JURNAL REFLEKSI
GAYA HIDUP SIHAT: SATU KAJIAN KESEDARAN PELAJAR TERHADAP CARA HIDUP SIHAT
OLEH:
Anis Asmira Binti Amir Shariffudin
Nur Athirah Binti Mohd Nordin
Nor Hanani Binti Mazlan
Tengku Athirah Binti Tengku Azhar
Francis Anthony Ligadu
Nazrul Farid Bin Amirudin
Nur Atiqah Nasibah Binti Abu Bakar
Muhammad Hafizuddin Bin Salehuddin
Nur Musfirah Binti Mustak Ahmad
1. Pendahuluan
Refleksi jurnal ini ditulis bertujuan untuk
melaporkan setiap langkah kerja yang dilakukan dalam usaha untuk menjayakan
projek pembangunan diri kumpulan kami, iaitu tajuk projek yang kami jalankan
ialah “Gaya Hidup Sihat: Satu Kajian Tentang Kesedaran Pelajar Terhadap Cara
Hidup Sihat yang Betul”.
Di dalam jurnal ini kami menyatakan beberapa
refleksi yang telah berlaku dalam usaha untuk menjayakan projek ini, di mana di
antaranya adalah kami menyatakan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang
projek ini dijalankan. Projek dibawah naugan kami ini memerlukan banyak langkah
di mana terdapat urutan-urutan peristiwa yang penting yang berlaku. Tanpa salah
satu peristiwa tersebut ataupun tanpa urutan peristiwa yang betul, projek “Gaya
Hidup Sihat: Satu Kajian Tentang Kesedaran Pelajar Terhadap Cara Hidup Sihat
yang Betul” ini mungkin tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan dengan
jayanya.
Projek ini juga dilakukan dengan kerjasama
semua ahli kumpulan dan juga dengan bantuan beberapa kenalan serta pakar
professional yang berpengalaman luas dalam skop yang kami ketengahkan. Setelah
itu, kami juga akan menyatakan pengalaman pembelajaran yang diperolehi ketika
mengendalikan projek ini. Secara jujurnya, ini merupakan projek pertama yang
kami jalankan secara berkumpulan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jika
sebelum ini kami lebih cenderung untuk memasuki program yang dianjurkan oleh
pihak lain namun pada kali ini kami merasakan sendiri bagaimana rasanya serta
pengalaman menganjurkan program sendiri. Sudah tentu ini memberikan satu pengalaman
baru bagi kami. Hal ini demikian kerana, segala hal berkaitan dengan projek ini
semuanya terletak di bahu kami sendiri. Dari sekecil- kecil tanggungjawab
hingga ke sebesar- besar perkara. Pengalaman yang kami peroleh dalam memastikan
supaya projek ini berjalan seperti yang dijadualkan dan diharapkan telah
memberi satu pengalaman yang susah untuk kami peroleh dari program lainj yang
kami sertai.
Seterusnya kami juga menyatakan kelemahan dan
kekuatan yang ada pada kumpulan kami semasa menjalankan tugasan ini. Walaupun
kami sekumpulan saling mengenali antara satu sama lain, namun cabarannya di
sini ialah kami tidak pernah bekerja bersama. Sudah tentu pada mulanya sukar
untuk kami mencari rentak untuk bekerja berkumpulan namun selepas beberapa kali
melakukan perbincangan kami mula memahami satu sama lain. Perkara tersebut
menjadi kekuatan kumpulan kami.
Akhir sekali, kami akan memberikan
langkah-langkah dan cadangan untuk memperbaiki dan membuat penambahbaikan
terhadapprojek tersebut. Walaupun ini merupakan pertama kali kami membuat
projek berkaitan dengan kesihatan, namun kami mahu berkongsi langkah-langkah
dan cadangan yang boleh diambil bagi memastikan kelancaran sesuatu program serta
mencapai objektif program tersebut.
2. Peristiwa-Peristiwa Sepanjang Menjalankan
Projek
Setelah selesai mendapat tugasan yang diberikan
oleh pensyarah Pembangunan Diri I, Cik Maharam Mamat, kumpulan kami telah
mengadakan satu perbincangan ringkas untuk membincangkan topik dan skop kajian
yang akan kami laksanakan bagi projek ini. Perbincangan ringkas ini telah
diadakan pada hari tersebut juga iaitu pada tanggal 19 September 2013 di Dewan
Kuliah 2, Fakulti Undang-Undang. Perbincangan diadakan dengan kehadiran semua
ahli kumpulan tanpa sebarang pengecualian.
Dalam perbincangan tersebut, kami telah memperoleh
beberapa idea dan cadangan yang diutarakan oleh ahli-ahli kumpulan. Antara
cadangan tersebut adalah sebuah kajian mengenai gaya hidup sihat di kalangan
warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kami bercadang untuk menyebarkan
soalan ujikaji di sekitar kampus bagi menilai taraf gaya hidup sihat. Cadangan
yang kedua ialah untuk mengadakan ‘bake sale’ di mana kami bercadang untuk
membakar kek dan kek cawan yang akan dijual di sekitar kampus UKM. Hasil jualan
akan disalurkan kepada sebuah rumah anak yatim. Cadangan yang ketiga ialah
melakukan misi sukarela di Pusat Perlindungan Gajah, Kuala Gandah di mana kami
bercadang untuk membantu dalam aktiviti-aktiviti pengurusan seperti memberi
makan, membersihkan kangdang dan memandikan gajah-gajah tersebut. Seterusnya,
terdapat juga cadangan untuk mengadakan lawatan ke wad pediatrik di Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi melakukan misi sukarela.
Setelah diteliti dan diperhalusi secara keseluruh,
kami telah memilih topik Gaya Hidup Sihat sebagai focus kajian kami bagi projek
ini. Dalam perbincangan ini kami juga mengagihkan kerja-kerja kepada setiap
ahli kumpulan untuk memastikan kerjasama yang diperolehi setiap dari kami
adalah adil dan saksama. Setiap dari kami juga diberi tarikh untuk menyiapkan
kerja masing-masing bagi memastikan kelancaran tugasan yang diberikan.
Kami sekumpulan telah berbincang untuk
melakukan tinjauan bagi projek Pembangunan Diri I kami pada 26 Oktober 2013.
Tinjauan ini bertajuk “Gaya Hidup Sihat: Satu Kajian Tentang Kesedaran Pelajar
Terhadap Cara Hidup Sihat yang Betul”. Sasaran kami ialah pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Hal ini demikian kerana kami juga merupakan pelajar UKM dan ini
akan memudahkan kami untuk melakukan tinjauan. Kawasan pilihan kami ialah di
sekitar Fakulti Undang-Undang dan juga kolej kediaman yang berdekatan. Kami
memilih FUU kerana kami mempunyai ramai kenalan di sana dan landskapnya yang
juga sudah biasa bagi kami.
Bagi tujuan tinjauan ini, kami telah
dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 akan melakukan tinjauan di sekitar
FUU, manakala Kumpulan 2 bertanggungjawab melakukan tinjauan di kawasan kolej.
Bagi Kumpulan 1, yang terdiri daripada 4 orang, kami telah mengedarkan sebanyak
50 helai kertas tinjauan kepada pelajar Fakulti Undang-Undang. Kami juga telah
menerangkan kepada mereka tujuan projek kami serta matlamat yang ingin dicapai.
Setelah semua kertas tinjauan di isi dan dikumpulkan, Kumpulan 2 telah memulakan
tugas mereka di kolej-kolej berdekatan. Kami telah mengedarkan kertas tinjauan
serta menemuramah beberapa orang pelajar mengenai cara hidup mereka serta
sejauh mana pengetahuan mereka mengenai maksud cara hidup sihat. Semua
temuramah adalah dirakamkan.
Selepas melakukan tinjaun dengan cara
mengedarkan borang dan menemu ramah para pelajar UKM, kami telah berkumpul
sekali lagi untuk mengumpulkan semua borang tinjauan dan juga menonton klip
video temuramah. Perjumpaan pada kali ini bertujuan untuk membolehkan kami
melakukan andaian mengenai kesedaran dan pengetahuan pelajar mengenai gaya
hidup sihat.
Kami telah memeriksa semua borang tinjauan dan
telah mengklasifikasikan cara hidup pelajar UKM berdasarkan keputusan yang kami
peroleh dari tinjauan yang dilakukan. Kami juga mengambil kira keterangan yang
diambil melalui temu ramah bersama penduduk kolej untuk disertakan sekali dalam
andaian projek kami. Kumpulan 1 bertanggungjawab untuk memeriksa borang
tinjauan yang diisi oleh pelajar Fakulti Undang- Undang manakala Kumpulan 2
akan mengambil keterangan pelajar yang ditemu ramah dan memeriksa borang
tinjauan yang telah mereka edarkan sebelum ini.
Kami telah membuat keputusan untuk mendapatkan
pandangan pakar professional berkaitan dengan pendapat mengenai kajian yang
kami jalankan. Sasaran pakar professional pilihan kami ialah para doktor
ataupun pakar perunding memandangkan kajian kami berkait rapat dengan kesihatan
dan juga cara hidup pelajar. Ketua kumpulan kami, Nazrul Farid memikul
tanggungjawab untuk membuat temujanji dengan pakar- pakar professional yang
dapat membantu kami dalam kajian ini.
Kami telah menghantar pemohonan bagi temujanji
kepada tiga orang doktor Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) iaitu
Dr. Mohd Rizal Abdul Manaf, Dr. Zarina A. Latiff dan Dr. Tong Seng Fah.
Pemohonan tersebut telah dihantar pada 11 November 2013 kepada ketiga- tiga orang doktor tersebut melalui
emel. Kami berharap agar doktor-doktor tersebut dapat meluangkan masa dalam
minggu tersebut ataupun minggu hadapan sebelum 20 November 2013. Malangnya bagi
kami apabila pada 11 November, Dr. Mohd Rizal
telah memaklumkan bahawa beliau akan menghadiri mesyuarat etika serta
mempunyai komitmen kerja yang lain pada tarikg yang dicadangkan. Pada 12
November pula Dr. Zarina A Latiff memaklumkan kepada kami bahawa beliau juga
sibuk dengan komitmen kerja di hospital. Senyuman di raut wajah kami mula
terukir apabila pada 15 November 2013, Dr. Tong Seng Fah memberitahu kami
bahawa beliau boleh meluangkan masa membantu kami pada 19 November selepas jam
2.00 petang. Memandangkan masa tersebut tidak bercanggah dengan jadual kami,
kami telah bersetuju untuk berjumpa dengan Dr Tong Seng Fah.
Pada tarikh 19 November 2013, kami sekumpulan
telah membuat lawatan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang
bertempat di Cheras, Kuala Lumpur. Tujuan lawatan kami adalah untuk berjumpa
dengan Dr. Tong Seng Fah, salah seorang doktor yang bertugas di HUKM, bagi
menemu ramah beliau mengenai topik kajian kami. Dr. Tong Seng Fah merupakan
seorang doktor dari Jabatan Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan UKM.
Kami telah bertolak dari Kampus Bangi sekitar
jam 12 tengah hari dan selamat tiba di HUKM sekitar pukul 1 tengah hari. Kami
kemudian berdepan dengan sedikit kesulitan ketika mencari pejabat Dr. Tong
namun kesulitan ini dapat diketepikan dengan bantuan staf-staf HUKM yang ramah
dan berbudi bahasa. Kami tiba di pejabat Dr. Tong Seng Fah tepat untuk
temujanji yang telah ditetapkan iaitu pada jam 2 petang. Semasa sesi temu ramah
ini, kami telah memperoleh pelbagai informasi dari Dr. Tong mengenai topik kami
seperti kesan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat kepada fizikal,
psikologi, kerohanian dan social seseorang. Sekitar jam 4 petang, temubual kami
bersama Dr. Tong Seng Fah telah berakhir dan kami terus berangkat pulang ke
Bangi. Kami selamat tiba di kampus Bangi sekitar pukul 6 petang.
Pada 20 November 2013, kami telah berkumpul di
foyer Kolej Ungku Omar untuk mengumpul dan menganalisis semua data dan maklumat
yang telah kami peroleh dari soalan ujikaji serta hasil daripada temubual
bersama Dr. Tong Seng Fah serta untuk membuat persediaan bagi perbentangan pada
21 November 2013. Perbincangan diadakan pada
jam 8:30 malam dengan kehadiran semua ahli kumpulan tanpa sebarang
pengecualian. Kami sekumpulan juga telah bersetuju untuk membuat akaun Twitter
yang boleh kami gunakan sebagai wahana untuk menyebarkan informasi dan maklumat
yang telah kami peroleh sepanjang tempoh kajian kepada warga UKM yang lain. Selepas
itu, kami telah bersama- sama membuat slaid persembahan bagi perbentangan yang
akan dijalankan pada hari khamis nanti. Di dalam slaid persembahan tersebut
kami telah sertakan sekali dengan gambar- gambar sewaktu kami melakukan
temujanji di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kami juga sebulat suara
memilih Nazrul Farid, Francis, Nur Athirah serta Tengku Athirah untuk melakukan
perbentangan.
Pada 11 Disember 2013, kami telah mengadakan
satu perjumpaan yang bertempat di foyer Kolej Ungku Omar. Tujuan perjumpaan ini
adalah untuk mengumpul segala data dan maklumat yang telah kami peroleh
sepanjang tempoh kajian ini dan menyediakan slaid pembentangan terakhir yang
akan dibentangkan di dalam kelas pada 19 Disember 2013. Kami juga telah memilih
dua orang ahli kumpulan yang akan melakukan pembentangan tersebut supaya mereka
boleh membuat persiapan awal. Ahli-ahli kumpulan yang lain ditanggungjawabkan
untuk menyediakan kertas kerja dan refleksi jurnal untuk dihantar pada 31
Disember 2013.
3. Pengalaman Pembelajaraan Yang Dialami
Sepanjang tempoh perlaksanaan kajian ini,
pelbagai perkara yang telah kami pelajari. Sebagai contoh, kami telah
mempelajari kepentingan bekerjasama dalam sesebuah kumpulan. Tanpa sikap
kerjasama, tugasan ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik dan menepati
masa. Setiap ahli kumpulan telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya,
membolehkan kami melengkapkan tugasan ini tanpa sebarang pertelingkahan dan
masalah. Sebagai contoh, kami semua telah berkerjasama semasa membuat tinjauan
dan mengedarkan soalan ujikaji. Ini membolehkan kami mendapatkan respons dari
seberapa ramai orang yang boleh. Setiap ahli juga telah bertanggungjawab dan
menyumbang bahagian masing-masing kepada perlaksanaan projek ini.
Seterusnya, kami juga telah mempelajari
kepentingan sikap toleransi dan bertolak ansur. Tanpa toleransi, kumpulan ini
tidak akan dapat berfungsi dengan baik kerana akan muncul pertelingkahan setiap
kali terdapat perbezaan pendapat di dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan
mestilah belajar untuk menerima pendapat dan pandangan orang lain dengan baik
dan bersedia menerima kritikan dari orang lain juga. Oleh itu, kami telah
mengadakan perbincangan apabila terdapat sebarang perbezaan pendapat supaya
kami dapat mencari solusi yang dipersetujui oleh setiap ahli.
Selain itu juga, kami telah mempelajari tentang
pengurusan masa. Pengurusan masa yang baik adalah sangat penting dalam melaksanakan
sesuatu kerja supaya kerja tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna. Kami
telah berjaya membahagikan masa kami dengan cekap supaya kami mampu untuk
meluangkan masa untuk berbincang, melakukan tinjauan dan melawat HUKM. Kami
juga tidak membazir masa atau menangguhkan perlaksaan tugasan ini. Hal ini
menyebabkan kami tidak tergesa-gesa untuk menyelesaikannya dan membolehkan kami
menghasilkan hasil kerja yang bermutu.
4. Kelemahan
Sepanjang proses perlaksanaan projek ini, kami
telah mengenalpasti beberapa kelemahan yang terdapat dalam kumpulan kami. Namun
begitu, kelemahan-kelemahan yang dihadapi adalah bersifat minor dan tidak
memberi impak yang terlalu memudaratkan kepada projek kami. Kelemahan utama yang
kami dapati adalah dari segi masa dan geografi. Hal ini kerana kami telah
berhadapan dengan kesukaran untuk mengadakan perbincangan disebabkan oleh
jadual kami yang bercanggah. Kami juga menetap di kolej kediaman yang
berlainan, sekaligus menyumbang kepada pemasalahan ini.
Ketika memilih skop kajian pada perbincangan
awal, kami mendapati terdapat beberapa permasalahan. Antaranya ialah perbezaan
pendapat di kalangan ahli kumpulan. Pada awalnya, kumpulan kami kurang
bersepakatan kerana masing-masing mempunyai idea sendiri mengenai tajuk dan
skop kajian. Walau bagaimanapun, permasalahan ini telah kami ketepikan dengan
bertolak ansur dan memilih tajuk yang dipersetujui oleh setiap ahli kumpulan.
Kami juga agak bimbang tentang belanjawan yang akan digunakan bagi projek ini,
namun kekangan ini dapat diatasi dengan memilih skop yang tidak memerlukan kos
yang terlalu banyak.
Permasalahan dan kelemahan yang dapat kami
kesan sepanjang melakukan tinjauan ialah kesukaran untuk mendapatkan pelajar
yang rela untuk menyertai tinjaun kami. Pada mulanya, kebanyakkannya sukar
untuk memberikan kerjasama kepada kami. Contohnya, mereka enggan mengisi boring
tinjauan, lambat menyerahkan boring tinjauan serta enggan ditemu ramah. Namun,
kami tetap berusaha dan mencuba bagi membetulkan keadaan. Kami mempunyai
kenalan yang ramai di FUU dan ini sudah tentu memudahkan kerja-kerja kami
kerana mereka juga turut membantu bagi menjayakan tinjauan kami. Selain itu
kami juga mempunyai hubungan yang baik dengan rakan- rakan di kolej biarpun
berlainan fakulti.
Seterusnya, kelemahan dan permasaalahan yang
berlaku ialah setiap pelajar mempunyai pendapat yang berlainan. Perkara ini
pada mulanya menyukarkan kami kerana peratusan bagi setiap pendapat yang kami
lampirkan di dalam borang tinjaun tersebut adalah seragam dan tidak menunjukkan
peningkatan bagi sesetengah pendapat. Walau bagaimanapun setelah mengambil kira
sekali pendapat pelajar melalui temu ramah yang dirakam, kami telah mendapat
kata sepakat bagi pendapat yang paling banyak disokong oleh pelajar.
Kelemahan yang dapat kami kesan ialah kelewatan
kami untuk menghantar pemohonan temujanji. Sepatutnya kami menghantar pemohonan
tersebut sebulan atau pun 2 minggu awal dari tarikh yang kami inginkan kerana
komitmen kerja sebagai seorang doktor sangat padat. Selain itu kami juga
haruslah melakukan banyak temujanji dengan doktor- doktor lain sebagai idea
sokongan.
Apabila berjumpa dengan Dr. Tong Seng Fah di
HUKM, permasalahan utama yang telah kami hadapi ialah soal pengangkutan dari
Bangi ke Cheras. Kelemahan ini dapat diatasi kerana dua daripada ahli kumpulan
kami memandu kereta mereka. Terdapat juga kelemahan apabila waktu temuramah
bersama Dr. Tong bercanggah dengan jadual beberapa ahli kumpulan kami.
Bagaimanapun, kami telah berjumpa dengan pensyarah yang berkaitan dan
mendapatkan pelepasan daripadanya. Kami juga telah mengganti kelas yang
bercanggah itu.
5. Kekuatan Semasa Membuat Tugasan
Selain mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang
terdapat dalam kumpulan, kami juga telah mengenalpasti kekuatan-kekuatan kami. Kekuatan
yang pertama adalah dari segi komunikasi. Kami sekumpulan tidak mempunyai
masalah dalam berkomunikasi antara satu sama lain. Hakikat bahawa kami semua
merupakan pelajar dari Fakulti Undang-Undang sedikit sebanyak menyumbang kepada
kekuatan ini.
Kelebihan yang seterusnya, kami juga sudah
saling mengenali antara satu sama lain. Oleh itu, mudah bagi kami untuk
berkerjasama dalam melaksanakan tugasan ini kerana kami sudah masak dan terbiasa
dengan tingkahlaku dan perangai setiap daripada ahli kumpulan kami. Ada juga
sesetengah daripada kami yang sudah pernah berkerjasama sebelum projek ini.
Hal-hal ini semua telah memudahkan situasi dan telah banyak membantu kami dalam
melaksanakan tugasan ini dengan memuaskan dalam tempoh waktu yang singkat.
Walaupun tidak semua daripada ahli kami menetap
di kolej kediaman yang sama, kami semua berasal dari fakulti yang sama. Ini
adalah salah satu kelebihan kami kerana kami masih mampu berkumpul dan berbincang
di fakulti biarpun kolej kami jauh. Sekiranya timbul sebarang persoalan atau
permasalahan berkaitan dengan tugasan ini, kami mudah untuk berkumpul dan
berbincang di fakulti bagi mencari solusinya.
6. Langkah-Langkah Dan Cadangan-Cadangan
Penambahbaikan
Langkah-langkah dan cadangan penambaikan yang
kami telah sepakati dan persetujui bersama adalah melibatkan
kelemahan-kelemahan yang telah kami dapati semasa melaksanakan tugasan ini. Antara
kelemahan yang dimaksudkan ialah perbezaan pendapat di antara ahli kumpulan.
Kami bersetuju bahawa pemasalahan ini tidak dapat dielak apabila bekerja di
dalam kumpulan kerana semua orang mempunyai pendapat yang berlainan. Oleh itu,
kami berpendapat bahawa pemasalahan ini boleh diselesaikan sekiranya ahli
kumpulan meluangkan sedikit masa untuk berbincang dan mencari jalan tengah di
antara mereka supaya perbezaan pendapat tersebut dapat diatasi.
Pemasalahan kedua yang telah kami dapati ialah
keengganan pelajar lain untuk menyertai kajian ini dengan mengisi borang
ujikaji yang telah kami edarkan dan bersetuju untuk ditemu ramah. Cadangan
penambahbaikan bagi pemasalahan ini adalah dengan meminta bantuan dari
rakan-rakan kolej dan fakulti sekiranya masih tidak cukup peserta.
Dengan mengambil langkah-langkah yang telah
dijelaskan di atas, segala masalah dan kekusutan yang timbul dalam membuat
tugasan ini telah dapat diatasi dengan berjaya. Kerjasama antara ahli kumpulan
juga adalah sangat penting kerana ia membolehkan kami menjayakan projek ini
dengan memuaskan. Walaupun terdapat beberapa halangan yang terpaksa kami
hadapi, kami sekumpulan telah berjaya menyelesaikan halangan-halangan tersebut
secara berkumpulan.
7. Penutup
Sebagai konklusi kepada refleksi jurnal ini,
tugasan kajian kami yang bertajuk Gaya Hidup Sihat: Satu Kajian Tentang
Kesedaran Pelajar Terhadap Cara Hidup Sihat yang Betul, telah banyak membantu
kami dalam memperbaiki diri kami menjadi seorang pelajar yang mampu bekerja
dalam satu kumpulan.
Segala usaha dan penat lelah kami dalam
menyelesaikan tugasan ini telah membuahkan hasil apabila ianya telah lengkap
dan siap untuk dihantar. Ia merupakan hasil daripada kerjasama setiap ahli
kumpulan yang tidak berbelah bahagi. Selain itu, pertolongan dan bimbingan
daripada pensyarah juga banyak membantu. Segala ilmu yang diajar dalam waktu
kuliah sangat membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini mengikut kehendak
pensyarah.
Selain itu, bimbingan dan tunjuk ajar yang telah
diberikan semasa kami membentangkan progress kerja kami di dalam kelas juga
telah banyak membantu kami memperbaiki kerja kami dan telah kami jadikan sebagai
garis panduan dalam membuat tugasan yang diberikan.
Sebagai penutup, sekalung penghargaan dan
terima kasih diucapkan kepada kesemua pihak yang telah membantu kami dalam melaksanakan
kajian mengenai Gaya Hidup Sihat: Satu Kajian Tentang Kesedaran Pelajar
Terhadap Cara Hidup Sihat yang Betul.
1 comment:
Thanks for the post, nice share.
Post a Comment