Showing posts with label rujukan bahan tidak diterbitkan. Show all posts
Showing posts with label rujukan bahan tidak diterbitkan. Show all posts

Tuesday, October 12, 2010

Gaya UKM: Rujukan Bahan Tidak Terbit dan Rujukan Bersumberkan Internet


Sila rujuk entri terdahulu berjudul Cara Tulis Rujukan dan Bibliografi Gaya UKM dan Menulis Dokumen Awam mengikut Gaya UKM dan Menulis Rujukan Makalah Dalam Jurnal Mengikut Gaya UKM sebelum meneliti entri ini. Cara menulis rujukan bagi bahan yang tidak diterbitkan ini adalah mengikut Gaya UKM sahaja, bukannya cara penulisan yang muktamad bagi semua jenis penulisan di semua institusi.


Perhatian: Baris kedua dan seterusnya dalam rujukan perlu dianjak sebanyak lima ketukan ke bahagian dalam tulisan.


BAHAN TIDAK TERBIT

Berikan maklumat yang lengkap.

Nama pengarang diikuti noktah
Tahun diikuti noktah
Judul diikuti noktah
Nombor folio, nombor kotak tempat bahan disimpan atau mana mana tanda pengenalan yang lain diikuti koma
Nama koleksi diikuti noktah
Nama tempat (institusi, bandar, negeri) bahan tersebut dihasilkan/disimpan diikuti koma
Tarikh diikuti noktah


Tesis Atau Latihan Ilmiah

Alfitra Salam. 1999. Kerjasama dan potensi konflik dalam hubungan Indonesia-Malaysia 1966-1991. Tesis Dr. Falsafah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Howie, J. 1977. Topics in the theory of groupoids. Tesis Ph.D. University of London.

Kadir Arifin. 2004. Integrasi sistem pengurusan kualiti (ISO 9001:2000), sistem pengurusan persekitaran (ISO 14001:1996) dan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OHSAS 18001:1999): Ke arah pelaksanaan dan pembentukannya di Malaysia. Tesis Dr. Falsafah, Program Pengurusan Persekitaran, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mann, A.E. 1968. The palaeodemography of Australopithecus. Disertasi Ph.D. University of California, Berkeley.

Perhatian: Baris kedua dan seterusnya dalam rujukan perlu dianjak sebanyak lima ketukan ke bahagian dalam tulisan.

Monday, October 11, 2010

Menulis Rujukan Makalah dalam Jurnal Mengikut Gaya UKM


Sila rujuk entri terdahulu berjudul Cara Tulis Rujukan dan Bibliografi Gaya UKM dan Menulis Dokumen Awam mengikut Gaya UKM sebelum meneliti entri ini. Cara menulis rujukan bagi makalah dalam jurnal ini adalah mengikut Gaya UKM sahaja, bukannya cara penulisan makalah dalam jurnal yang muktamad bagi semua jenis penulisan di semua institusi.



MENULIS RUJUKAN BAGI MAKALAH DALAM JURNAL

Berikan maklumat yang lengkap.

Nama pengarang diikuti noktah
Tahun diikuti noktah
Tajuk makalah diikuti noktah
Judul jurnal hendaklah ditaip condong. (huruf pertama bagi setiap perkataan dalam judul, kecuali kata sendi, hendaklah menggunakan huruf besar)
Maklumat keluaran (sama ada jilid, nombor keluaran, bulan atau musim)
Nombor keluaran (dalam tanda kurung) diikuti titik bertindih
Halaman seluruh makalah diikuti noktah

Angka Jilid hendaklah ditaip dengan angka Arab. Ini bermakna nombor jilid dalam angka Roman hendaklah digantikan dengan angka Arab.

Baris kedua dan seterusnya dalam rujukan perlu dianjak sebanyak lima ketukan ke bahagian dalam tulisan.