ZZZT 2213
BENTUK-BENTUK PENULISAN
ULASAN NOVEL:
“SYABAB MUSAFIR KASIH”
PENSYARAH:
CIK MAHARAM MAMAT
DISEDIAKAN OLEH:
KUMPULAN AL-HAMRA’
ABDUL RASYID BIN YUSOF
WAN ABDUL KUDDUS BIN WAN MOHD NORADIN
SITI NOOR BAIZURA BINTI ZAKARIA
NURUL NUR SHUHAIDA BINTI MOHD MOKHTAR
INSYERAH BINTI MOHAMMAD ZAKI
Pendahuluan
“Syabab Musafir Kasih” merupakan sebuah novel hasil karya Fatimah Sharha Mohd Noordin. Beliau merupakan seorang penulis muda yang dilahirkan pada 17 Oktober 1984 dan berasal dari Kuala Terengganu. Selain terkenal sebagai novelis, beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta berpengalaman sebagai Pear Tutor Sarjana di (UIAM).
Syabab merupakan kosa kata dari bahasa arab yang membawa maksud pemuda. Syabab sebenarnya adalah nama bagi watak utama dalam novel Syabab Musafir Kasih. Novel Syabab Musafir Kasih mengisahkan tentang pengalaman hidup seorang pemuda yang malang pada awal kehidupannya. Syabab adalah seorang anak yatim yang kematian bapa ketika masih di zaman kanak-kanak lagi. Hidupnya seperti kanak-kanak terbiar kerana kurangnya perhatian daripada seorang ibu tunggal. Seorang jiran bernama Nur Mumtazah sanggup memberikan perhatian kepada Syabab seperti adik kandung sendiri. Seterusnya, beliau meneruskan kehidupannya di bandar untuk mengubah nasib keluarga yang sering dipandang hina oleh penduduk Kampung Pacat Lintah. Hasil pertolongan Micheal Lim, beliau bekerja sebagai model sambilan dan penulis lirik lagu. Namun, beliau kembali semula ke kampung setelah kematian ibunya.
Sokongan yang berterusan daripada Ustaz Mursyid dan Nur Mumtazah mendorong beliau ke Syiria untuk mendalami ilmu pengetahuan agama dalam pelbagai bidang ilmu, antaranya Talaqqi al-Quran, ilmu Syariah dan sebagainya. Tindakan tersebut menyebabkan Syabab berjaya mengubah dirinya menjadi seorang pemuda yang hebat. Malah kecerdikannya turut dipuji oleh Syeikh Habanakah yang merupakan Ulama’ terkenal di Syiria. Seterusnyanya, beliau menjadi pembimbing dan pendakwah kepada pemuda-pemudi di kampung halamannya serta menjadi salah seorang pejuang Islam.