Thursday, April 10, 2014

Psikologi Watak Dalam Novel I LOVE U MR ARROGANT





BENTUK-BENTUK PENULISAN
SEMESTER 1, 2013-2014
ZZZT 2213


ULASAN NOVEL:
Psikologi Watak Dalam Novel I LOVE U MR ARROGANT


DISEDIAKAN UNTUK:
CIK MAHARAM MAMAT

DISEDIAKAN OLEH:

MOHAMAD ADLI BIN BACO
HAFRIZ IQBAL AKMAL BIN SAJALI
NURANI BINTI MOHD
ROHANA BINTI MAT
SUHAILA BINTI ABDULLAH SANI
PAN PEI QING



1.             PENGENALAN
        
Sesebuah novel mempunyai konteks tersendiri dan kebanyakannya adalah persoalan tentang perhubungan manusia. Hubungan antara manusia dapat dibentuk melalui sesebuah novel dengan melibatkan konflik dalam dan luaran yang ditempuhi oleh manusia dalam pergaulan seharian. Penulis novel akan cuba menekankan psikologi dan permasalahan dalaman watak dan perwatakan. Emosi sesuatu watak dalam novel akan diperkukuhkan dengan penekanan terhadap psikologi dan tahap pembacaan. Novel “Love You Mr. Arrogant” ini memberi konflik dalaman antara watak utama lelaki dan wanita serta meletakkan pelbagai permainan emosi melalui pergaulan seharian.

           Setiap karya sastera terutama genre novel, cerpen dan drama mempunyai pelaku yang kita sebut sebagai watak. Secara mutlaknya watak itu ialah pelaku-pelaku dalam karya sastera tertentu yang kita baca. apabila kita membicara tentang watak, kita tidak dapat lari dari menyentuh jenis-jenis watak. Watak itu mungkin terdiri daripada manusia biasa, binatang dan mungkin juga makhluk ghaib. Watak-watak ini tergolong kepada beberapa kelompok atau jenis watak. Antara jenis-jenis watak adalah watak utama, sampingan, bulat, pipih, putih, dan hitam. Dalam peperiksan watak yang menjadi tumpuan soalan peperiksaan adalah watak utama, watak sampingan , watak bulat serta watak pipih.


           Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman. Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak -watak berkenaan.  Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bulat, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu. Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca. Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya. Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir. Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak. Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.  Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.

           Watak yang berkesan adalah watak yang dapat menyalurkan idealisme atau memberi pengaruh kepada pembacaan. Watak juga tidak selalunya adalah manusia. Watak boleh menjadi binatang, tumbuh-tumbahan atau objek. . Perwatakan ialah sifat-sifat fizikal dan mental, tabiat, perilaku, sifat keperibadian watak seperti bercita-cita tinggi, benci dan sebagainya. Konflik dalam sesebuah novel juga boleh berlaku dari pelbagai sudut. Permasalahan seperti perkahwinan tanpa cinta, keterlanjuran dan masalah dalaman dengan diri sendiri. Ini dapat dilihat apabila kebanyakan penulis novel akan mengarang cerita yang dekat dengan diri atau sekeliling mereka. Oleh itu, pembaca akan lebih mudah memahami konflik yang cuba ditimbulkan dan menarik minat untuk terus membaca.


2.             SINOPSIS

Novel Love You Mr Arrogant mengisahkah cerita kehidupan seorang pemuda bernama Irham dan seorang gadis bernama Zaara yang bertemu ketika mereka mengalami kemalangan kecil. Irham yang bersifat angkuh telah meminta Zaara untuk membayar ganti rugi sebanyak RM5000 akibat daripada kemalangan itu. Dalam masa yang sama, Puan Sri Maryam, ibu kepada Irham ingin menjodohkan dia dengan Sherry, wanita pilihan ibu Irham. Namun Irham tidak bersetuju dengan pilihan ibunya itu.

             Irham juga berada dalam keadaan yang terdesak apabila ayahnya, Tan Sri Zahir mendesak Irham untuk berkahwin dalam masa yang terdekat. Jika tidak, syarikat milik keluarganya akan Irham Holdings akan diwariskan kepada sepupunya iaitu, Hadry. Irham tidak mahu syarikat yang dibangunkan oleh keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankannya. Oleh sebab itu, Irham secara tiba-tiba menyatakan hasratnya untuk berkahwin kepada Zaara. Zaara  terkejut dengan permintaan Irham itu. Irham malah sanggup menghubungi ibu bapa Zaara dan membuat pengakuan nahawa dia dan Zaara sedang bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara. Perbuatan Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina. Ini kerana baginya Irham sengaja menggunakan alasan perkahwinan itu untuk Zaara membayar ganti rugi untuk kemalangan tenpoh hari.

            Akhirnya, Zaara rela untuk berkhawin dengan Irham untuk menjaga nama baik keluarganya. Namun, Zaara tidak menyangka bahawa keputusannya itu membuatkan hidupnya tunggang-langgang dengan ego Irham yang tinggi. Pada Malam pertama, Zaara sudah diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya. Zaara juga juga akur dengan layanan tidak baik daripada keluarga Irham. Namun, tanpa disedari, Zaara mula menyintai Irham dalam diam. Walaupun kasar dan sombong, Zaraa dapat merasakan Irham mula mengambil berat tentang dirinya. Irham juga turut  melindungi Zaara daripada disakiti oleh Puan Sri Maryam dan Sherry.

            Kebahagian rumah tangga mereka turut diuji dengan kehadiran orang ketiga. Faisal, rakan sepejabat Zaara yang tergila-gilakan Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat untuk  mendapatkan Zaara. Dalam masa yang sama pula, sepupu Irham, Hadry juga turut mencintai Zaara. Ini memberikan tekanan yang cukup besar kepada Irham untuk mempertahankan perkahwinannya. Irham juga mendapat berita tahu bahawa ibunya Puan Sri Maryam disahkan mengalami masalah jantung yang agak teruk. Sebagai permintaan terakhir, Puan Sri Maryam meminta Irham agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry. Zaara yang risaukan kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat  membuatkan Zaara mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry. Ini menambahkan lagi tekanan dalam diri Izham kerana dia perlu memilih antara hajat ibunya atau cinta kepada isterinya.


3.             TUJUAN KAJIAN (tak tepati dalam kajian ini)

Tujuan utama kajian novel “Love You Mr. Arrogant!” ini dilakukan adalah untuk mengetahui jalan cerita novel ini secara terperinci supaya dapat memahami kesinambungan jalan ceritanya. Malahan kajian ini juga dilakukan bagi mengukur sejauh mana tahap kefahaman kami ke atas pembacaan terhadap novel ini dari aspek-aspek tertentu seperti teknik penulisannya, gaya bahasanya khususnya dari segi watak dan perwatakan yang ingin dikaji. Justeru, kami dapat memperolehi pendedahan dan pengetahuan yang lebih luas terhadap selok belok penulisan novel.


4.             SKOP KAJIAN

Skop kajian bagi ulasan novel ini adalah mengkaji watak dan perwatakan melalui psikologi. Watak dapat dikaji melalui gaya bahasa, tindakan, percakapan, cara berfikir dan rupa paras. Melalui percakapan sesuatu watak, kita akan dapat melihat apa yang penulis tonjolkan dalam watak. Watak utama kebiasaannya akan menjadi watak yang bersih, bermakna watak ini akan sempurna dan dapat dijadikan contoh. Percakapan yang baik akan dapat menimbulkan kesan psikologi kepada pembaca bahawa watak ini adalah watak utama dan harus menang dalam apa jua konflik yang menimpa. Watak utama memainkan peranan utama dalam sesebuah cerita dan mengembangkan cerita. Melalui penghayatan ke atas aspek perwatakan dapat dilihat bahawa unsur latar dan jalinan plot merupakan aspek yang penting dalam analisis sebuah novel serta membantu individu memahami konflik manusia yang dipaparkan dalam novel ini. Watak utama yang akan dilihat adalah watak Zara dan Irham. Kedua-dua watak mempunyai perbezaan dari segi percakapan, gaya bahasa, tindak tanduk, perlakuan, dan cara berfikir. Perbezaan ini yang akan membuat sesebuah cerita tidak bosan dan mempunyai konflik tersendiri.


5.             KAEDAH KAJIAN

Kaedah yang digunakan oleh kami dalam proses menjalankan kajian ini adalah kaedah penyelidikan perpustakaan. Dalam kata lain, kaedah ini melihat kepada pendekatan psikologi yang mana kami cuba mengkaji tingkah laku dan minda watak yang cuba diketengahkan denagan membuat pembacaan sepenuhnya terhadap isi novel ini. Di samping itu, kami juga akan cuba menyelami pemikiran, tindakan perasaan watak tersebut terhadap sesuatu perkara dan bagaimana watak tersebut cuba mengatasi perkara yang dihadapinya.  


6.             WATAK YANG DIKAJI

Watak yang terpilih untuk dikaji dalam ulasan novel ini adalah Zaara Amirah. Zaara merupakan seorang gadis kampung yang bekerja di syarikat swasta di Kuala Lumpur. Dia juga merupakan anak tunggal. Ayahnya merupakan seorang pesara dan emaknya merupakan seorang surirumah. Zaara mempunyai seorang kawan baik yang bernama Fiz. Sebelum Zaara melangsungkan perkahwinan secara paksa dengan seorang jejak kaya bongkak yang bernama Zafriel Irham, dia tinggal bersama dan banyak menghabiskan masa bersama-sama dengan Fiz.

Di tempat kerja, Zaara merupakan seorang pekerja yang sangat berdedikasi. Setiap kerja yang diberikan kepadanya akan dilaksanakan olehnya sebaik-baiknya. Malah dia sanggup bekerja lebih masa supaya tugasan yang diberikan dpat dilaksanakan dengan cepat dan sempurna. Namun, kehadiran jejaka psiko, Faisal yang terlalu obses menggilai Zaara membuatkan Zaara sentiasa diselubungi ketakutan setiap kali diganggu oleh Faisal.

Watak Zaara Amirah boleh digambarkan sebagai seorang gadis sederhana yang lamah lembut, bersopan-santun, suka memendam, degil namun dia sangat patuh pada ajaran agama. Ibu bapanya amat menitikberatkan hal-hal agama kepada Zaara. Jika dia telah dianayai oleh Faisal, ibu mertuanya, Datin Sri Maryam, Zaara lebih suka memendam dan menangis seorang diri daripada mengadu kepada sesiapa. Malah dia juga akan cepat tersentuh jika hal mengenai keluarganya dibangkitkan.


7.             MENILAI WATAK UTAMA DARI SEGI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Setiap watak itu pasti mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Termasuklah watak Zaara yang telah dipilih dalan kajian ulasan novel ini. Hal ini jelas boleh dilihat dari aspek psikologi. Psikologi sosial boleh dikatakan sebagai ilmu yang mempelajari perilaku manusia (Hubert Bonner, tahun?). Menurut Sarwono (1987) pula, psikologi sosial boleh dimaksudkan sebagai ilmu pengetahuan yang mempelajari tingkah laku individu sebagai fungsi dari rangsangan-rangsangan sosial. Rangsangan sosial yang dimaksudkan adalah manusia dan seluruh hasil karya manusia yang ada di sekitar individu.

Watak Zaara dalam novel ini yang suka berangan-angan mengimpikan kehidupan rumahtangga yang sempurna meskipun dia mengetahui angan-angannya tidak mungkin akan tercapai oleh sebab mengahwini seorang jejaka bongkak, Zafriel Irham. Malah selepas berkahwin juga, Zaara telah diberikan layanan yang amat dingin daripada Irham. Sikap sensitifnya jelas kelihatan ketika berhadapan dengan Irham. Contoh petikan:

 “Apa? Atas lantai ni?
“kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja.”
“kotor? Awak yang nak kawin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulan? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!”

(rujuk cara menulis petikan dalam teks)



8.             KELEBIHAN WATAK

Setiap watak dalam sesebuah cerita pasti akan mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri. Watak utama dalam novel “Love You Mr. Arrogant” ini adalah Zaara dan Irham. Kedua-dua watak ini mempunyai kelebihan masing-masing yang dapat dilihat melalui dialog yang dipercakapkan. Watak Zaara adalah seorang gadis kampung yang berhijab dan tidak mementingkan material dalam kehidupan. Ini dapat dibuktikan apabila Zaara menyerahkan telefon bimbitnya iaitu Nokia E72 yang pada pandangan Irham hanyalah sebuah telefon bimbit murahan yang boleh dibelinya lebih daripada 10 biji dengan kemewahan yang Irham miliki. Petikan ayat yang boleh dijadikan bukti dalam novel ini adalah,

bagi awak memang boleh beli banyak, tapi orang kebanyakan macam saya ni, penat mengumpul baru dapat beli. Ini memang barang kesayangan saya, macam-macam benda yang saya sayang ada dalam tu, jadi awak boleh percaya yang  saya akan bayar balik sebab saya mesti mahukan telefon saya balik.”
(rujuk cara menulis petikan dalam teks)


        Dari dialog ini dapat dilihat bahawa Zaara sangat jujur dan sangat menitik beratkan segala barangan yang dia miliki kerana baginya dia seorang yang tidak mempunyai kemewahan untuk mendapatkan sesuatu barang dengan begitu mudah tanpa sebarang usaha.

          Seterusnya, Zaara juga seorang yang mengenang jasa ibu bapa dan tidak suka menyusahkan ibu bapanya. Zaara tidak akan menceritakan sebarang masalah yang dihadapi olehnya kerana dia tidak mahu membuat orang tuanya susah hati. Baginya sudah cukup jasa yang dicurahkan oleh orang tuanya kepadanya dari kecil sehingga besar. Kini tiba masa untuk dirinya pula untuk membalas segala jasa kedua ibu bapanya, Antara petikan ayat yang dapat dijadikan rujukan adalah,

“tapi kalau aku guna duit gaji penuh aku pun baru ada dua ribu lima ratus, selebihnya nak kaut mana?” kata Zaara kepada rakan sekerjanya, Fiz. “mintalah kat mak ayah kau, tak boleh ke?” Fiz menjawab. Lalu Zaara menjawab “Ish kau ni. Patutnya aku yang tolong dorang, balas jasa dorang. Bukannya menyusahkan dorang.”
(rujuk cara menulis petikan dalam teks)


        Selain itu, Zaara juga seorang yang tidak suka dimanjakan dan mahu melakukan segalanya sendiri. Walaupun dirumah Irham mempunyai orang gaji sendiri yang boleh diarah ke sana ke mari, namun Zaara tidak menggunakan kesempatan itu dan tetap berdikari sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain. Zaara seorang yang baik hati dan tidak lupa akan asal usulnya walau kini dia sudah bergelar isteri seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dalam beberapa slot atau petikan dialog yang ada, dapat dilihat perwatakan Zaara yang sangat rendah diri dan tidak sombong kepada mereka yang berada di peringkat bawahan seperti orang gaji. Petikan yang dapat menunjukkan sikap ini adalah:

“Belum makan? Kenapa?” Irham menyoal. “sebab saya tak turun bawah lah. Ni baru saya nak turun.” Zaara menjawab. “kenapa kamu tak hantar makanan untuk Zaara? Kan saya dah pesan tadi pagi!” Irham menempik kepada Siti membuatkan mukanya berubah pucat. Zaara juga turut terkejut kerana Irham tidak pernah menengking seperti itu. “Err. Saya.. saya..” Siti sudah takut mahu menjawab. “Ish awak ni kenapa? Tak payahlah marah dia.” “Saya tak kisah pun, saya boleh turun sendiri la..” Zaara memberitahu lagi sambil matanya dihalakan ke arah Siti lalu tersenyum kepadanya.
(rujuk cara menulis petikan dalam teks)



9.             KEKURANGAN WATAK

Di dalam novel ini, watak Zaara turut menunjukkan sisi yang lemah. Kelemahan ini mungkin boleh dikaitkan dengan perwatakan Zaara sebagai seorang gadis kampung yang sentiasa berangan. Salah satu kelemahan Zaara ialah tidak mampu menyuarakan pendapat sendiri. Ciri ini boleh dilihat apabila Zaara mengakui bahawa Irham adalah kawannya semasa ayahnya bertanyakan siapa yang ingin meminang beliau. Petikan yang menunjukkan sikap ini ialah:

Siapa yang meminang kamu tu Zaara?” Haji Zaidi tiba-tiba bersuara menyebabkan semua mata tertancap pada Haji Zaidi.
“Err, kawan Zaara ayah.” Zaara terpaksa berbohong agar tidak mengeruhkan lagi keadaan. “Kawan? Takkan kawan sampai nak meminang”.
Zaara tak mampu bersuara, terlalu gerun dengan ayahnya yang memang dikenali kerana sifat tegasnya.
“Kekasih dia lah tu abang,” Hajah Amina membetulkan kata-kata Zaara.
Kalau betul dia nakkan kamu, suruh dia dating sini elok-elok, cara baik. Tak siapa marah. Ayah tak suka kamu dok bercinta sakan sampai membelakangi keluarga”.
Zaara Cuma mengangguk walaupun cerita itu tak benar.
            (rujuk cara menulis petikan dalam teks)


Selain itu, watak Zaara juga boleh dikatakan terlalu lemah. Ini mungkin disebabkan oleh wataknya sebagai gadis kampung. Walaupun dilayan dengan kejam oleh suaminya, Zaara tidak mampu untuk menafikan cintanya kepada Irham. Di sini, kita dapat lihat bahawa Zaara sangat lemah dari segi perasaan sebagai seorang wanita yang sepatutnya membenci suaminya setelah diberikan layanan yang tidak sepatutnya. Petikan novel yang menunjukkan kelemahan ini ialah:

“Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduh…tapi…”.
(rujuk cara menulis petikan dalam teks)



KESIMPULAN

Aliesha Kirana digambarkan sebagai seorang penulis novel yang amat dikagumi melalui penulisan novelnya. Segala aspek yang ditulis dari segi tema, plot, teknik penceritaan, termasuklah watak-watak dan perwatakan amat teliti dan sungguh memberi kesan terhadap pembacanya.

Secara kesimpulannya, watak Zaara yang diketengahkan dalam novel Love You Mr Arrogant ini  memberi impak yang amat besar dari segi watak dan perwatakannya. Watak tersebut hidup dan telah menonjol dengan jayanya dengan bantuan watak-watak utama dan watak-watak sampingan yang lain seperti Fiz, Sherry, Faisal, Irham dan Datin Maryam.

Watak Zaara juga telah memberikan pelbagai pengajaran khususnya buat para kaum wanita melalui sikap positifnya. Sebagai contoh, dari segi kesabaran, kerajinan, kecekapan, ketabahan dan sebagainya. Tambahan pula, faktor persekitaran, budaya dan pegangan agama yang kuat menguatkan lagi watak Zaara Amira dalam Love You Mr Arrogant. Pada pandangan kami, watak Zaara mungkin boleh ditonjolkan lagi dengan penceritaan Zaara dari zaman kecilnya dan bagaimana dirinya hadir ke kota Kuala Lumpur.


RUJUKAN  (sila guna gaya UKM)

Drs. Sunaryo, M.Kes. 2004. Psikologi untuk Keperawatan. Penerbit Buku Kedoktoran EGC.

Sarlito Wirawan Sarwono. 1999. Psikologi Sosial. Balai Pustaka.

Abdullah Hassan. Abdul Rahman Napiah. Awang Sarian. Goh Yeng Seng. Silvana Sinar. Roksana Bibi Abdullah. 2012. Singapore International Journal of Language and Literature. Singapore International Press.

Badwi Mahmud AL-Syaikh. 2010. 100 Pesan Nabi untuk Wanita. Dar Al-Salam.

Ummu Aulia. 2010. 7 Keajaiban Wanita. Pustaka Al-Mawardi.

http://www.penulisan2u.my/tag/love-you-mr-arrogant/

http://eizzara-eizzaty.blogspot.com/2013/10/novel-love-you-mr-arrogant.html#.Uq3zX9IW1J8

No comments: