BENTUK-BENTUK PENULISAN
ZZZT 2213
NAMA KUMPULAN: MALAR HIJAU
DISEDIAKAN OLEH:
NADHIRAH NA’IEMAH BINTI SA’DULLAH
NURUL FARAHANA BINTI MOHD AINI
ADRIANA SANTA ANAK TINGGOM
ELIA BIT
NURUL JAWAHIR BINTI MD ALI
DISEDIAKAN UNTUK:
CIK MAHARAM MAMAT
1.0 PENGENALAN
Pada masa kini, isu fitnah ini bukan sahaja berbentuk percakapan antara dua pihak namun juga dalam bentuk penulisan. Misalnya, dalam komunikasi massa terutamanya dalam blog juga turut wujudnya fitnah. Blog ‘Raja Petra’ misalnya, bukan sahaja memberi kesan kepada pembaca yang melayari blognya, namun juga turut memberi kesan yang negatif kepada negara kita. Mana tidaknya, apa yang ditulis oleh orang yang tidak bertanggungjawab ini boleh menghancurkan keharnonian dan perpaduan kaum yang telah lama terjalin pada suatu ketika dahulu.
Fitnah merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela oleh mana-mana agama. Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.(Surah al-Hujurat, ayat 6)
Firman ini memberi gambaran bahawa setiap kata-kata yang disampaikan perlu diteliti dan diselidik terlebih dahulu agar kebenarannya dapat dipastikan dan khabar tersebut tidak mengandungi unsur fitnah. Hal ini bagi mengelakkan kesan buruk yang akan menimpa seseorang individu atau ahli masyarakat.
Rasulullah S.A.W juga bersabda. Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis Rasulullah ini menunjukkan bahawa fitnah merupakan dosa yang besar dan berat sehingga tidak dapat memasuki syurga. Oleh itu, Islam melarang dan mengharamkan dengan keras perbuatan fitnah. Kesan fitnah adalah sangat buruk hingga boleh memudaratkan seseorang individu, keluarga, masyarakat mahupun negara.