Jurnal
Refleksi
Pemuliharaan Alam Sekitar di Taman Botani Kepong
Pang
Yong Eng, Choo Wen Chun,
Kevin
Brendan Kung, DG Roziekah Binti Ussin,
Anita
A/P Voodiayakumar,
Nur
Fatin Binti Mohamad Farid,
1.0. PENDAHULUAN
Jurnal
refleksi ini ditulis bertujuan melaporkan setiap langkah kerja yang dilakukan
dalam usaha menjayakan kajian Pembangunan Diri. Tempat kajian yang telah
dipilih oleh kumpulan kami ialah Taman Botani Kepong.
Dalam
jurnal ini kami akan mengemukakan beberapa refleksi yang telah berlaku dalam
usaha menyiapkan kajian ini. Selain itu, kami juga menyatakan
peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika melaksanakan kajian tersebut. Kajian
yang dibuat ini amat kompleks maka banyak langkah diperlukan untuk
menyempurnakannya. Tambahan pula, berlakunya peristiwa-peristiwa penting yang
urutannya haruslah dikenal pasti. Kami sekumpulan berpendapat bahawa peristiwa dan
urutan peristiwa tersebut adalah penting kerana tanpanya, kajian ini tidak akan
dapat disempurnakan.
Kajian
ini juga dilakukan dengan kerjasama semua ahli kumpulan dan juga dengan bantuan
beberapa pegawai Taman Botani Kepong yang merupakan pakar mengenai alam sekitar.
Terutamanya perkara yang berkaitan dengan Taman Botani Kepong. Setelah itu,
kami juga akan menyatakan pengalaman pembelajaran yang diperolehi dalam proses membuat kajian. Proses membuat
kajian ini merupakan pengalaman kali pertama kami semasa di Universiti
Kebangsaan Malaysia dalam perkara sebegini, iaitu berkaitan dengan alam sekitar.
Sebelum ini, pengalaman terakhir adalah dalam kajian tentang alam sekitar
semasa di Tingkatan 5. Sudah tentu, terdapatnya banyak perbezaan institusi
pengajian hutan tropika jika dibandingkan pada masa itu dengan kini, terutamanya
hasil daripada usaha pembangunan, pemeliharaan dan pemuliharaan.
Walaupun
kami telah mempelajari subjek Geografi yang merangkumi pengetahuan hutan tropika di bangku sekolah, namun kami
sudah ditinggalkannya lebih daripada 4 tahun lalu. Pengetahuan kami sudah tentu
terbatas serta banyak perkara yang telah kami lupakan. Tambahan pula, kami
sebagai pelajar jurusan undang-undang, tidak menyentuh langsung isu
pemeliharaan alam sekitar dalam proses pembelajaran kami ataupun dalam sukatan
pelajaran kami maka pengetahuan ini hanyalah terbatas kepada bacaan am. Oleh
itu, pengalaman yang diperoleh dalam melaksanakan kajian ini sangat baru, asing
dan penting kepada kami semua.
Seterusnya
kami juga menyatakan kelemahan dan kekuatan yang terdapat dalam kumpulan kami
semasa menjalankan tugasan ini. Kami menganggap tugasan ini sebagai satu
cabaran kerana kajian ini amat unik dan asing kepada kami sebagai pelajar
jurusan undang-undang. Walaupun kami sekumpulan sudah tahu satu sama lain
selama beberapa bulan, beberapa kelemahan dan kekuatan ahli kumpulan telah
dikenal pasti melalui projek ini. Kami telah membahagikan kelemahan dan
kekuatan kepada dua perenggan berasingan yang kami akan menganalisa secara
terperinci.
Akhir
sekali, kami akan memberikan langkah-langkah dan cadangan untuk memperbaiki dan
membuat penambahbaikan terhadap kajian ini. Walaupun kami bukannya pakar
berkaitan dengan isu alam sekitar mahupun mempunyai ilmu yang mendalam tentang
hutan simpan atau taman botani, namun kami tetap mahu memainkan peranan sebagai ahli masyarakat yang
prihatin dan berkongsi pendapat, langkah-langkah dan cadangan penambahbaikan
terhadap hutan simpan dan taman botani yang terdapat di Malaysia.
2.0
PERISTIWA-PERISTIWA SEPANJANG KAJIAN
Peristiwa
Sebelum Melaksanakan Kerja Lapangan
Setelah
selesai memilih tajuk kajian kami atas nasihat yang diberikan oleh pensyarah
Pembangunan Diri iaitu Puan Maharam Mamat, kumpulan kami telah mengadakan satu
perbincangan ringkas untuk membincangkan cara-cara melakukan kajian yang
diberikan ketika kuliah. Perbincangan ringkas ini telah diadakan pada hari tersebut
juga iaitu pada 19 September 2013. Perbincangan diadakan dengan kehadiran semua
ahli kumpulan tanpa sebarang pengecualian. Pada mulanya, kami merancang untuk
mengadakan perbincangan ini di luar dewan kuliah sahaja. Namun, beberapa
anggota kumpulan kami berpendapat ia adalah lebih mudah dan selesa sekiranya
diadakan perbincangan ini di perpustakaan sahaja. Tambahan pula, kesemua ahli
kumpulan selalu singgah di perpustakaan sehingga waktu senja.
Perbincangan
kali pertama setakat diadakan secara basa-basi sahaja. Perbincangan dilakukan
secara kasual dengan masing-masing mengutarakan pendapat dan pengalaman membuat
kajian. Kesemua ahli kumpulan menyatakan pernah membuat kajian untuk subjek
Sejarah dan Geografi ketika belajar di sekolah menengah sekurang-kurangnya dua
kali semasa di bangku sekolah. Kami juga membincangkan institusi pengajian
hutan tropika yang terdapat di Malaysia serta keunikannya. Pendek kata, pada
perbincangan pertama ini, kami hanya mengutarakan pendapat dan berkongsi
pengetahuan serta pengalaman masing-masing mengenai Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia sahaja. Pada akhirnya, perbincangan ini berakhir dengan
setiap ahli kumpulan ditugaskan untuk mencari hutan simpan atau taman botani
yang boleh dipilih untuk dijadikan tempat kajian.
Perbincangan
seterusnya diadakan seminggu selepas hari
itu iaitu pada 26 September 2013. Perbincangan tersebut dijalankan di
perpustakaan Tun Seri Lanang. Dalam perbincangan ini, setiap seorang daripada kami
telah memberikan cadangan tempat kajian. Antara tempat yang dicadangkan adalah
Taman Botani Melaka dan Taman Botani Kepong. Setiap ahli kumpulan memberikan
kelebihan-kelebihan tempat tersebut serta diikuti sebab-sebab mengapa tempat
tersebut patut dipilih sebagai tempat untuk menjalankan kajian ini.
Setelah
menimbangkan pro dan kontra kedua-dua pilihan ini secara masak-masak, kami
sebulat suara memilih Taman Botani Kepong kerana lokasi yang strategik. Dalam
perbincangan ini kami juga mengagihkan tugasan-tugasan kepada setiap ahli
kumpulan untuk memastikan kerjasama diperolehi daripada setiap ahli kumpulan.
Ekoran itu, pembahagian tugasan ini juga memastikan kajian ini berjalan lancar
tanpa masalah yang serius. Tugasan juga dibahagikan secara adil dan saksama.
Setiap ahli kumpulan kami juga diberikan tarikh akhir untuk menyiapkan kerja masing-masing
bagi memastikan langkah seterusnya untuk menyiapkan projek ini dapat diaturkan.
Dalam
usaha untuk menjayakan kajian ini, pelbagai peristiwa-peristiwa telah dilalui
oleh setiap daripada ahli kumpulan kami. Hal ini kerana terdapat beberapa isu yang
timbul semasa menyiapkan kajian ini. Antaranya adalah kami perlu berbincang
untuk memastikan fokus penyiasatan kami adalah tepat dengan tajuk yang
dikehendaki. Kami juga perlu memastikan setiap ahli kumpulan diagihkan kerja
secara adil supaya tidak berlakunya pertelingkahan antara anggota kumpulan
kerana kami prihatin bahawa setiap ahli kumpulan mempunyai banyak perkara yang
perlu dijunjung sebagai seorang mahasiswa.
Setelah
itu, timbul beberapa masalah yang dihadapi ketika merancang perlaksanaan kajian.
Antara masalahnya adalah terdapat ahli kumpulan yang tidak dapat hadir sesi
perbincangan kerana masalah peribadi. Selain itu, maklumat yang diperlukan juga
sukar untuk diperolehi kerana tiada data yang kukuh tentang populariti
tanaman-tanaman Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang merupakan skop
kajian kumpulan kami. Kami juga menghadapi kekangan masa kerana semester
menjalankan kajian ini adalah semester pertama. Hal ini bermakna kami masih
berada dalam proses menyesuaikan diri dengan alam universiti. Sehubungan dengan
itu, projek ini merupakan projek yang besar maka projek ini akan mengambil masa
yang panjang serta memerlukan usaha dan komitmen daripada semua ahli kumpulan.
Selepas
itu,kami menghadapi kesukaran untuk menetapkan masa dan tarikh untuk melakukan
kajian di Taman Botani Kepong kerana ramai ahli kumpulan yang pulang ke kampung
masing-masing ketika cuti semester. Ketua kumpulan kami menyarankan agar kajian
dijalankan pada 11 November 2013 dari pukul 1 hingga 6 petang. Semua ahli
kumpulan bersetuju dengan cadangan ketua kumpulan memandangkan tidak mempunyai
masa lain yang semua ahli kumpulan dapat menghadiri kerja lapangan tersebut. Kami
menyewa sebuah kereta daripada seorang rakan kami dan kos sewa serta kos minyak
ini ditanggung oleh setiap anggota kumpulan bersama.
Perlaksanaan Kerja Lapangan
Kami
bertolak ke Taman Botani Kepong pada pukul 12 petang dari Fakulti Undang-Undang
Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami tiba pada pukul 1.30 petang. Perjalanan
mengambil masa yang panjang kerana berlakunya kesesakan lalu lintas. Justeru,
kami juga kurang pasti jalan ke tempat kajian tersebut. Selain itu, petunjuk ke
Taman Botani Kepong amat mengelirukan maka banyak masa telah dibazirkan untuk
mencari destinase kami. Kami terpaksa meminta bantuan residen kawasan tersebut
supaya kami dapat mencari taman botani tersebut.
Setelah
kami tiba, kami terus ke pejabat pentadbiran Taman Botani Kepong untuk
mendapatkan pertolongan seorang pegawai yang mengiringi kami semasa
perlaksanaan projek ini. Kami bernasib baik kerana pegawai yang mengiringi kami
merupakan seorang pakar alam sekitar dan semula jadi. Tambahan pula, beliau
seorang peramah serta penyabar maka beliau menjawab semua soalan yang kami
tujukan kepada beliau dan beliau juga sanggup mengiringi kami selama 3 jam. Beliau
juga sanggup mengiringi kami mengunjungi seluruh tempat di Taman Botani Kepong
termasuklah air terjun, taman buluh, taman botani, dan lain-lain lagi. Pada
peringkat akhir sesi pelancongan kami, kami meminta agar beliau setuju
mengambil gambar bersama kami sabagai kenangan.
Pada
pukul 5, lawatan kami di Taman Botani Kepong telah berakhir. Kami mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pegawai tersebut kerana memberi bantuan, tunjuk ajar
serta kerjasama yang tidak terhingga-hingga kepada kami. Selepas itu, kami
berbual sambil menikmati keindahan Taman Botani Kepong di pondok yang terletak
di luar pejabat pentadbiran. Pada pukul 6,kami pulang ke Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Pada
hari seterusnya, kami membuat persiapan untuk membentang kajian kami pada 21
November 2013 dengan menggunakan ‘power point’. Selain itu, kami juga
membahagikan tugas masing-masing supaya kerja kami lebih sistematik dan
efektif.
Selepas Perlaksanaan Kerja Lapang
Seperti
mana yang telah kami sangkakan, projek yang telah kami laksanakan merupakan
projek yang amat kompleks. Setelah menjalankan kerja lapangan kami, kami telah
dibahagikan kerja. Kumpulan kami telah dibahagikan kepada kepada empat kumpulan
kecil yang setiap satunya mempunyai tanggungjawab masing-masing. Kumpulan
pertama yang terdiri daripada Dayang dan Anita bertanggungjawab menyediakan
‘power point’ untuk perbentangan. Kumpulan kedua yang terdiri daripada Fatin
menyiapkan kertas kerja projek ini. Kumpulan ketiga iaitu Vesvanathan dan Kevin
bertanggungjawab membentangkan ‘power point’ yang disediakan oleh Dayang dan
Anita. Kumpulan akhir yang terdiri daripada Choo Wen Chun dan Pang Eng Yong
bertanggungjawab menyediakan jurnal refleksi.
Di
setiap kumpulan tersebut berlakunya pelbagai kesulitan. Kumpulan pertama yang
menyediakan ‘power point’ terpaksa menangguhkan persiapan mereka kerana pegawai
Taman Botani Kepong agak lewat menghantar informasi tentang taman botani
tersebut. Kumpulan kedua pula mengalami kekangan yang sama kerana untuk
menyiapkan kertas kerja, informasi serta bahan daripada Taman Botani Kepong
diperlukan. Kumpulan kami telah mengatasi masalah ini dengan menghubungi pihak
Taman Botani Kepong melalui pelbagai media iaitu melalui telefon serta emel.
Kumpulan
tiga yang bertanggungjawab membentangkan ‘power point’ tidak dapat berlatih
kerana ‘power point’ tidak dapat disempurnakan. Kumpulan empat pula menghadapi
masalah kerana setiap kumpulan kecil terlalu sibuk dan kumpulan empat tidak
dapat berjumpa dengan ahli-ahli kumpulan kecil untuk mendapatkan pendapat
mereka tentang kerja lapangan tersebut yang akan dimasukkan ke dalam jurnal
refleksi ini.
Setelah
menghadapi segala masalah, kami telah membentangkan projek kami kepada
pensyarah. Selepas mendengar serta menganalisa perbentangan kami, Puan Maharam
telah mengenal pasti pelbagai kesalahan yang telah kami lakukan dalam
perbentangan dan juga kertas kerja kami. Kesalahan-kesalahan tersebut juga agak
banyak dan memerlukan kami membaiki serta struktur semula kertas kerja kami.
Kami telah membuat perjumpaan bersama Puan Maharam pada pukul 12.30 pm,
20.12.2013 untuk mengenal pasti secara terperinci kesalahan-kesalahan tersebut
serta cara membaiki projek kami supaya projek kami dapat disempurnakan.
Puan
Maharam telah mengenal pasti setiap satu kesalahan yang telah kami lakukan dan
beliau juga telah memberitahu kami langkah penyelesaiannya. Beliau juga telah
memberi galakkan kepada kumpulan kami agar kami tidak berputus asa. Contohnya
beliau telah berkali kali memberitahu kami bahawa projek kami masih boleh
diselamatkan dan semua sumber sudahpun ada, hanya strukturnya yang perlu
dibetulkan. Setelah perjumpaan dengan
Puan Maharam, kami secara sekumpulan membahagikan tugas-tugas semula untuk
akhirnya menjayakan projek kami ini.
3.0
PENGALAMAN PEMBELAJARAN YANG DIALAMI
Semasa
perlaksanaan kajian ini, pelbagai perkara telah kami pelajari. Antaranya, kami
mempelajari cara pemeliharaan hutan simpan dan taman botani dalam sesebuah
negara. Hal ini kerana, kajian yang dibuat oleh kumpulan kami memberi fokus
kepada usaha pemeliharaan alam sekitar dalam negara kita secara spesifiknya
Taman Botani Kepong. Jadi, kami mempelajari peranan Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia dalam membangunkan dan memelihara Taman Botani Kepong. Kami
juga dapat membezakan jenis-jenis tanaman dalam taman botani tersebut secara
kasar. Daripada tanaman yang terdapat dalam taman botani itu juga, kami dapat
menerangkan ciri-ciri tanaman dan cara-cara penjagaan tanaman seperti kekerapan
siraman air dan baja yang digunakan.
Selain
dari itu, kami juga mempelajari bagaimana untuk bekerjasama dalam sebuah
kumpulan. Dalam kajian ini, kerjasama sangat penting kerana jika terdapat
pertelingkahan sesama ahli kumpulan, perkara ini boleh menyebabkan kajian ini
tidak dapat dijalankan dengan lancar. Disebabkan wujudnya kerjasama antara ahli kumpulan, kajian kami dapat diselesaikan
dengan lancar dan tepat pada waktu yang ditetapkan. Setiap ahli kumpulan
diminta untuk mengumpul tugasan-tugasan yang diberikan kepada ketua kumpulan
untuk tujuan menjadikannya sebagai satu laporan. Pada waktu yang sama, setiap
ahli kumpulan akan bersama untuk mengesan sebarang kesilapan yang ada supaya
dapat dibetulkan maka tiada sebarang kesalahan wujud.
Selain
itu, kami juga mempelajari persepsi yang berbeza-beza antara ahli kumpulan.
Oleh sebab terdapatnya pandangan-pandangan dari ahli kumpulan yang berlainan,
perbincangan perlu dilakukan dan persetujuan untuk menggunakan alternatif yang
terbaik perlu dikenal pasti. Kami juga mempelajari sikap bertolak ansur sesama
ahli kumpulan dan sanggup menerima kritikan dari ahli kumpulan sendiri dengan
hati yang terbuka untuk sedar akan kesilapan yang telah dilakukan. Ekoran itu,
kami juga berlajar bahawa kritikan amat penting kepada setiap individu untuk
menambah baik diri lagi serta belajra daripada kesalahan-kesalahan agar tidak
mengulanginya lagi. Begitulah antara pengalaman pembelajaran yang telah kami
perolehi sepanjang kami melaksanakan kajian ini.
4.0
KELEMAHAN SEMASA MENJALANKAN KAJIAN
Sepanjang
menjalankan kajian, kami telah mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam
kumpulan kami. Kelemahan-kelemahan yang didapati adalah pada tahap minimum di
mana ianya dapat diterima secara terbuka oleh setiap ahli kumpulan. Kelemahan
yang paling utama adalah kurangnya kesedaran mengenai tanggungjawab
masing-masing. Kesedaran yang kurang mengenai tanggungjawab masing-masing ini
kebanyakannya adalah berpunca tentang kecuaian diri sendiri.
Kecuaian
diri sendiri yang dimaksudkan adalah mengenai kegagalan kami untuk menyesuaikan
keadaan diri dengan semester pertama. Walaupun kami sudah belajar lebih kurang
sebulan di Universiti Kebangsaan Malaysia, namun kami tidak berbuat langkah
yang sepatutnya dalam gerak kerja kami. Kami seolah-olah menganggap yang kami
mempunyai banyak masa lagi di mana terdapat 14 minggu dalam satu semester. Kami
gagal untuk membuat kerja-kerja dengan lebih cepat dan efisien. Kebanyakan
gerak kerja hanya dilakukan setelah mendapat desakan daripada ahli kumpulan
yang lain ataupun setelah diingatkan oleh pensyarah semasa dalam kuliah.
Kesemua
ahli kumpulan menerima kelemahan ini sebagai sesuatu yang boleh diterima
asalkan kesemua tugasan masing-masing dapat disiapkan dan dikumpul di mana
seterusnya ia dapat dihantar kepada pensyarah sebelum tarikh akhir penerimaan.
Kami menggunakan pengalaman ini sebagai pengajaran agar kami tidak lagi
mengulangi kesilapan ini dan melaksanakan setiap tugasan dengan cepat supaya
tidak lagi perlu tergesa-gesa menyiapkannya.
Kelemahan
seterusnya yang dapat dikenalpasti adalah kekurangan pengetahuan tentang isu
alm sekitar khususnya dalam bidang pemeliharaan dan pemuliharaan hutan simpan
serta taman botani.
Seperti
yang telah disebutkan sebelum ini, dengan kesemua ahli kumpulan kami mempunyai
latar belakang sebagai pelajar jurusan undang-undang, kami kekurangan ilmu pengetahuan
mengenai penjagaan alam sekitar terutamanya peranan Institut Penyelidikan Hutan
Malaysia. Untuk mengatasi permasalahan tersebut, kami telah berkongsi pendapat
dan mengambil keputusan untuk meminta pertolongan daripada pegawai pentadbir
Taman Botani Kepong. Dengan mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam sebagai
pegawai pentadbir Taman Botani Kepong, beliau merupakan calon terbaik dalam
membantu kami untuk melaksanakan kajian ini.
Beliau
menerangkan keunikan-keunikan tanaman yang terdapat dalam Taman Botani Kepong
dan aspek-aspek yang membantu dalam pelaksanaan kajian kami. Dengan nasihat dan
bantuannya, kami bersetuju untuk memilih objektif iaitu alam sekitar yang bebas
daripada pencemaran dan alam sekitar sebagai aspek utama yang dikaji dalam
membuat kajian ini.
Setelah
itu, kerja-kerja kami dan segala permasalahan kami dapat diselesaikan dengan
bantuan dan pertolongannya. Ini secara langsung dapat membantu kami mengatasi
kelemahan kami dalam kurangnya pengetahuan tentang isu alam sekitar.
5.0
KEKUATAN SEMASA MENJALANKAN KAJIAN
Di
samping mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang wujud dalam kumpulan, kami juga
telah dapat menemui dan mengenalpasti kekuatan-kekuatan kumpulan kami. Kekuatan ataupun kelebihan pertama yang dapat
kami kenalpasti adalah komunikasi yang mudah diwujudkan antara setiap ahli.
Seperti yang telah dinyatakan, kesemua ahli kumpulan kami adalah daripada jurusan
yang sama iaitu jurusan undang-undang. Hal ini bermakna kami dapat bertemu satu
sama lain kerap maka masa perjumpaan dapat ditetapkan dengan mudah. Selain itu,
kami juga terdapat di tempat yang sama maka perjumpaan dapat dijalankan dengan
mudah di perpustakaan undang-undang. Tambahan pula, kami semua fasih dalam
bahasa melayu dan bahasa inggeris. Hal ini bermakna mana-mana arahan ataupun
nasihat dapat difahami dengan jelas sama ada daripada ahli kumpulan ataupun
daripada pensyarah. Perkara ini amat penting kerana hal ini bermaksud tidak
berlakunya perselisihan faham antara ahli kumpulan yang akan menangguhkan
pernyiapan projek ini.
Kelebihan
seterusnya ialah, sebelum ini, kami telah mempunyai pengalaman dalam membuat
kerja secara bersama. Pembelajaran dalam universiti yang banyak memerlukan
pembentukan kumpulan dalam membuat sesuatu tugasan telah memberi kami peluang
membuat kerja bersama-sama sebelum ini. Oleh itu, dalam tugasan ini, hampir
semua tingkah laku ataupun kebiasaan setiap daripada kami telah dapat difahami. Hal ini banyak membantu dalam
menyiapkan kajian dalam masa yang singkat kerana kami sudahpun mengenali ahli
kumpulan kami maka semasa pembahagian tugasan, kami dapat mengoptimumkan
kekuatan setiap ahli kumpulan.
Selain
itu, tabiat belajar yang sama juga menjadi salah satu kelebihan ataupun
kekuatan kami. Kami semua sebagai mahasiswa dan mahasiswi telah berkerja keras
untuk memasuki universiti maka kami semua tahu bahawa kami memang individu yang
mampu mencari jalan penyelsaian sekiranya kami bertemu dengan halangan. Sekiranya ada sesuatu permasalahan ataupun
persoalan yang timbul dalam membuat tugasan ini, kami akan berjumpa di
perpustakaan bagi menyelesaikannya. Masalah atau persoalan yang timbul bukan
sahaja dapat diselesaikan, ianya juga diselesaikan dapat masa yang singkat.
Ekoran itu, sekiranya kami berdepan dengan sesuatu masalah yang tidak kami
selesaikan walaupun telah berbincang secara berkumpulan, kami akan membuat perjumpaan
dengan pensyarah kami supaya beliau dapat memberi idea-idea beliau agar masalah
kami dapat diselesaikan.
Kekuatan
yang seterusnya ialah komitmen dan kerjasama daripada semua ahli kumpulan yang
tidak terhingga-hingga. Kami telah berinteraksi dengan kumpulan-kumpulan lain
yang mengemukakan masalah utama yang dihadapi adalah ahli kumpulan yang kurang
komited. Hal ini merupakan masalah yang besar kerana tanpa kerjasama dan
komitmen yang mencukupi daripada semua ahli kumpulan, projek besar ini tidak
akan dapat disempurnakan. Selain itu, kerjasama amat penting kerana semua ahli
kumpulan patut memberi input dan idea agar idea yang paling efektif dapat
dipilih. Justeru, jika sebuah kumpulan menghadapi masalah, semua ahli kumpulan
patut berkerjasama untuk menyelesaikannya dan tidak hanya bergantung kepada
beberapa ahli kumpulan. Hal ini akan menimbulkan stres dan tekanan kepada
beberapa ahli kumpulan tersebut yang mungkin akan menjejaskan kesihatan dan
prestasi akedemik mereka dalam matapelajaran lain yang juga amat penting.
6.0
LANGKAH-LANGKAH DAN CADANGAN PEMBAIKAN
Langkah-langkah
dan cadangan penambahbaikan yang telah kami persetujui bersama adalah melibatkan
kerja-kerja refleksi. Seperti yang telah dinyatakan, kami telah mengenal pasti
kelemahan-kelemahan yang terdapat pada setiap ahli kumpulan agar ia dapat
dijadikan pengajaran supaya tidak lagi diulangi pada masa depan.
Kami
patut menyediakan kalendar yang membolehkan kami merancang semester kami. Perkara
ini walaupun boleh dianggap sebagai langkah yang digunakan sebagai seorang
pelajar sekolah rendah atau menengah tetapi langkah ini amat efektif dan patut
lagi dipraktikkan di universiti. Sebagai pelajar-pelajar semester pertama tahun
pertama, perancangan masa memang perkara yang berat dan susah pada mulanya.
Walaupun kini sudahpun di peringkat hujung semester kami, perancangan masa
masih merupakan sesuatu masalah kepada kami. Kami patut sedar dari awal beban
dan tanggungjawab kami dalam semester maka perancangan yang diperlukan dapat
diambil. Hal ini akan mengelakkan daripada berlakunya stres kepada seorang
pelajar.
Kami
juga sedar bahawa masyarakat kini kurang sedar akan kepentingan alam sekitar.
Hal ini amat membimbangkan, kerana alam sekitar merupakan salah satu anugerah
tuhan yang tidak ternilai. Melalui projek kami ini, kami sedar kepentingan alam
sekitar serta kami juga rasa bimbang kerana alam sekitar dalam Negara kami
semakin dicemar dan berkurang. Kami bercadang agar kempen-kempen haruslah dijalankan.
Kempen-kempen ini tidak perlu berskala besar seperti peringkat negeri ataupun
Negara. Kempen-kempen ini hanya berskala universiti kami juga memadai kerana
sekurang-kurangnya lebih banyak orang sedar akan kepentingan sumber ini.
Dengan
mengambil langkah-langkah yang telah dijelaskan di atas, segala masalah dan
kekusutan yang akan timbul pada masa depan semasa membuat kajian akan dapat
diatasi. Selain itu, kerjasama sesama ahli kumpulan adalah kunci
segala-galanya. Hal ini penting bagi memahami setiap ahli kumpulan kami dan
saling membantu dalam menyiapkan kajian ini.
7.0
PENUTUP
Sebagai
kesimpulan bagi jurnal refleksi ini, tugasan kajian yang telah dilaksanakan
oleh kami banyak membantu kami dalam melengkapkan diri sebagai seorang pelajar yang
mampu bekerja dalam satu kumpulan.
Segala
usaha kami dalam menyelesaikan kajian ini mendatangkan hasil apabila ianya
telah lengkap dan siap untuk dihantar. Kejayaan kajian ini merupakan hasil
daripada kerjasama setiap ahli kumpulan yang tidak berbelah bahagi. Selain itu,
pertolongan dan bimbingan daripada pensyarah juga tidak dapat dilupakan. Segala
ilmu yang diajar dalam waktu kuliah sangat membantu kami dalam menyiapkan kajian
ini mengikut kehendak pensyarah.
Selain
itu, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan semasa kami membentang idea
kajian ini juga banyak membantu. Ulasan-ulasan serta kritikan yang diberikan
oleh pensyarah dalam waktu kuliah kami jadikan sebagai garis panduan dalam
membuat kajian ini.
No comments:
Post a Comment