Assalamualaikum, Salam Sejahtera,
Selamat menjalani ibadah puasa, menyambut Hari Kemerdekaan dan meraikan kemenangan pada Aidilfitri nanti.
Apabila menghasilkan penulisan berbentuk ilmiah seperti kertas kerja, laporan penyelidikan, proposal dan sebagainya, tulisan berkenaan tidak lengkap tanpa menulis rujukan. Berikut adalah cara menulis rujukan lengkap bagi bahan rujukan berbentuk buku mengikut Gaya UKM.
CARA MENULIS RUJUKAN YANG LENGKAP UNTUK BUKU
Caranya:
Nama pengarang diikuti noktah (Semua nama pengarang hendaklah disenaraikan)
Tahun penerbitan diikuti noktah (Tahun Hijrah hendaklah ditulis bersama-sama tahun Masehi seperti 1412H/1992)
Judul buku (condong) diikuti noktah
Penyunting, penyusun, penterjemah (jika ada) diikuti noktah
Nama siri buku dan jilid atau bilangan dalam siri (jika ada) diikuti noktah
Edisi selain daripada edisi pertama ditaip sebagai Ed. ke-… dan diikuti noktah
Bilangan jilid diikuti noktah
Tempat terbit (bandar) diikuti titik bertindih (Jika terdapat lebih daripada satu tempat terbit gunakan tempat yang pertama. Contoh: New York, London, Paris hendaklah ditaip New York).
Penerbit diikuti noktah.
Baris ke-2 bagi setiap rujukan dan seterusnya hendaklah ditulis satu langkau dengan ensotan 12.5 mm. Walau bagaimanapun, ensotan berkenaan tidak dapat saya paparkan dalam blog ini kerana masalah teknikal.
Contoh:
a. Pengarang tunggal (termasuk nama samaran)
Arena Wati. 1991. Memoir Arena Wati: enda gulingku. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Brown, R. 1988. Topology: a geometric account of general topology, homotopy types and the fundamental groupoid. Chichester: Ellis Horwood Limited.
Ibn Hazm, Abu Muhammad cAli ibn Ahmad ibn Sacid. 1403H/1983. Jamharat ansab al carab. Beirut: Dar al Kutub al cIlmiyyah.
Miller, R.K. 1989. The informed argument. San Diego: Harcourt Brace Javonich Publishers.
Nik Anuar Nik Mahmud. 2000. Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
b. Pengarang bersama
Abdul Samad Hadi, Shaharudin Idrus, Ahmad Fariz Mohamed & Abdul Hadi Harman Shah. 2006. Perubahan persekitaran dan kemudahterancaman Lembangan Langat. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Kamal Ariffin & Shahrir Abdullah. 2000. Pengiraan berangka kejuruteraan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Corcoran, K. & Fischer, J. 1987. Measures for clinical practice: a source book. New York: The Free Press.
Smith, M., Beck, J., Cooper, C.L., Cow, C., Ottaway, D. & Talbot, R. 1982. Introducing organizational behaviour. London: MacMillan.
Edisi Baru Dan Cetak Ulang [Ed. = Edisi]
Buckley, C.B. 1965. An anecdotal history of old times in Singapore. Cetak ulang. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
Cohen, J. 1977. Statistical power analysis for the behavioral sciences. Ed. semak. New York: Academic Press.
Shaharir Mohamad Zain. 1990. Beberapa masalah permulaan dalam sains hayat dan perubatan. Ed. ke 2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Karya Yang Dikenali Menurut Judul
Al Quran.
Cumulative bibliography of Asian studies, 1941 1945: subject bibliography. 1972. 4 jil. Boston: G.K. Hall.
The encyclopaedia of Islam. 1960. Ed. ke 2. Leiden: E.J. Brill.
Kamus Dewan. 1991. Ed. baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Oxford regional economic atlas: the Middle East and North Africa. 1960. London: Oxford University Press.
Rujukan Kepada Hadith Ditulis Menurut Pengumpul Hadith
al Tabrani, Sulayman ibn Ahmad. 1311H/1894. Al Mucjam al saghir. Delhi: Al Matbacah al Ansari.
Karya Susunan [pnys. = penyusun]
Farid M. Onn (pnys.). 1982. Dinamisme dalam pengajaran, penyelidikan dan pentadbiran universiti. Kumpulan Kertas Kerja 2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hamzah Hamdani (pnys.). 1980. Esei sastera Baharuddin Zainal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhamad Hasan Tok Kerani Mohd Arshad. 1968. Al tarikh salasilah negeri Kedah. Susunan semula Mohd Zahid Shah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Karya Suntingan [pnyt. = penyunting]
Jamaluddin Md. Jahi (pnyt.). 2000. Pengurusan persekitaran di Malaysia: isu dan cabaran. Bangi, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jamaluddin Md. Jahi, Kamaruzzaman Sopian, Mohd Jailani Mohd Nor & Abdul Hadi Harman Shah (pnyt.). 2001. Environmental management 2000. Bangi: Centre for Graduate Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Laily B. Din, Muhammad Yahya, A. Norhayati, M.S. Nizam, Waidi Sinun & A. Latiff (pnyt.). 2005. Danum Valley conservation area: physical, biological & social environments. Kota Kinabalu & Bangi: Yayasan Sabah & Universiti Kebangsaan Malaysia.
Selenggaraan [pngr. = penyelenggara]
Othman Ismail (pngr.). 1990. Peristilahan dan penulisan sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sharifah Barlian Aidid (pngr.). 1990. Siri bacaan pelajar Utusan: epidemik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.
Sulaiman Masri & Zainal Abidin Bakar (pngr.). 1989. Kertas kerja seminar penggunaan istilah sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Berbilang Jilid [Jil. = Jilid yang dirujuk]
Abu Osman Md. Tap. 1987. Matematik pertama. Jil. 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abu Osman Md. Tap. 1988. Matematik pertama. Jil. 2 & 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Terjemahan [Terj. = Terjemahan]
Battle, J.A. & Shannon, R.L. 1978. Gagasan baru ilmu pendidikan. Terj. Jakarta: Penerbit Mutiara.
Fraleigh, J.B. 1988. Kursus pertama aljabar niskala. Terj. Abu Osman Md. Tap & Abdul Razak Salleh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nama Samaran
Arena Wati. 1991. Memoir Arena Wati: enda gulingku. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Keris Mas. 1979. Tiga puluh tahun sekitar sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Monograf
Harriet Wong, Hazita Azman & Lee Siew Chin. 1990. English language proficiency. Monograf 3, Pusat Bahasa, UKM. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Smail, J.R.W. 1964. Bandung in the early revolution 1945 1946: a study in the social history of the revolution. Modern Indonesian Project Monograph Series. Ithaca: Cornell University Press.
Bab Dalam Buku [Dlm. = Dalam]
Abdul Latiff Mohamad. 2000. Kesan pembangunan sosio-ekonomi ke atas kepelbagaian biologi khususnya spesies tumbuhan endemik di Malaysia. Dlm. Jamaluddin Md. Jahi (pnyt.). Pengurusan persekitaran di Malaysia: isu dan cabaran, hlm. 72-103. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fleishman, I.A. 1973. Twenty years of consideration and structure. Dlm. Fleishman, I.A. & Hunt. J.G. (pnyt.). Current development in the study of leadership: selected readings, hlm. 1 37. Carbondale: Southern Illinois University Press.
Shamsuddin Suhor. 2004. Celik alam sekitar: pengurusan di peringkat isi rumah. Dlm. Jamaluddin Md. Jahi, Mohd Jailani Mohd Nor, Kadir Arifin & Azahan Awang (pnyt.). Alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat Malaysia, hlm. 196-211. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zainal Abidin Abdul Wahid. 1964. Malaysia, South East Asia and world politics. Dlm. Wang Gungwu (pnyt.). Malaysia: a survey, hlm. 356 374. New York: Frederick A. Praeger.
Karya Tanpa Tarikh (t.th.)/Tanpa Tempat (t.tp.) /Tanpa Penerbit (t.pt.)
al Fakhiri, Muhammad ibn cUmar. t.th. Al akhbar al-najdiyah. Suntingan cAbd Allah ibn Yusuf al Shibl. al Riyad: Matabic Jamicat al Imam Muhammad ibn Sucud al Islamiyyah.
Ibn Qayyim al Jawziyyah, Abu Abd Allah Muhammad ibn Bakr al Zarci al Dimisyqiyy. t.th. Aclam al Muwaqi cin rabb al calamin. 4 jil. Suntingan Muhammad Muhyi al Din cAbd al Hamid. Mesir: t.pt.
al Shafici, Muhammad ibn Idris. t.th. Al Umm. 7 jil. t.tp.: t.pt.
al Tabari, Abu Jacfar Muhammad ibn Jarir. t.th. Ikhtilaf al fuqaha'. Beirut: Dar al Kutub al cIlmiyyah.
Baris ke-2 bagi setiap rujukan dan seterusnya hendaklah ditulis satu langkau dengan ensotan 12.5 mm. Walau bagaimanapun, ensotan berkenaan tidak dapat saya paparkan dalam blog ini kerana masalah teknikal.
Cara menulis rujukan dan bibliografi Gaya UKM untuk bentuk penulisan yang lain akan saya tampal di entri lain nanti. Anda juga boleh melihat corak penulisan ilmiah untuk penulisan tesis, disertasi, laporan penyelidikan bagi memenuhi syarat pengijazahan di UKM di laman web Pusat Pengajian Siswazah.
Selamat menyiapkan tugasan dan kertas kerja.
6 comments:
Terima kasih kerana sudi post maklumat yang berguna ini.
tk di atas maklumat ini utk dikongsi bersama
terima kasih, maklumat sangat berguna.
rakan2 bleh layari http://gayaukm.blogspot.com utk dapatkan tips trik menulis tesis gaya ukm
trima kasih sebb post pasal bab2 rujukan ni..sgt2 memerlukan sebb buku gaya sudah ghaib..trima kasih byk2
terima kasih.... kunjung balas.
Terima Kasih, menjimatkan masa dari membelek buku gaya ukm. sangat dihargai.
Post a Comment