ZZZT 2213 BENTUK-BENTUK PENULISAN
SESI 2010/2011
PENERIMAAN PENGGUNAAN ISTILAH BAHASA ASING KE BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI
PENSYARAH:
PUAN MAHARAM BT MAMAT
KUMPULAN: ALAF 22
AHLI KUMPULAN:
NUR RATASHA ALIA BT MD ROSLI
SITI AZRAH BT MOHAMAD SAMSURI
NOOR AZIANTI BT ABD RASHID
NURFARAHIDA HANIM BT MOHD FADZIL
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan kertas kerja ini dengan sempurna.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah khursus Bentuk-bentuk Penulisan iaitu Pn. Maharam Bt Mamat atas tunjuk ajar, nasihat dan pertolongan yang diberikan ketika kami menyiapkan kertas kerja ini.
Selain itu, kami ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Institut Sains Angkasa, Prof. Dato’ Baharuddin Bin Yatim dan orang pelajar tahun dua Universiti Kebangsaan Malaysia atas kesudian untuk meluangkan masa bersama kami untuk sesi temubual.
Seterusnya, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para responden yang sanggup meluangkan masa untuk menjawab soal selidik yang sedikit sebanyak telah membantu kami dalam kajian ini.
Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu kami dalam kajian ini secara langsung mahupun secara tidak langsung.
ABSTRAK
Tujuan kertas kerja ini ditulis adalah untuk mengkaji penerimaan penggunaan istilah bahasa asing ke Bahasa Melayu dalam Sains dan Teknologi. Kajian ini tertumpu kepada penerimaan penggunaan istilah bahasa asing terutamanya Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dalam Sains dan Teknologi dikalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini dijalankan dengan menggunakan lima jenis kaedah iaitu rujukan perpustakaan, pengedaran borang soal selidik kepada 20 responden, temuramah dengan pelajar dan pensyarah, melayari laman sesawang dan perbincangan secara berkumpulan. Melalui kajian ini, didapati majoriti pelajar UKM tidak dapat menerima penggunaan istilah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dalam Sains dan Teknologi walaupun diketahui umum bahawa universiti ini memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Di antara sebab pelajar tidak dapat menerima penggunaan istilah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dalam Sains dan Teknologi adalah kerana kebanyakkan buku rujukan Sains dan Teknologi adalah dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, para pelajar sudah biasa dengan istilah Sains dalam Bahasa Inggeris dan merasakan kekok sekiranya menggunakan istilah Sains dalam Bahasa Melayu. Para pelajar juga menyatakan bahawa istilah Sains dalam Bahasa Inggeris adalah lebih tepat. Seterusnya, para pelajar merasakan bahawa dengan menggunakan istilah Sains dalam Bahasa Inggeris, komunikasi ilmu secara antarabangsa iaitu dengan negara-negara luar adalah lebih mudah. Namun secara rasionalnya, bahasa tidak sepatutnya menjadi penghalang atau alasan kepada seseorang individu untuk mempelajari sesuatu ilmu.Antara cadangan kami untuk para pelajar mempelajari Sains dan Teknologi dalam Bahasa Melayu tanpa menggabaikan Bahasa Inggeris ialah dengan mewujudkan buku rujukan Sains dan Teknologi yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tetapi mempunyai glosari yang menyertakan istilah Bahasa Inggeris yang sinonim dengan istilah Sains itu. Selain itu, pihak yang bertanggungjawab seperti pihak kerajaan ataupun pihak universiti perlulah menyelaraskan bahasa yang digunakan ketika sesi pembelajaran Sains dan Teknologi dan juga ketika peperiksaan agar tidak berlaku kekeliruan dikalangan pelajar. Seterusnya, para pelajar itu sendiri harus mempunyai initiatif untuk memahami takrifan sesuatu istilah dalam kedua-dua bahasa. Kesimpulannya, didapati daripada kajian ini, para pelajar tidak dapat menerima penggunaan istilah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dalam Sains dan Teknologi. Namun untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama,pihak yang bertanggungjawab seperti pihak kerajaan, para pendidik di universiti dan juga pelajar itu sendiri harus memainkan peranan agar mudah menerima penggunaan istilah bahasa asing ke Bahasa Melayu tanpa menggabaikan Bahasa Inggeris.
1.0 PENGENALAN
Sejak dahulu kala lagi, penterjemahan ilmu daripada satu bahasa ke bahasa yang lain telah dijalankan. Sebagai contoh, karya-karya ahli sains Islam yang menggunakan Bahasa Arab telah diterjemahkan oleh penterjemah negara Rom ke bahasa negara mereka. Ini bertujuan supaya mereka dapat memahami dan menguasai ilmu dari negara Arab. Bahasa memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan penguasaan ilmu individu. Di Malaysia, kebanyakkan istilah Sains dan Teknologi yang diterjemahkan ke bahasa Melayu adalah berasal dari bahasa Inggeris.
Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan sebuah Universiti yang mempunyai sebuah jawatankuasa istilah sejak awal penubuhannya pada tahun 1970 yang diberi nama “Jawatankuasa Istilah sains Universiti Kebangsaan Malaysia”. Jawatankuasa ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah UKM diketuai oleh Professor Achmad Amiruddin. Mereka membuat dan menukar istilah sains atau dikenali sebagai peristilahan dari bahasa asing ke bahasa melayu. (Jawatankuasa Istilah Sains Universiti Kebangsaan Malaysia [JISUKM] 1985) . Abdullah Hassan (2006), telah member takrif peristilahan iaitu satu usaha baru membentuk perkataan bagi mengungkap konsep, idea, proses dan nama bagi sesuatu yang belum wujud dalam Bahasa Melayu. Tujuannya adalah bagi membolehkan Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa ilmu di pusat pengajian tinggi.
Namun marcapada ini, penggunaan istilah Bahasa Asing terutamanya Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dalam bidang Sains dan Teknologi masih lagi menjadi isu dalam kalangan pengguna istilah Sains dan Teknologi ini sendiri terutamanya para pelajar.
2.0 TUJUAN KAJIAN
Mengkaji penerimaan pertukaran istilah Bahasa Asing ke Bahasa Melayu dalam Sains dan Teknologi
3.0 SKOP KAJIAN DAN LIMITASI KAJIAN
Penerimaan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap pertukaran istilah Bahasa Asing terutamanya Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dari sudut positif dan negatif.
Aspek ini menjadi pilihan kerana di UKM, pertukaran istilah bahasa asing ke bahasa melayu ini masih menjadi isu walaupun diketahui umum UKM merupakan universiti yang memartabatkan Bahasa Melayu dan kebanyakkan subjek Sains dan Teknologi di Universiti ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara.
4.0 KAEDAH KAJIAN
• Rujukan Perpustakaan
• Borang kaji selidik
• Temuramah- pelajar dan pensyarah
• Laman sesawang
• Perbincangan dalam kumpulan
5.0 PENERIMAAN ISTILAH BAHASA ASING (BAHASA INGGERIS) KE BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI
(a) Seperti yang dinyatakan oleh Jawatankuasa Istilah Sains Universiti Kebangsaan Malaysia [JISUKM] (1985) , bagi imbuhan akhiran –gy/-logy/-lurgy/-ogy, imbuhan akhiran ini akan menjadi –gi/-logi/-lurgi/-ogi jika bahagian sebelumnya tidak boleh diterjemahkan. Contohnya:
Quantity menjadi kuantitiSymmetry menjadi simetriGravity menjadi graviti
Tetapi, jika bahagian sebelumnya boleh diterjemahkan dan memang satu bidang ilmu atau kajian ,maka ia akan menjadi ilmu/kajian dan ilmu itu boleh digugurkan. Contohnya:
Phsycology menjadi PsikologiGeology menjadi Geologi(JISUKM 1985)
(b) Terdapat imbuhan kita dimanfaatkan secara tepat untuk membentuk kata atau terbitan dalam Bahasa Malaysia untuk menghindari pengambilan kata inggeris melalui pedoman transkripsi –ic kepada –ik. Contohnya:
Harmonic menjadi harmonikElectric menjadi Elektrik(JISUKM 1985)
(c) Konsonan c di hadapan vokal a, o, u akan menjadi konsonan k. Contohnya:
Cavity menjadi KavitiCornea menjadi KorneaVocal mennjadi Vokal
Manakala konsonan c di hadapan vocal e, i, oe dan y akan menjadi konsonan S. contohnya;
Central menjadi SentralCoelom menjadi SelomCylinder menjadi Silinder(Hassan Alwi 1993)
(d) Istilah antarabangsa yang ditetapkan oleh kongres antarabangsa yang tertera dalam beberapa “kod tatanama antarabangsa”,peraturan-peraturan ini harus dipatuhi seluruhnya.(sumber: Buku Istilah Sains Universiti Kebangsaan Malaysia) Hal ini bermaksud, istilah-istilah yang ditetapkan kongres antarabangsa yang menjadi istilah antarabangsa perlu dikekalkan dalam bahasa Inggeris. Contohnya:
Aurora borealis menjadi Aurora borealisAqua destillata menjadi Aqua destillataCoelenterata menjadi CoelenterataPteridophyta menjadi PteridophytaBacillus anthracis menjadi Bacillus anthracis(JISUKM 1985)
Tetapi jika istilah antarabangsa mempunyai sinonim yang lazim dipakai, sinonim ini boleh diterjemahkan atau ditranskripsikan.Contohnya istilah distilled water menjadi air suling. (JISUKM 1985)
(e) Terdapat perubahan keseluruhan dalam istilah sains daripada bahasa asal disebabkan oleh penyesuaian dengan istilah tempatan. Contohnya:
Velocity menjadi halajuDisplacement menjadi sesaranAccelaration menjadi pecutan(JISUKM 1985)
Apabila tidak ada perkataan daripada Bahasa Melayu, dialek bahasa melayu dan bahasa serumpun, maka barulah diambil daripada perkataan Bahasa Asing. Ini dilakukan dengan dua cara iaitu meminjam konsep asing dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu atau menyerap seluruh kata tersebut dalam bahasa melayu. (Abdullah Hassan 2006)
6.0 DAPATAN KAJI SELIDIK
6.1 Latar Belakang Kajian
Satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada 20 orang pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia secara rawak merangkumi tiga bahagian iaitu maklumat responden, maklumat pendidikan responden dan juga penerimaan responden terhadap penggunaan istilah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dalam bidang Sains dan Teknologi. Didapati 20 orang responden yang mengambil bahagian, yang berumur 20 tahun ke atas. Berdasarkan gambar rajah 1, dapat dilihat bahawa majoriti responden iaitu 10 orang berumur 21 tahun. Diikuti dengan 5 orang responden berumur 22 tahun, 2 orang responden yang berumur 20 tahun dan 3orang responden yang lain yang berumur sama dengan atau lebih daripada 23 tahun.
20 orang responden berkenaan terdiri daripada 12 orang responden perempuan dan 8 responden lelaki.
GAMBAR RAJAH 2: FAKULTI RESPONDEN DI UKM (harap maaf rajah tidap dapat dimuatnaik)
Berdasarkan rajah 2 di atas, dapat dilihat bahawa majoriti responden iaitu 12 orang adalah pelajar daripada Fakulti Sains dan Teknologi UKM dan 8 pelajar yang lain adalah daripada Fakulti Kejuruteraan UKM. 15 orang daripada kesemua responden merupakan pelajar lepasan Program Matrikulasi dan selebihnya merupakan lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
6.2 Penerimaan penggunaan istilah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu daripada hasil kaji selidik
Daripada 20 orang responden yang dipilih secara rawak, didapati 11 orang daripada mereka tidak dapat menerima penggunaan istilah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dalam Sains dan Teknologi. Manakala 9 responden yang lain dapat menerima.
GAMBAR RAJAH 3: BILANGAN RESPONDEN YANG MENERIMA PENGGUNAAN ISTILAH BAHASA INGGERIS KE BAHASA MELAYU DALAM KHURSUS SAINS DAN TEKNOLOGI (harap maaf rajah tidap dapat dimuatnaik)
9 responden menyatakan sebab-sebab mereka dapat menerima penggunaan istilah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dalam khursus Sains dan Teknologi kerana ia selaras dengan Dasar memartabatkan Bahasa Melayu. Selain itu, ia lebih mudah bagi pelajar untuk memahami pelajaran sebab menggunakan bahasa ibunda. Seterusnya, Malaysia perlu mencontohi kebanyakkan negara luar yang memartabatkan bahasa kebangsaan negara sendiri dan Bahasa Melayu sudah moden.
11 orang rsponden yang lain juga menyatakan sebab-sebab mereka tidak dapat menerima penggunaan istilah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dalam khursus Sains dan Teknologi kerana kebanyakkan buku rujukan Sains dan Teknologi adalah dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, para pelajar sudah biasa dengan istilah Sains dalam Bahasa Inggeris dan merasakan kekok sekiranya menggunakan istilah Sains dalam Bahasa Melayu. Para pelajar juga menyatakan bahawa istilah Sains dalam Bahasa Inggeris adalah lebih tepat. Seterusnya, para pelajar merasakan bahawa dengan menggunakan istilah Sains dalam Bahasa Inggeris, komunikasi ilmu secara antarabangsa iaitu dengan negara-negara luar adalah lebih mudah.
7.0 RUMUSAN DAN CADANGAN
Penggunaan istilah bahasa asing kepada istilah Bahasa Melayu telah diterima kerana ia selaras dengan Dasar memartabatkan Bahasa Melayu yang ditegaskan dalam peruntukan Perlembagaan Negara Malaysia (perkara 152) iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan dan Penyata Razak (1956) serta Akta Pendidikan (1996) bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa perantara di peringkat sekolah rendah sehinggalah peringkat Universiti(Kamal Shukri Abdullah Sani 2007). Tambahan pula, usaha ini menyokong cita-cita menjadikan bahasa Melayu bahasa dunia.Untuk pengetahuan, pada masa ini terdapat lebih kurang 6,000 bahasa yang masih digunakan tetapi hanya 20 bahasa yang bertaraf bahasa rasmi yang penuturnya berjumlah lebih 50 juta orang dan bahasa Melayu adalah salah satu daripada 20 bahasa itu. (Sahbulah Darwi 2009)
Melalui soal selidik yang dijalankan para pelajar menerima penggunaan istilah bahasa asing ke bahasa melayu kerana mudah memahami pelajaran sebab menggunakan bahasa ibunda dan mereka sudah biasa menggunakan bahasa Melayu dalam bidang Sains dan Teknologi. Menurut Nurul Jannah Azmi (2011), dia tidak menghadapi masalah mempelajari sains dalam bahasa melayu kerana sudah mempelajarinya semasa peringkat sekolah menengah apabila memasuki Universiti walaupun mempelajari sains dalam bahasa Inggeris ketika peringkat Matrikulasi .Pelajar-pelajar seperti ini hanya mengalami masalah ketika belajar di peringkat Matrikulasi sahaja kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantara bagi sains tetapi mereka dapat menerima sekiranya bahasa perantara ditukar ke bahasa melayu kerana sudah biasa.
Penerimaan dari sudut positif kebiasaannya diberikan oleh pelajar yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu sejak dari tingkatan satu. Mereka ini sudah biasa dengan istilah sains dalam Bahasa Melayu dan hanya mengalami masalah ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat Matrikulasi dan Tingkatan Enam sahaja kerana subjek Sains dan Matematik ketika itu diajar dalam Bahasa Inggeris. Apabila pelajar-pelajar ini menjejakkan kaki ke menara gading terutamanya di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) yang seperti diketahui umum merupakan sebuah Universiti yang memartabatkan Bahasa Melayu selaras dengan misi universiti tersebut iaitu “Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.” (laman web rasmi UKM) , dan merupakan sebuah Universiti yang kebanyakkan subjek sains dipelajari dalam Bahasa Melayu, mereka ini tidak mempunyai masalah kerana mempunyai asas istilah sains dalam Bahasa Melayu dan pertukaran ini tidak menjadi isu kepada mereka.
Selain itu, prinsip untuk mencontohi kebanyakkan negara luar yang memartabatkan bahasa kebangsaan negara sendiri merupakan salah satu sebab penggunaan istilah bahasa asing ke bahasa melayu dapat diterima. Negara seperti Jepun dan Korea mampu untuk menjadi Negara yang maju dan dikenali sebagai bangsa yang mempunyai harga diri, tegas dan mempunyai jati diri yang terkini kerana menggunakan bahasa Negara mereka walaupun mengendalikan urusan antarabangsa perlulah dicontohi. Orang kenamaan mereka jika melakukan urusan antarabangsa sanggup mengupah juru bahasa untuk bercakap dalam bahasa asing walaupun mereka sendiri tahu untuk berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Hal ini demikian kerana mereka ingin membuktikan kepada dunia bahawa jati diri terhadap Negara mereka sangat tinggi bahkan jika sesebuah Negara mahu mempelajari ilmu dari Negara mereka perlulah menguasai bahasa Negara Jepun dan Korea ini. Jadi tiada istilah bahawa hanya menguasai bahasa antarabangsa terutamanya bahasa Inggeris sahaja sesebuah Negara tidak boleh maju.
Menurut Kamal Shukri Abdullah Sani (2007), Bahasa Jepun turut menyerap bahasa-bahasa asing khususnya bahasa Inggeris bagi menyatakan konsep yang tidak terdapat dalam bahasanya. Ini mengambarkan keterbukaannya bagi menerima sesuatu yang tidak ada dalam bahasanya tetapi dengan syarat tertentu bermaksud kata tersebut perlu “dijepunkan”. Jadi Negara kita juga perlulah menedelani Jepun untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita.
Penerimaan penggunaan istilah bahasa asing ke bahasa melayu dalam sains dan teknologi diterima dengan reaksi positif kerana bahasa Melayu sudah moden dengan nahunya yang tersendiri. Menurut Teo Kok Seong (2010) Hujah yang mengatakan bahawa bahasa Melayu tidak mampu mengungkapkan komunikasi moden, termasuk bidang sains dan teknologi, adalah juga tidak benar. Korpus bahasa Melayu dari segi kemantapan sistem dalamannya, yakni ejaan, tulisan, kosa kata, istilah dan nahunya yang standard sudah lama melayakkannya menjadi bahasa moden. Bahasa Melayu telah memasuki fasa moden sejak abad ke-16 lagi, seiring dengan fasa modern bahasa Inggeris (Mahyudin Al Mudra 2008)
Daripada kaji selidik dan temubual yang telah dijalankan antara sebab-sebab majoriti responden yang dipilih tidak dapat menerima penggunaan istilah bahasa asing ke bahasa melayu dalam sains dan teknologi kerana mereka sudah biasa menggunakan bahasa inggeris dalam pembelajaran sains dan teknologi. Menurut Jannatul Akma Ramlan (2011) penggunaan Bahasa Melayu dalam sesi pembelajaran terutama dalam Sains dan Teknologi tidak begitu sesuai kerana memandangkan dia merupakan pelajar permulaan bagi dasar PPSMI telah mendapat pendidikan sains dalam Bahasa Inggeris sejak dari tingkatan satu lagi hingga ke peringkat Matrikulasi. Penggunaan Bahasa Melayu dalam pembelajaran dia merupakan satu kejutan bahasa dan ia agak menganggu prestasi akademiknya.
Bagi pelajar yang mempelajari sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak bermulanya sekolah menengah lagi. Mereka ini memberi reaksi yang negatif kerana mereka sudah mempunyai asas dan sudah biasa menggunakan istilah sains dalam Bahasa Inggeris dan kebanyakkan mereka merupakan pelajar perintis dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) iaitu mempelajari sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris bermula dari tigkatan satu sehingga tingkatan lima. Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris oleh pelajar-pelajar ini diteruskan sehingga ke peringkat Matrikulasi dan Tingkatan Enam. Bagi pelajar-pelajar ini, mereka susah untuk menguasai atau memahami istilah sains dalam bahasa Melayu apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti terutamanya UKM yang kebanyakkan kursus sains diajar dalam Bahasa Melayu.
Selain itu, kebanyakkan buku rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris. Jika mencari buku rujukan di perpustakaan, majoriti buku-buku tersebut dalam bahasa inggeris. Hanya beberapa buah buku sahaja rujukan yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Hal ini akan menimbulkan masalah apabila belajar di dalam kela menggunakan bahasa Melayu tetapi kesemua rujukan tambahan majoriti dalam bahasa Inggeris. Ini akan menyebabkan pelajar hanya akan bergantung kepada buku teks dan nota dalam kelas semata-mata kerana kebanyakkan rujukan tambahan yang terdapat dalam buku rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris.
Penggunaan istilah bahasa Asing khususnya bahasa Inggeris ke bahasa Melayu tidak dapat diterima kerana dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perantara dalam bidang sains dan teknologi akan menyebabkan komunikasi ilmu antabangsa lebih mudah. Hal ini demikian kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa Antarabangsa dan dengan menguasai bahasa ini ilmu dari luar dapat dibawa masuk ke Negara kita
Istilah Sains dalam Bahasa Inggeris juga dikatakan lebih tepat berbanding lebih tepat atau lebih baik daripada sistem bahasa Melayu yang telah sedia ada. Contohnya -ist yang bertindak sebagai membentuk kata nama manusia dalam bahasa Inggeris, dikatakan lebih tepat daripada unsur yang ada dalam bahasa Melayu. Hal ini dibuktikan juga dengan terdapat istilah-istilah yang dicedok dari bahasa Inggeris ataupun hanya ditukarkan imbuhannya sahaja dan juga ada istilah bahasa inggeris yang dimelayukan seperti:
(Joyce M. Hawkins.2006.Kamus Dwibahasa Oxford Fajar)
Cadangan-cadangan yang dikemukakan di bawah ini merupakan antara cadangan terbaik yang perlu di ambil berat supaya penggunaan istilah bahasa Asing ke Bahasa Melayu dalam Sains dan Teknologi ini tidak lagi menjadi isu.
Antara cadangan-cadangan tersebut ialah Kementerian Pendidikan perlulah memastikan setiap istilah Sains dan Teknologi yang digunakan dalam Buku teks Sekolah mestilah disertakan istilah bahasa asing yang sinonim di tepinya. Hal ini bermaksud jika buku teks tersebut ditulis dalam bahasa Melayu, sertakan istilah bahasa Inggeris di sebelahnya dan juga sebaliknya. Contohnya:
“velocity(halaju) is a displacement (sesaran) per unit time”“Halaju (velocity) adalah Sesaran (displacement) per unit Masa”
Selain itu, pihak yang bertanggungjawab perlulah menyelaraskan bahasa yang perlu digunakan untuk pembelajaran Sains dan Teknologi agar tidak berlaku kekeliruan. Jika kita menyelusuri perkembangan sistem pendidikan Negara, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah diperkenalkan. Dasar pendidikan ini telah menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sebagai bahasa perantara bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan dan ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.(Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia) Dasar ini sebenarnya telah melahirkan para pelajar yang memberi reaksi negatif terhadap penggunaan istilah bahasa asing ke bahasa Melayu dalam sains dan teknologi. Hal ini demikian kerana mereka ini sudah menguasai atau sudah memahami istilah sains dalam bahasa Inggeris dan pertukaran ini telah menimbulkan kekeliruan kepada mereka dan sedikit sebanyak telah menganggu prestasi pembelajaran mereka.
Jadi, pihak yang bertanggungjawab perlulah menyelaraskan bahasa yang perlu digunakan sebagai perantara bagi mata pelajaran sains sejak dari mula lagi. Jika mahu menggunakan bahasa asing sebagai perantara dalam Sains dan Teknologi gunakanlah atau selaraskanlah bahasa tersebut bermula dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat Institut Pengajian Tinggi dan jika mahu menggunakan bahasa ibunda, selaraskanlah bahasa ibunda tersebut sebagai perantara bagi sains dan teknologi pada semua peringkat pendidikan supaya tidak berlaku kekeliruan. Hal ini juga disokong oleh Shaharir Mohamad Zain (2011), menurut beliau pelajar lagilah eruk jika diasak oleh dasar kerajaan yang tidak selaras dan janganlah berpegang pada prinsip "sebab bahasa Melayu badan layu, bahasa Inggeris badan laris"
“Penguasaan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mestilah kuat dan para pelajar perlulah mencari makna dan takrif sesuatu istilah sains tersebut” ( Baharuddin Yatim 2011) merupakan cadangan yang terakhir supaya penggunaan istilah bahasa asing ke bahasa Melayu tidak lagi menjadi isu. Para pengguna istilah sains terutamanya pelajar perlulah mencari inisiatif sendiri supaya pertukaran bahasa ini tidak menjadi masalah besar sehingga menganggu prestasi pembelajaran mereka contohnya membuat glosari sendiri di dalam nota sains. Mereka perlulah memegang prinsip “ Bahasa Melayu perlulah dimartabatkan dan Bahasa Inggeris pula tidak diabaikan” jika mahu menjadi seorang pelajar yang mempunyai jati diri Negara yang kuat dan pada masa yang sama mampu bertanding di peringkat Antarabangsa. Perkara seperti tidak perlu dijadikan isu oleh para pelajar sebaliknya berusaha untuk menguasai kedua-dua bahasa tersebut dalam bidang Sains dan Teknologi agar bidang ini di Negara kita akan lebih maju. Tambahan pula, “ contohilah bangsa Jepun mereka bercakap dan menulis sambil memegang kamus di tangan jika perlu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris” kata Professor Dato’ Baharuddin Yatim.
8.0 KESIMPULAN
Terdapat pelbagai reaksi positif dan negatif tentang penerimaan penukaran istilah bahasa asing ke bahasa Melayu ini. Antara reaksi positif yang diterima ialah penggunaan istilah sains dan teknologi dalam Bahasa Melayu selaras dengan Dasar memartabatkan Bahasa Melayu, memudahkan pelajar untuk memahami pelajaran kerana menggunakan bahasa ibunda, Negara Malaysia perlu mencontohi kebanyakkan negara luar yang memartabatkan bahasa kebangsaan negara sendiri serta Bahasa Melayu kini sudah lebih moden.
Selain itu, reaksi negatif yang diterima adalah kebanyakkan buku rujukan Sains dan Teknologi adalah dalam Bahasa Inggeris, para pelajar sudah biasa dengan istilah Sains dalam Bahasa Inggeris dan merasakan kekok sekiranya menggunakan istilah Sains dalam Bahasa Melayu. Para pelajar juga menyatakan bahawa istilah Sains dalam Bahasa Inggeris adalah lebih tepat. Seterusnya, para pelajar merasakan bahawa dengan menggunakan istilah Sains dalam Bahasa Inggeris, komunikasi ilmu secara antarabangsa iaitu dengan negara-negara luar adalah lebih mudah.
Reaksi-reaksi yang berbeza ini sebenarnya disebabkan latar belakang pendidikan pelajar iaitu kebanyakkan mereka merupakan pelajar-pelajar dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) iaitu mempelajari matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris bermula dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima dan juga pelajar yang bukan pelajar dasar PPSMI iaitu mempelajari Bahasa Melayu dalam matapelajaran sains dan matematik.
Penggunaan istilah Bahasa Asing terutamanya Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu ini sebenarnya tidak menjadi masalah kerana para pengguna istilah sains dan teknologi di negara ini terutamanya pelajar perlu memahami takrif sesuatu istilah sains tersebut dalam apa jua jenis bahasa dan mencari inisiatif tersendiri supaya penggunaan istilah Bahasa Asing ke Bahasa Melayu tidak lagi menjadi isu.
Penggunaan istilah sains dalam bahasa melayu sangat digalakkan kerana dapat memartabatkan bahasa ibunda kita sendiri yang sememangnya sudah moden mengikut nahunya yang tersendiri tetapi pada masa yang sama kita perlu mengetahui istilah sains tersebut dalam bahasa asing juga supaya komunikasi ilmu antarabangsa dapat diperluaskan.
9.0 RUJUKAN
Buku
Abdullah Hassan.2006. Morfologi. Kuala Lumpur;PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Hassan Alwi.1993.Pedoman umum Pembentukan Istilah. Jakarta; Pt Grasindo JI Palmerah Selatan
Jawatankuasa Istilah Sains Universiti Kebangsaan Malaysia.1985. Istilah Sains Universiti Kebangsaan Malaysia Edisi Kedua. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia
Jawatankuasa Istilah Sains Universiti Kebangsaan Malaysia.1989. Kamus Fizik Mekanik. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia
Jawatankuasa Istilah Sains Universiti Kebangsaan Malaysia.1989. Kamus Istilah Biologi. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia
Joyce M. Hawkins.2006. Kamus dwibahasa Oxford Fajar Inggeris-Melayu/Melayu-Inggeris .Kuala Lumpur; Oxford Fajar Sdn Bhd
Kamal Shukri Abdullah Sani.2007. Bahasa Melayu: Apa sudah jadi?. Kuala Lumpur;PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Artikel
Sahbulah Darwi.2009. Menjadikan bahasa Melayu bahasa dunia. Utusan Malaysia 3 Oktober:4
Laman Sesawang
Laman Web Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia.2011. Moto/Misi dan Visi/ Falsafah (atas talian) http://www.ukm.my/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=90&Itemid=196&lang=bm
Mahyudin Al Mudra. 2008. Bahasa Melayu Sudah Modern sejak Abad Ke-16 (atas talian ) http://www.rajaalihaji.com/id/news.php?a=Rmcvcw%3D%3D=
Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.2011.Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) (atas talian) http://www.moe.gov.my/index.php?id=130&lang=my
Shaharir b. Mohamad .Zain. Malangnya Nasib Bahasa Melayu sebagai Bahasa Sains dan Matematik: Bala yang Perlu Dikendala (atas talian) http://www.scribd.com/doc/30918497/Malangnya-Nasib-Bahasa-Melayu-Sebagai-Bahasa-Sains-Dan-Matematik
Teo Kok Seong.2011. Bahasa Melayu sudah lama moden (atas talian) http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/bahasa-melayu-sudah-lama-moden-teo-kok-seong/
Temubual
Baharuddin bin Yatim.2011.Penerimaan Penggunaan istilah Bahasa Asing Ke Bahasa Melayu Dalam Sains dan Teknologi. Temu bual, 20 Mei
Jannatul Akma Ramlan.2011. Penerimaan Penggunaan istilah Bahasa Asing ke Bahasa Melayu Dalam Sains dan Teknologi. Temu bual, 16 Mei
Nurul Jannah Azmi.2011 Penerimaan Penggunaan istilah Bahasa Asing ke Bahasa Melayu Dalam Sains dan Teknologi. Temu bual, 16 Mei
10.0 LAMPIRAN
LAMPIRAN 1
SOAL SELIDIK:
PENERIMAAN PENGGUNAAN ISTILAH BAHASA ASING KEPADA ISTILAH BAHASA MELAYU TERUTAMANYA DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI
Dijalankan oleh:
Ahli kumpulan Alaf 22, pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Khursus:
Bentuk-bentuk Penulisan
ZZZT2213
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap penerimaan pelajar dalam penggunaan istilah bahasa asing kepada istilah bahasa melayu dalam sains dan teknologi. Kami amat menghargai kerjasama anda dalam menjawab soal selidik ini, terima kasih.
Sila isikan tempat kosong dan tandakan (√) bagi pilihan jawapan anda.
(A). Maklumat Responden
1. Umur
19
20
21
22
≥23
2. Jantina
Lelaki
Perempuan
3. Fakulti: …………………………….
(B).
1. a) Semasa anda di Sekolah Menengah, adakah matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris?
Ya
Tidak
2. a) Selepas tamat Sekolah Menengah peringkat SPM, di manakah anda menyambung pengajian anda?
Sekolah menegah (STPM)
Sekolah Menegah Agama/Mahad (STAM)
Matrikulasi
Universiti lain (ASASI/DIPLOMA)
b) Semasa menuntut di institut itu,adakah matapelajaran diajar dalam bahasa inggeris?
Ya
Tidak
Jika ya, nyatakan matapelajaran tersebut
……………………………………………………………………………………………………………………………………………
(C).
1. Kini di UKM, yang diketahui umum merupakan sebuah Universiti yang memartabatkan Bahasa Melayu, adakah anda dapat menerima penggunaan istilah bahasa asing ke Bahasa Melayu yang diajar dalam sesetengah kursus sains.
Ya
Tidak
Jika ya sila ke soalan 2 dan jika tidak sila ke soalan 3
2. Kenapa? (sila tandakan lebih daripada satu)
Selaras dengan Dasar memartabatkan Bahasa
Melayu
Mudah memahami pelajaran sebab menggunakan bahasa ibunda
Perlu mencontohi kebanyakkan negara luar yang memartabatkan bahasa kebangsaan
negara sendiri
Bahasa Melayu sudah moden
Lain-lain (nyatakan):……………………………..
3. Kenapa? (sila tandakan lebih daripada satu)
Kebanyakkan buku rujukan dalam Bahasa Inggeris
Sudah biasa dengan istilah Sains dalam Bahasa Inggeris
Konmunikasi ilmu secara antarabangsa lebih mudah
Istilah Sains dalam Bahasa Inggeris lebih tepat
Lain-lain (nyatakan):……………………………..
TERIMA KASIH
Catatan:
Kumpulan ini juga menyerahkan 3 rakaman suara berkaitan kajian mereka, namun, tidak dapat dimuatnaikkan dalam entri ini.
AbdomenAbnormalAbstrakAkademikAksesAksesoriAkaunakauntanAsetasidakrobatik,bajet
1 comment:
boleh tak sy nak ambil?sbb sy nak buat kajian anda ini untuk sorotan kajian je..plissss
Post a Comment