of terror but no one comes to help for the fear that humanity is about service of the court? These examples of humanity being wronged are clear. They speak for themselves. But the connotations they ring in humans’ minds are subjective. It is scary and frightening the moment you realize that more people are concerned about the news itself, rather than the victims’ situations. People are concerned about wars; but do they pause for a while thinking about a mother crying and praying in front of the graves of all of her children, died in one single attack? Or the emotional burdens and psychological pain of the raped woman that she may finally hope death is there to save her? Or of those people screaming in terror? Because we tend to reflect on our position first- wars are not in my country, it is not my children who died, it is not my sister being raped and it is not my mother screaming out of terror. It is not happening to us, so why bother at all? Some people, maybe more in figures than what we could imagine, think this way and are not ashamed of their own thought. Humanity is served; claimed them- served because they are safe, while others suffer.

            How about those who are groomed in a happy environment especially so that they will suffer later? They were given life; so that they can be killed. How does the word humanity respond to this situation, and to what level it is being dehumanized? Based on the Oxford Dictionaries, one of the definitions of humanity is the quality of being humane; benevolence. It underlies actions of humans towards people around them. But, not necessarily it will be served in its fundamental manner. We do, after all, have conflicts of interests. There are some people who hide behind the face of humanity to permit their violent actions- like attacking a country without solid reason; directly switching off the lives of the innocent citizens due to unsupported claims. Yes, issues of this kind are the issues that revolve around the importance of a group of people- around their needs, their cares and their positions. How about single individuals? Let’s say, if these individuals have certain shortcomings would they want to think twice of the helps offered to them; even if acceptance means serious physical or psychological pains to the sacrificing ones? In certain situations, yes, people can shake off the offer- dismissing it as an act of nobility. How about in life-threatening situations? Kill yourself or kill others?

            The novel ‘Never Let Me Go’ by Kazuo Ishiguro has addressed these crucial questions in such a way that readers nod their heads to the contrasting aspects of humanity and yet made them wonder in utter bewilderment, what has led them to nod. It is a great writing that discusses values of humanity from the bottommost aspect of being a human and how they are reflected in the life of its characters. The reasons we pick humanity out of so many other values depicted in the story are; it is a fundamental concern for the existence of the clones which is their purpose of life- to die to let normal humans survive; yet the creation of these clones itself speaks contrasted values of humanity more audaciously than ever.

As a start, we agreed to choose and write about a dystopian novel entitled ‘Never Let Me Go’ by Kazuo Ishiguro based on several reasons. One of them is because the elements used in the novel especially the characters; has been able to reflect the main theme of the story. This will lay a deeper understanding in the sense that the relation of the crucial elements in the novel can be connected with each other in a pack and meaningful way. Also, the novel’s major focus which is on cloning, stands out in its relevancy which sparks great debate in today’s world.

Friday, May 23, 2014

Contoh Jurnal Refleksi Pemuliharaan Alam Sekitar di Taman Botani Kepong




Jurnal Refleksi

Pemuliharaan Alam Sekitar di Taman Botani Kepong

Pang Yong Eng, Choo Wen Chun,
Kevin Brendan Kung, DG Roziekah Binti Ussin,
Anita A/P Voodiayakumar,
Nur Fatin Binti Mohamad Farid,
Vesvanathan A/L Jeevaji Ganaesan


1.0. PENDAHULUAN

Jurnal refleksi ini ditulis bertujuan melaporkan setiap langkah kerja yang dilakukan dalam usaha menjayakan kajian Pembangunan Diri. Tempat kajian yang telah dipilih oleh kumpulan kami ialah Taman Botani Kepong.

Dalam jurnal ini kami akan mengemukakan beberapa refleksi yang telah berlaku dalam usaha menyiapkan kajian ini. Selain itu, kami juga menyatakan peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika melaksanakan kajian tersebut. Kajian yang dibuat ini amat kompleks maka banyak langkah diperlukan untuk menyempurnakannya. Tambahan pula, berlakunya peristiwa-peristiwa penting yang urutannya haruslah dikenal pasti. Kami sekumpulan berpendapat bahawa peristiwa dan urutan peristiwa tersebut adalah penting kerana tanpanya, kajian ini tidak akan dapat disempurnakan.

Kajian ini juga dilakukan dengan kerjasama semua ahli kumpulan dan juga dengan bantuan beberapa pegawai Taman Botani Kepong yang merupakan pakar mengenai alam sekitar. Terutamanya perkara yang berkaitan dengan Taman Botani Kepong. Setelah itu, kami juga akan menyatakan pengalaman pembelajaran yang diperolehi  dalam proses membuat kajian. Proses membuat kajian ini merupakan pengalaman kali pertama kami semasa di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam perkara sebegini, iaitu berkaitan dengan alam sekitar. Sebelum ini, pengalaman terakhir adalah dalam kajian tentang alam sekitar semasa di Tingkatan 5. Sudah tentu, terdapatnya banyak perbezaan institusi pengajian hutan tropika jika dibandingkan pada masa itu dengan kini, terutamanya hasil daripada usaha pembangunan, pemeliharaan dan pemuliharaan.

Walaupun kami telah mempelajari subjek Geografi yang merangkumi pengetahuan  hutan tropika di bangku sekolah, namun kami sudah ditinggalkannya lebih daripada 4 tahun lalu. Pengetahuan kami sudah tentu terbatas serta banyak perkara yang telah kami lupakan. Tambahan pula, kami sebagai pelajar jurusan undang-undang, tidak menyentuh langsung isu pemeliharaan alam sekitar dalam proses pembelajaran kami ataupun dalam sukatan pelajaran kami maka pengetahuan ini hanyalah terbatas kepada bacaan am. Oleh itu, pengalaman yang diperoleh dalam melaksanakan kajian ini sangat baru, asing dan penting kepada kami semua.

Friday, April 11, 2014

The Analysis of the themes Education and Culture Vs Religion in the novel “The River Between” by Ngugi Wa Thiong’o




Surajwaran Mangaleswaran
Muhammad Fadhli Bin Aminuddin
Mohamad Iqbal Afham Bin Mohd Afandi
Al Arimi Bin Mohd
Wan Nazira Binti Che Nor
W. Syazwani Nasuha Binti Wan Mazlan

Based on one of the tasks given to us, we were needed to analyse two novels in which for the first novel we were needed to analyse two themes whereas for another novel, we were needed to analyse the main characters of the novel. For the novels, it was up to us on deciding the novels that we wanted to analyse. After further discussion between our group members, we had decided to analyse the novel “The River Between” by Ngugi Wa Thiong’o. The author, Ngugi Wa Thiong’o was born in Kenya in 1938. During his youth, he had lived in a colonial time in his country where the British had colonized. 

Most of his novels including “The River Between” were influenced by the colonization of the British towards his country. He was once imprisoned because of his straight forward literature in condemning the neo-colonial life in Kenya. From the imprisonment, he had decided not to use English anymore as a medium for his writing but prefer to focus more on his mother tongue, Gikuyu. He felt that if he kept using English as a medium for his literature, it will be like he is living his life like the white people and it will eventually kills the beauty of his own mother tongue language. One of the novel that he had wrote in his mother tongue language was Caitani Mutharabaini (1981) which was then translated in English that was called, “Devil on The Cross” (1982). The novel “The River Between” was published on the year 1965 in which the novel is about the clash between the Christians and the indigenous tribe of one of the African country that resembles the life on the people in his country at that time. The two groups were divided by a river in which in resembles the differences between the two groups.


Thursday, April 10, 2014

Psikologi Watak Dalam Novel I LOVE U MR ARROGANT





BENTUK-BENTUK PENULISAN
SEMESTER 1, 2013-2014
ZZZT 2213


ULASAN NOVEL:
Psikologi Watak Dalam Novel I LOVE U MR ARROGANT


DISEDIAKAN UNTUK:
CIK MAHARAM MAMAT

DISEDIAKAN OLEH:

MOHAMAD ADLI BIN BACO
HAFRIZ IQBAL AKMAL BIN SAJALI
NURANI BINTI MOHD
ROHANA BINTI MAT
SUHAILA BINTI ABDULLAH SANI
PAN PEI QING



1.             PENGENALAN
        
Sesebuah novel mempunyai konteks tersendiri dan kebanyakannya adalah persoalan tentang perhubungan manusia. Hubungan antara manusia dapat dibentuk melalui sesebuah novel dengan melibatkan konflik dalam dan luaran yang ditempuhi oleh manusia dalam pergaulan seharian. Penulis novel akan cuba menekankan psikologi dan permasalahan dalaman watak dan perwatakan. Emosi sesuatu watak dalam novel akan diperkukuhkan dengan penekanan terhadap psikologi dan tahap pembacaan. Novel “Love You Mr. Arrogant” ini memberi konflik dalaman antara watak utama lelaki dan wanita serta meletakkan pelbagai permainan emosi melalui pergaulan seharian.

           Setiap karya sastera terutama genre novel, cerpen dan drama mempunyai pelaku yang kita sebut sebagai watak. Secara mutlaknya watak itu ialah pelaku-pelaku dalam karya sastera tertentu yang kita baca. apabila kita membicara tentang watak, kita tidak dapat lari dari menyentuh jenis-jenis watak. Watak itu mungkin terdiri daripada manusia biasa, binatang dan mungkin juga makhluk ghaib. Watak-watak ini tergolong kepada beberapa kelompok atau jenis watak. Antara jenis-jenis watak adalah watak utama, sampingan, bulat, pipih, putih, dan hitam. Dalam peperiksan watak yang menjadi tumpuan soalan peperiksaan adalah watak utama, watak sampingan , watak bulat serta watak pipih.

Tuesday, September 18, 2012

Syabab Musafir Kasih


ZZZT 2213

BENTUK-BENTUK PENULISAN

 

ULASAN NOVEL:

“SYABAB MUSAFIR KASIH”

 

 

PENSYARAH:

CIK MAHARAM MAMAT

 

 

DISEDIAKAN OLEH:

 

KUMPULAN AL-HAMRA’

 

ABDUL RASYID BIN YUSOF

WAN ABDUL KUDDUS BIN WAN MOHD NORADIN

SITI NOOR BAIZURA BINTI ZAKARIA

NURUL NUR SHUHAIDA BINTI MOHD MOKHTAR

INSYERAH BINTI MOHAMMAD ZAKI






Pendahuluan

Syabab Musafir Kasih” merupakan sebuah novel hasil karya Fatimah Sharha Mohd Noordin. Beliau merupakan seorang penulis muda yang dilahirkan pada 17 Oktober 1984 dan berasal dari Kuala Terengganu. Selain terkenal sebagai novelis, beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta berpengalaman sebagai Pear Tutor Sarjana di (UIAM). 

Syabab merupakan kosa kata dari bahasa arab yang membawa maksud pemuda. Syabab sebenarnya adalah nama bagi watak utama dalam novel Syabab Musafir Kasih. Novel Syabab Musafir Kasih mengisahkan tentang pengalaman hidup seorang pemuda yang malang pada awal kehidupannya. Syabab adalah seorang anak yatim yang kematian bapa ketika masih di zaman kanak-kanak lagi. Hidupnya seperti kanak-kanak terbiar kerana kurangnya perhatian daripada seorang ibu tunggal. Seorang jiran bernama Nur Mumtazah sanggup memberikan perhatian kepada Syabab seperti adik kandung sendiri. Seterusnya, beliau meneruskan kehidupannya di bandar untuk mengubah nasib keluarga yang sering dipandang hina oleh penduduk Kampung Pacat Lintah. Hasil pertolongan Micheal Lim, beliau bekerja sebagai model sambilan dan penulis lirik lagu. Namun, beliau kembali semula ke kampung setelah kematian ibunya.

Sokongan yang berterusan daripada Ustaz Mursyid dan Nur Mumtazah mendorong beliau ke Syiria untuk mendalami ilmu pengetahuan agama dalam pelbagai bidang ilmu, antaranya Talaqqi al-Quran, ilmu Syariah dan sebagainya. Tindakan tersebut menyebabkan Syabab berjaya mengubah dirinya menjadi seorang pemuda yang hebat. Malah kecerdikannya turut dipuji oleh Syeikh Habanakah yang merupakan Ulama’ terkenal di Syiria. Seterusnyanya, beliau menjadi pembimbing dan pendakwah kepada pemuda-pemudi di kampung halamannya serta menjadi salah seorang pejuang Islam.


Friday, October 7, 2011

Teknologi Maklumat Mendorong Peningkatan Taraf Hidup


KEWUJUDAN TEKNOLOGI MAKLUMAT MENDORONG
KE ARAH PENINGKATAN TARAF HIDUP


NAMA KUMPULAN: MEK QELATE

NAMA ANGGOTA:
Hajarul Falenna Itah Abu Bakar Adli
Anis Afiqah Che Rahim
Norliyana Anas
Saidah Nafisah Abdul Rahman



1.0 Pendahuluan

Pada abad ke – 20, ledakan teknologi maklumat yang berlaku secara global dan membawa kepada tercetusnya revolusi dunia ketiga iaitu teknologi maklumat sebagai peneraju dunia yang akan meningkatkan taraf hidup masyarakat. Penggunaan komputer dan internet sebagai asas di dalam Teknologi Maklumat menjadi keperluan kepada masyarakat. Perkembangan teknologi maklumat banyak membawa perubahan positif kepada masyarakat dan berkait rapat dengan kemajuan sesebuah negara. Kemajuan teknologi maklumat telah membawa kepada peningkatan taraf hidup masyarakat. Sehubungan dengan itu, banyak faedah yang diperolehi hasil daripada kemajuan teknologi maklumat. Justeru itu, tidak hairanlah jika sesebuah negara menyumbangkan belanja yang besar untuk memajukan teknologi maklumat bagi mewujudkan sebuah negara yang maju dan membangun.

Thursday, October 6, 2011

Fitnah dalam Penulisan Siber

BENTUK-BENTUK PENULISAN
ZZZT 2213


NAMA KUMPULAN: MALAR HIJAU

DISEDIAKAN OLEH:

NADHIRAH NA’IEMAH BINTI SA’DULLAH
NURUL FARAHANA BINTI MOHD AINI
ADRIANA SANTA ANAK TINGGOM
ELIA BIT
NURUL JAWAHIR BINTI MD ALI

DISEDIAKAN UNTUK:
CIK MAHARAM MAMAT




1.0 PENGENALAN

Pada masa kini, isu fitnah ini bukan sahaja berbentuk percakapan antara dua pihak namun juga dalam bentuk penulisan. Misalnya, dalam komunikasi massa terutamanya dalam blog juga turut wujudnya fitnah. Blog ‘Raja Petra’ misalnya, bukan sahaja memberi kesan kepada pembaca yang melayari blognya, namun juga turut memberi kesan yang negatif kepada negara kita. Mana tidaknya, apa yang ditulis oleh orang yang tidak bertanggungjawab ini boleh menghancurkan keharnonian dan perpaduan kaum yang telah lama terjalin pada suatu ketika dahulu.

Fitnah merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela oleh mana-mana agama. Firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Firman ini memberi gambaran bahawa setiap kata-kata yang disampaikan perlu diteliti dan diselidik terlebih dahulu agar kebenarannya dapat dipastikan dan khabar tersebut tidak mengandungi unsur fitnah. Hal ini bagi mengelakkan kesan buruk yang akan menimpa seseorang individu atau ahli masyarakat.

Rasulullah S.A.W juga bersabda. Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis Rasulullah ini menunjukkan bahawa fitnah merupakan dosa yang besar dan berat sehingga tidak dapat memasuki syurga. Oleh itu, Islam melarang dan mengharamkan dengan keras perbuatan fitnah. Kesan fitnah adalah sangat buruk hingga boleh memudaratkan seseorang individu, keluarga, masyarakat mahupun negara.

Monday, October 3, 2011

WATAK DAN PERWATAKAN DALAM NOVEL MENCARI AZIZAH

ZZZT2213
BENTUK-BENTUK PENULISAN

ULASAN NOVEL
‘MENCARI AZIZAH’
KARYA
KHADIJAH HASHIM

PENSYARAH :
CIK MAHARAM BINTI MAMAT

OLEH :
KUMPULAN MAWADDAH WARAHMAH

AHLI KUMPULAN:
ANA FAIZA BINTI MD. NOR
HARIANI BINTI MOHAMAD
NORLIANA BINTI ZAIMON




WATAK DAN PERWATAKAN DALAM NOVEL MENCARI AZIZAH


1.0 PENGENALAN

Novel merupakan satu genre kesusasteraan moden yang diminati ramai. Ianya tergolong dalam penulisan kreatif. Sebuah novel yang baik mestilah mempunyai watak-watak yang mampu membawa cerita untuk terus berkembang. Watak-watak inilah yang diceritakan dan watak jugalah yang berkuasa menghidupkan cerita. Oleh itu watak ialah elemen terpenting dalam sesebuah penceritaan.

Sesebuah watak diberikan gambaran latar belakang, fizikal, pemikiran dan tindak-tanduknya dalam mengembangkan sesebuah penceritaan. Watak ini juga harus dibuat dengan deskripsi yang jelas, meyakinkan dan peranannya yang besar. Ia boleh digambarkan samada melalui deskripsi pengarangnya, dialog atau monolog dalaman watak dan juga melalui persepsi watak lain. Watak akan kelihatan lebih menarik dan lebih memberikan impak jika ianya digambarkan secara tidak langsung.

Disamping itu, watak juga menggerakkan plot cerita seterusnya mewujudkan konflik. Konflik ini pula berperanan membentuk struktur dramatik terhadap watak di mana kedua-duanya saling berkait rapat untuk menghasilkan sebuah novel yang menarik. Kewujudan berbagai-bagai konflik dalam novel ini biasanya ada jalan penyelesaiannya. Susunan peristiwa demi peristiwa yang lebih konkrit menganjak konflik ke tahap yang lebih tinggi. Di sinilah terlakarnya unsur-unsur saspen dan klimaks yang menjadi titik tertinggi keupayaan penulis untuk memukau pembaca. Manakala peleraian merupakan satu kesudahan yang berperanan untuk menyempurnakan cerita. Ianya adalah pelengkap cerita menamatkan semua persoalan. (Lim Swee Tin, 2001)

Wednesday, July 20, 2011

Penerimaan istilah Bahasa Asing ke Bahasa Melayu dalam Bidang Sains dan Teknologi



ZZZT 2213 BENTUK-BENTUK PENULISAN
SESI 2010/2011
PENERIMAAN PENGGUNAAN ISTILAH BAHASA ASING KE BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI
PENSYARAH:
PUAN MAHARAM BT MAMAT
KUMPULAN: ALAF 22
AHLI KUMPULAN:
NUR RATASHA ALIA BT MD ROSLI
SITI AZRAH BT MOHAMAD SAMSURI
NOOR AZIANTI BT ABD RASHID
NURFARAHIDA HANIM BT MOHD FADZIL


PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan kertas kerja ini dengan sempurna.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah khursus Bentuk-bentuk Penulisan iaitu Pn. Maharam Bt Mamat atas tunjuk ajar, nasihat dan pertolongan yang diberikan ketika kami menyiapkan kertas kerja ini.
Selain itu, kami ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Institut Sains Angkasa, Prof. Dato’ Baharuddin Bin Yatim dan orang pelajar tahun dua Universiti Kebangsaan Malaysia atas kesudian untuk meluangkan masa bersama kami untuk sesi temubual.
Seterusnya, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para responden yang sanggup meluangkan masa untuk menjawab soal selidik yang sedikit sebanyak telah membantu kami dalam kajian ini.
Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu kami dalam kajian ini secara langsung mahupun secara tidak langsung.


ABSTRAK

Tujuan kertas kerja ini ditulis adalah untuk mengkaji penerimaan penggunaan istilah bahasa asing ke Bahasa Melayu dalam Sains dan Teknologi. Kajian ini tertumpu kepada penerimaan penggunaan istilah bahasa asing terutamanya Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dalam Sains dan Teknologi dikalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini dijalankan dengan menggunakan lima jenis kaedah iaitu rujukan perpustakaan, pengedaran borang soal selidik kepada 20 responden, temuramah dengan pelajar dan pensyarah, melayari laman sesawang dan perbincangan secara berkumpulan. Melalui kajian ini, didapati majoriti pelajar UKM tidak dapat menerima penggunaan istilah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dalam Sains dan Teknologi walaupun diketahui umum bahawa universiti ini memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Di antara sebab pelajar tidak dapat menerima penggunaan istilah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dalam Sains dan Teknologi adalah kerana kebanyakkan buku rujukan Sains dan Teknologi adalah dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, para pelajar sudah biasa dengan istilah Sains dalam Bahasa Inggeris dan merasakan kekok sekiranya menggunakan istilah Sains dalam Bahasa Melayu. Para pelajar juga menyatakan bahawa istilah Sains dalam Bahasa Inggeris adalah lebih tepat. Seterusnya, para pelajar merasakan bahawa dengan menggunakan istilah Sains dalam Bahasa Inggeris, komunikasi ilmu secara antarabangsa iaitu dengan negara-negara luar adalah lebih mudah. Namun secara rasionalnya, bahasa tidak sepatutnya menjadi penghalang atau alasan kepada seseorang individu untuk mempelajari sesuatu ilmu.Antara cadangan kami untuk para pelajar mempelajari Sains dan Teknologi dalam Bahasa Melayu tanpa menggabaikan Bahasa Inggeris ialah dengan mewujudkan buku rujukan Sains dan Teknologi yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tetapi mempunyai glosari yang menyertakan istilah Bahasa Inggeris yang sinonim dengan istilah Sains itu. Selain itu, pihak yang bertanggungjawab seperti pihak kerajaan ataupun pihak universiti perlulah menyelaraskan bahasa yang digunakan ketika sesi pembelajaran Sains dan Teknologi dan juga ketika peperiksaan agar tidak berlaku kekeliruan dikalangan pelajar. Seterusnya, para pelajar itu sendiri harus mempunyai initiatif untuk memahami takrifan sesuatu istilah dalam kedua-dua bahasa. Kesimpulannya, didapati daripada kajian ini, para pelajar tidak dapat menerima penggunaan istilah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dalam Sains dan Teknologi. Namun untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama,pihak yang bertanggungjawab seperti pihak kerajaan, para pendidik di universiti dan juga pelajar itu sendiri harus memainkan peranan agar mudah menerima penggunaan istilah bahasa asing ke Bahasa Melayu tanpa menggabaikan Bahasa Inggeris.

Monday, July 18, 2011

Ulasan Novel Harga Sebuah Maruah


ZZZT 2213
BENTUK-BENTUK PENULISAN

SEMESTER 3 SESI 2010/2011


ULASAN NOVEL
‘HARGA SEBUAH MARUAH’


DISEDIAKAN UNTUK:

Cik Maharam Mamat


DISEDIAKAN OLEH:

KUMPULAN LEGENDA


Mohd Izzuwan bin Zainol
Omar bin Jaapar
Mohamad Khairan bin Masron
Ahmad Hariz bin Mohd Tazri
Muhammad Hariz bin Zanul Abdin


1.0 PENGENALAN

Dalam konteks penulisan novel, struktur perjalanan atau perkembangan sesebuah jalan cerita novel kebiasaannya ditunjukkan oleh perkembangan sesebuah watak itu. Dengan kata lain, perkembangan watak itu adalah perkembangan jalan cerita novel itu sendiri.

Watak utama ialah watak yang dominan dalam sesebuah karya. Watak ini terlibat secara aktif dan berterusan serta menjadi struktur utama dalam perkembangan plot. Kebiasaannya, watak utama terdiri daripada watak penting dan hadir dari awal seingga akhir cerita.

Watak utama juga selalunya mendapat perhatian dan perlukisan watak yang lebih daripada pengarang. Hal ini sesuai dengan peranan yang diberikannya. Watak ini juga terlibat dalam pelbagai konflik dan pertikaian. Watak yang sesuai dan tepat dapat menyalurkan idealisme dan falsafah kemanusiaan.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, watak membawa maksud pelaku dalam sesebuah karya sastera atau karya seni (1998, hal 1548). Dalam sesebuah penulisan kreatif, watak merupakan satu elemen yang sangat penting untuk diberi perhatian. Hal ini kerana, perlukisan watak yang seimbang dan kukuh mampu menggerakkan jalan cerita dengan baik. Perkataan perwatakan pula merujuk watak (seseorang) secara keseluruhan. Perwatakan menjadi pembuka jalan dalam pembentukan sesebuah watak (1998, 1549).

Sunday, July 17, 2011

Refleksi Jurnal untuk Ulasan Novel




ZZZT 2213
BENTUK-BENTUK PENULISAN

SEMESTER 3 SESI 2010/2011



REFLEKSI JURNAL


DISEDIAKAN UNTUK:

Cik Maharam Mamat


DISEDIAKAN OLEH:

KUMPULAN LEGENDA


Mohd Izzuwan bin Zainol
Omar bin Jaapar
Mohamad Khairan bin Masron
Ahmad Hariz bin Mohd Tazri
Muhammad Hariz bin Zanul Abdin



1. Pendahuluan

Jurnal refleksi ini ditulis bertujuan untuk melaporkan setiap langkah kerja yang dilakukan dalam usaha untuk menjayakan ulasan novel, dimana novel yang telah dipilih oleh kumpulan kami berjudul Harga Sebuah Maruah karya Azizi Haji Abdullah.

Di dalam jurnal ini kami menyatakan beberapa refleksi yang telah berlaku dalam usaha untuk menyiapkan ulasan novel itu, di mana di antaranya adalah kami menyatakan peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika menyiapkan ulasan novel tersebut. Ulasan novel yang dibuat ini memerlukan banyak langkah di mana terdapat urutan-urutan peristiwa yang penting yang berlaku. Tanpa salah satu peristiwa tersebut ataupun tanpa urutan peristiwa yang betul, ulasan novel Harga Sebuah Maruah ini mungkin tidak dapat disiapkan dengan sempurna.

Ulasan novel ini juga dilakukan dengan kerjasama semua ahli kumpulan dan juga dengan bantuan beberapa kenalan kami yang lebih pakar mengenai kesusasteraan Bahasa Melayu terutamanya mengenai perkara yang berkaitan dengan novel. Setelah itu, kami juga akan menyatakan pengalaman pembelajaran yang diperolehi ketika dalam proses membuat ulasan novel. Secara jujurnya, proses membuat ulasan novel ini merupakan pengalaman kali pertama kami semasa di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia dalam perkara sebegini yang berkaitan dengan novel. Sebelum ini, pengalaman terakhir kami dalam bidang kesusasteraan Bahasa Melayu hanyalah semasa kami berada di dalam Tingkatan 5. Sudah tentu kesusasteraan pada ketika itu dan ini banyak perbezaannya terutama daripada ilmu yang dimiliki.

Saturday, November 20, 2010

Cara Mudah Mencari Rujukan di Internet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ramai juga editor 100 Penulis terdiri daripada pelajar di pusat pengajian tinggi. Sama ada anda belajar di dalam negara atau luar negara, anda perlu menyiapkan banyak tugasan setiap semester. Ramai pelajar mengeluh dengan perkara ini walaupun mereka sedar semua tugasan berkenaan sangat berguna, terutama apabila memasuki dunia pekerjaan nanti.

Faktor utama mengapa ramai pelajar tidak begitu suka menyiapkan tugasan berbentuk penulisan kerana kesukaran untuk mendapatkan bahan rujukan yang sesuai. Paling malang sebenarnya, ramai pelajar bukan sahaja tidak tahu cara untuk mencari maklumat yang dikehendaki walaupun dunia sudah begitu sempit dan berada di hujung jari, tetapi mereka juga tidak tahu untuk menilai setiap maklumat yang mereka perolehi.

Mengapa maklumat perlu dinilai kesesuaiannya? Jawapannya mudah sahaja; untuk memastikan bahawa maklumat berkenaan sahih, diperakukan dan mempunyai kredibiliti. Maklumat yang sebegini akan memastikan tugasan atau tulisan yang akan anda hasilkan juga boleh dipercayai. Jadi bagaimana mahu menilai maklumat berkenaan? Ada beberapa cara untuk menilai maklumat, iaitu berdasarkan;

A. Autoriti Penulis
B. Tulisan ilmiah berkualiti
C. Kebolehpercayaan sumber
D. Objektif
E. Mutakhir dan Terkini
F. Cakupan

Monday, October 25, 2010

Menulis Kajian Lepas (Literature Review)



Kajian Lepas atau Literature Review adalah “a critical analysis of the research conducted on a particular topic or question in the field of science”. IA merupakan analisa berupa kritik (membangun maupun menjatuhkan) dari penelitian yang sedang dilakukan terhadap topik khusus atau pertanyaan terhadap suatu bagian dari keilmuan. Literature Review bukannya ringkasan terhadap sesebuah kajian lain tetapi merupakan cerita ilmiah terhadap permasalahan kajian tertentu yang dilakukan oleh orang lain.

Literature Review dilakukan untuk:

i. Membentuk sebuah kerangka teori untuk topik/bidang penelitian
ii. Menjelaskan definisi, kata kunci dan terminologi
iii. Menentukan kajian, model, dll yang mendukung topik
iv. Menentukan lingkup penelitian
v. Topik penelitian.

Apabila melakukan Literature Review, tiga perkara utama perlu dicari, iaitu;

i. Katakan apa yang dikatakan oleh penelitian (teori).
ii. Katakan bagaimana penelitian dilakukan (metodologi).
iii. Katakan apa yang hilang/kurang, iaitu lompang (ruang kosong) yang ingin diisi oleh penelitian anda.

Monday, October 18, 2010

Gaya UKM: Rujukan Undang-Undang

Sila rujuk entri terdahulu berjudul Cara Tulis Rujukan dan Bibliografi Gaya UKMMenulis Dokumen Awam mengikut Gaya UKM, Menulis Rujukan Makalah Dalam Jurnal Mengikut Gaya UKM, Gaya UKM: Rujukan Bahan Tidak Terbit dan Rujukan Bersumberkan Internet sebelum meneliti entri ini. Cara menulis rujukan bagi bahan yang tidak diterbitkan ini adalah mengikut Gaya UKM sahaja, bukannya cara penulisan yang muktamad bagi semua jenis penulisan di semua institusi.


Perhatian: Baris kedua dan seterusnya dalam rujukan perlu dianjak sebanyak lima ketukan ke bahagian dalam tulisan.

Tuesday, October 12, 2010

Gaya UKM: Rujukan Bahan Tidak Terbit dan Rujukan Bersumberkan Internet


Sila rujuk entri terdahulu berjudul Cara Tulis Rujukan dan Bibliografi Gaya UKM dan Menulis Dokumen Awam mengikut Gaya UKM dan Menulis Rujukan Makalah Dalam Jurnal Mengikut Gaya UKM sebelum meneliti entri ini. Cara menulis rujukan bagi bahan yang tidak diterbitkan ini adalah mengikut Gaya UKM sahaja, bukannya cara penulisan yang muktamad bagi semua jenis penulisan di semua institusi.


Perhatian: Baris kedua dan seterusnya dalam rujukan perlu dianjak sebanyak lima ketukan ke bahagian dalam tulisan.


BAHAN TIDAK TERBIT

Berikan maklumat yang lengkap.

Nama pengarang diikuti noktah
Tahun diikuti noktah
Judul diikuti noktah
Nombor folio, nombor kotak tempat bahan disimpan atau mana mana tanda pengenalan yang lain diikuti koma
Nama koleksi diikuti noktah
Nama tempat (institusi, bandar, negeri) bahan tersebut dihasilkan/disimpan diikuti koma
Tarikh diikuti noktah


Tesis Atau Latihan Ilmiah

Alfitra Salam. 1999. Kerjasama dan potensi konflik dalam hubungan Indonesia-Malaysia 1966-1991. Tesis Dr. Falsafah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Howie, J. 1977. Topics in the theory of groupoids. Tesis Ph.D. University of London.

Kadir Arifin. 2004. Integrasi sistem pengurusan kualiti (ISO 9001:2000), sistem pengurusan persekitaran (ISO 14001:1996) dan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OHSAS 18001:1999): Ke arah pelaksanaan dan pembentukannya di Malaysia. Tesis Dr. Falsafah, Program Pengurusan Persekitaran, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mann, A.E. 1968. The palaeodemography of Australopithecus. Disertasi Ph.D. University of California, Berkeley.

Perhatian: Baris kedua dan seterusnya dalam rujukan perlu dianjak sebanyak lima ketukan ke bahagian dalam tulisan.

Monday, October 11, 2010

Menulis Rujukan Makalah dalam Jurnal Mengikut Gaya UKM


Sila rujuk entri terdahulu berjudul Cara Tulis Rujukan dan Bibliografi Gaya UKM dan Menulis Dokumen Awam mengikut Gaya UKM sebelum meneliti entri ini. Cara menulis rujukan bagi makalah dalam jurnal ini adalah mengikut Gaya UKM sahaja, bukannya cara penulisan makalah dalam jurnal yang muktamad bagi semua jenis penulisan di semua institusi.



MENULIS RUJUKAN BAGI MAKALAH DALAM JURNAL

Berikan maklumat yang lengkap.

Nama pengarang diikuti noktah
Tahun diikuti noktah
Tajuk makalah diikuti noktah
Judul jurnal hendaklah ditaip condong. (huruf pertama bagi setiap perkataan dalam judul, kecuali kata sendi, hendaklah menggunakan huruf besar)
Maklumat keluaran (sama ada jilid, nombor keluaran, bulan atau musim)
Nombor keluaran (dalam tanda kurung) diikuti titik bertindih
Halaman seluruh makalah diikuti noktah

Angka Jilid hendaklah ditaip dengan angka Arab. Ini bermakna nombor jilid dalam angka Roman hendaklah digantikan dengan angka Arab.

Baris kedua dan seterusnya dalam rujukan perlu dianjak sebanyak lima ketukan ke bahagian dalam tulisan.

 

Thursday, October 7, 2010

MENULIS PETIKAN DALAM TEKS


Apabila menulis kertas kerja, artikel dan tugasan bertulis berbentuk ilmiah yang lain, terdapat beberapa cara untuk menulis petikan di dalam teks. Anda perlu menguasai cara-cara tersebut dan menggunakannya mengikut kesesuaian. Berikut saya sertakan tiga contoh bagaimana menulis petikan di dalam teks kertas kerja ilmiah anda iaitu;

i. Memasukkan sisipan petikan
ii. Menulis petikan yang melebihi 40 patah perkataan
iii. Petikan dalam bahasa asing