Saturday, September 4, 2010

Contoh Rumusan Kuliah 2

Berikut adalah contoh sebuah Rumusan Kuliah yang disiapkan Kumpulan Orkid. Pastikan anda meneliti semula perkara apa yang telah saya komen. Perkataan, ayat dan rangkai kata yang saya telah warna warnikan itu perlu diberi perhatian. Usah ulangi kesilapan yang sama seperti telah dilakukan senior anda. Selamat menelaah.


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


TUGASAN 1:
RUMUSAN KULIAH

PENSYARAH: CIK MAHARAM BT MAMAT.

KUMPULAN: THE PEARL

AHLI:

SUHAIBAH BT OTHMAN
NORA AZLINA BT SOBRI
NORLINDA BT IBRAHIM
NURFAIZAH BT ARZMI
SITI HASLINDA BT ADRIS

ISI KANDUNGAN

Isi kandungan Muka surat
1.0 MINGGU PERTAMA 1
2.0 MINGGU KE DUA 1
3.0 MINGGU KE TIGA 1-2
4.0 MINGGU KE EMPAT 2
5.0 MINGGU KE LIMA 2-3
6.0 MINGGU KE ENAM 4-5
7.0 MINGGU KE TUJUH 5-6
8.0 MINGGU KE LAPAN 6-8
9.0 MINGGU KE SEMBILAN 8-9
10.0 MINGGU KE SEPULUH 9-11
11.0 MINGGU KE SEBELAS 11



Tiada pengenalan
1.0 MINGGU PERTAMAKuliah belum bermula

2.0 MINGGU KE DUA
Minggu kedua pensyarah telah menerang secara terperinci mengenai struktur kursus ini dan telah memberikan skala permarkahan mengikut tugasan. Dalam kursus ini, terdapat tiga tugasan yang utama iaitu rumusan kuliah selama sepuluh minggu, ulasan novel atau hasil penyelidikan dan pembentangan hasil kertas kerja berdasarkan tajuk yang telah diberikan. Kesemua tugasan hendaklah dihantar di dalam satu fail pada 24 Mac 2008 iaitu minggu ke 13 kuliah. Selain daripada tugasan, kuiz secara mengejut (perkataan tidak sesuai, perkataan ini sesuai untuk lisan tetapi untuk tulisan agak tidak begitu menepati) juga akan diadakan sebanyak 5 kali yang mewakili 5 markah dan permarkahan kuiz akan di nilai secara individu.

Setiap tugasan yang diberikan hendaklah dilakukan (lebih sesuai guna perkataan disempurnakan atau disiapkan) secara berkumpulan seramai 5 orang setiap kumpulan dan tajuk perbentangan serta tarikh perbentangan akan ditentukan oleh pensyarah (ayat ini mengandungi 3 isi utama iaitu ”tugasan disiapkan berkumpulan”, ”tiap kumpulan ada 5 orang” dan ”tajuk dan tarikh pembentangan ditentukan pensyarah”. Gunakan ayat yang berasingan) . Gaya penulisan mestilah mengikut gaya penulian Universiti Kebangsaan Malaysia dan penulisan rujukkan mengikut APA dan MLA (maksud sebenar tidak difahami. Sila rujuk kuliah pertama). Sebelum kelas berakhir, pensyarah membacakan senarai kandungan kursus (perkataan yang tidak tepat berbanding maksud) yang akan dipelajari di dalam kursus bentuk-bentuk penulisan. Kelas berakhir dengan pensyarah memperkenalkan dirinya serta memberitahu masa pertemuan jika ada sebarang masalah dan boleh juga berhubung melalui email.



3.0 MINGGU KE TIGA

Sebelum kelas bermula, pensyarah meminta setiap ketua kumpulan keluar untuk mencabut undi bagi sesi pembentangan kertas kerja atau kertas cadangan. Perbentangan akan bermula pada minggu kelima sebanyak tiga kumpulan akan melakukan perbentangan pada hari tersebut. Selepas selesai membuat cabutan undi, pensyarah membaca tajuk kertas kerja yang akan dibentangkan. Setelah selesai memberi tajuk, kuliah dimulakan dengan pengenalan kepada kursus bentuk penulisan. Penulisan merupakan satu bentuk komunikasi dan asas penulisan ialah untuk berkomunikasi.
Kemudian, (awal ayat! Rujuk macam mana cara menulis ayat yang gramatis) kuliah diteruskan dengan definisi atau maksud kepada proses penulisan yang di berikan oleh beberapa orang penulis. Selepas itu, kuliah disambung dengan menceritakan kaedah proses penulisan yang dibahagikan kepada tiga proses utama iaitu merancang, menulis dan menyunting. Di dalam proses merancang diterangkan secara terperinci mengenai perkara yang perlu ada di dalam proses tersebut seperti tajuk penulisan, sasaran pembaca, masa penulisan yang sesuai dan maklumat yang diperlukan untuk menulis.


Seterusnya proses penulisan boleh dilakukan. Di dalam proses ini, penulis perlulah mendalami dan menjiwai apa yang ingin ditulis dan ia melibatkan fakta, bahasa, teknik dan pemerengganan yang membezakan isi seterusnya. Manakala kaedah terakhir ialh proses mengedit yang melibatkan penggunaan tanda baca, ejaa, memotong dan menambah isi, idea serta memenuhi ruang untuk mewujudkan kelainan idea. Sebelum kelas berakhir, kuiz pertama diadakan.

4.0 MINGGU KE EMPAT
Cuti perayaan Taipusam.

5.0 MINGGU KE LIMA
Kuliah dimulakan dengan pensyarah memperkenalkan tajuk kuliah iaitu etika dan penulisan. Perbincangan etika berkisar tentang perilaku yang baik yang boleh dijadikan panduan yang merangkumi tingkahlaku, cara kehidupan, cara tindakan dan cara pemikiran seseorang penulis. Etika dilihat dari pelbagai sudut, antaranya dari sudut pandangan Islam. Orang yang berbuat baik dengan mengikut ajaran Islam mempunyai etika yang tinggi. Etika berhubung dengan akal dan ilmu yang membezakan manusia dan haiwan di dunia ini. Selain itu, etika dalam penulisan pula berasaskan falsafah kebenaran dan kejujuran. Terdapat tiga prinsip yang menekankan etika dalam penulisan iaitu tanggungjawab serta kebebasan, kejujuran dan ketepatan fakta. Di Barat, kebebasan mutlak diberikan kepada penulis untuk menulis apa-apa sahaja yang diingini, berlainan di Malaysia yang terikat dengan undang-undang. Penulis juga perlu jujur dengan menjauhi fitnah atau menonjolkan keburukan orang lain dalam penulisannya dan fakta yang ditulis hendaklah dari sumber yang benar dan sahih.

Selain itu, kuliah juga menyentuh tentang tatasusila kewartawanan Malaysia yang menulis sesuatu perkara perlu mengikut panduan etika (lemah guna perkataan sebabkan maksud ayat terpesong) yang telah ditetapkan seperti menyiarkan berita secara jujur, mendapatkan maklumat yang benar, menghormati kerahsiaan sumber dan sebagainya. Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi tindakan penulis samaada beretika ataupun tidak iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman melibatkan dua bahagian iaitu intrapersonal yang melibatkan hubungan dengan individu itu sendiri tidak melibatkan orang lain dan interpersonal yang berhubung dengan orang dipersekitaran. Interpersonal dipengaruhi oleh tiga perkara iaitu sumber alam, rakan sekerja dan keluarga.

Manakala (tanpa guna kata manakala, ayat masih lengkap dan lebih gramatis untuk dibaca) faktor luaran melibatkan undang-undang, organisasi dalaman dan organisasi luaran. Organisasi dalaman ialah organisasi di tempat kerja seperti pemberita, penyunting, penulis dan bergantung kepada lembaga pengarah organisasi tersebut. Organisasi luaran seperti badan kerajaan, swasta, dan badan professional yang mana badan-badan ini yang mengawal tingkahlaku penulis. Seterusnya, pensyarah ada (tanpa kata ”ada” ayat lebih gramatis) menerangkan tentang kepentingan etika dalam penulisan. Antara kepentingannya, setiap penulisan perlu ada kebenaran, adil, memahami undang-undang, bertanggungjawab, menghormati hak pembaca dan menghormati kerahsiaan sumber. Kuliah berakhir di sini (dimana kuliah itu berakhir? Awasi penggunaan kata) dan disambung dengan pembentangan pertama hasil kertas kerja dengan melibatkan tiga kumpulan.

6.0 MINGGU KE ENAM

Kelas bentuk-bentuk penulisan ditukar kepada taklimat kursus kemahiran mancari maklumat yang di adakan (diadakan) di perpustakaan aras dua bilik serbaguna (ayat tak lengkap, tak tercapai maksud). Taklimat ini telah dikendalikan oleh Puan Shaizimah Badzri selama dua jam yang menerangkan tentang tiga kaedah utama pencarian maklumat dengan menggunakan kemudahan yang terdapat di perpustakaan. Kaedah tersebut seperti pengeksesan gemilang, perpustakaan digital dan pangkalan data dalam talian.

Kaedah pertama iaitu panduan pengeksesan gemilang atau dikenali dengan katalog dalam talian merupakan satu cara untuk mencari dan mendapatkan bahan seperti buku, jurnal, artikel dengan mudah dan cepat hanya menaip alamat seperti http://gemilang.ukm.my. (jadikan 2 ayat. Terlalu ghairah menulis hinggakan terlalu banyak maklumat dimasukkan dalam satu ayat.) Terdapat lima kemudahan pencarian yang disediakan di halaman ini seperti Browse, Keyword, Expert, Broadcast dan Reserve atau Heading Keyword. Pencarian juga boleh dilakukan melalui author, tittle, subject, publisher, call number and journal tittle. Selain itu, untuk membuat tempahan bahan dalam pinjaman juga boleh dilakukan. (ayat tak gramatis) [Bermula dengan ayat ini, sepatutnya ditulis dalam perenggan lain kerana isu yang nak ditulis sudah berbeza dengan isu sebelum ini] Sistem komputer akan memproses tempahan secara automatik jika pengguna masih berkelayakan untuk membuat pinjaman. Begitu juga untuk membuat semakan rekod tempahan pengguna boleh dilakukan dengan memasukkan Patron ID (nombor ahli perpustakaan) dan Pasword dan klik checked out. Tarikh baru pinjaman Due Date akan terpapar dan bahan di dalam pinjaman (kata tak sesuai) boleh diperbaharui sebelum tamat tempoh pinjaman dan jika (sekiranya) bahan tidak ditempah oleh pelanggan lain.

Kaedah kedua ialah perpustakaan digital yang mengandungi semua pangkalan data dalaman yang boleh diakses menerusi internet dengan menggunakan perantara Web. Pangkalan data ini mengandungi maklumat dalam dua bentuk iaitu berbentuk teks penuh dan bibliografik. Pangkalan data teks penuh boleh terdapat dalam bentuk tesis, laporan penyelidikan, keratan akhbar, kertas kerja seminar dan kertas soalan peperiksaan. [Bermula dengan ayat ini, sepatutnya ditulis dalam perenggan lain kerana isu yang nak ditulis sudah berbeza dengan isu sebelum ini] Manakala pangkalan data bibiografik berbentuk ilmiah, Indeks Perundangan, Indeks jurnal terpilih Asia Tenggara (INDRAKAT), Indeks Maklumat Tumbuhan Perubatan dan Aromatik (MINMAP) dan Karya akademik (ayat tergantung). Pangkalan data teks penuh hanya boleh diakses oleh pelanggan yang mempunyai ID pengguna (Patron ID) dan katalaluan (Password). Bagi pelangan awam boleh mengakses maklumat bibliografik secara percuma dengan memperkenalkan diri sebagai ‘guest’ dan pangkalan ini boleh diakses di alamat http://ptsldigital.ukm.my/.

Kaedah ketiga pula melalui pangkalan data dalam talian. Pangkalan ini diwujudkan untuk memudahkan pelanggan mencari bahan-bahan seperti artikel dan jurnal yang dikehendaki dengan mudah dan menjurus kepada bidang yang dikehendaki. Antara senarai pangkalan data dalam talian ialah A TO Z, EBSCOHOST, ISI Web of Science, INSIDE, Proquest Dissertation & Theses, Education Full Text, Science Direct dan sebagainya. Selain itu, pangkalan ini boleh diakses mengikut bidang antaranya bidang kejuruteraan, komputer, pendidikan, psikologi, pengurusan perniagaan,ekonomi, sains maklumat, sains perubatan, sains sosial, undang-undang dan sebagainya. Pangkalan ini mudah untuk diakses, hanya menaip alamat http://www.ukm.my/library dan klik pada portal e-Jurnal ataupun terus menaip almat http://ezplib.ukm.my untuk mendapat bahan secara online.
Setelah selesai taklimat, kelas berakhir dengan menjawab kuiz yang diberikan oleh pensyarah. Setelah selesai menjawab kuiz, boleh bersurai.

7.0 MINGGU KE TUJUH
Kuliah pada minggu ini berjalan seperti biasa dengan tajuk plagiat yang diutarakan oleh pensyarah pada permulaan kelas. Plagiat merupakan satu jenayah besar yang berlaku di dalam penulisan yang tidak diambil tindakan mahkamah atas kesalahan tersebut. Plagiat terdapat dalam pelbagai jenis, antaranya ialah plagiat secara terus, menyalin daripada pengarang asal tanpa sumber rujukkan, menulis nota kaki tanpa tanda kutip, mengambil mudah penulisan nota kaki, petikan yang tergantung, plagiat secara parafrasa, kitar semula karya dan melakukan terjemahan bahasa. Terdapat lapan jenis plagiat yang boleh dilakukan dalam proses penulisan.

Plagiat boleh berlaku dalam apa jua bentuk penulisan seperti cerpen, novel, syair, gurindam, majalah, rencana dan sebagainya. Selain daripada jenis plagiat, kuliah di sambung dengan cara untuk mengelak plagiat daripada berlaku seperti memberikan kredit dalam tulisan, menyatakan sumber di dalam teks, membuat petikan, membuat senarai rujukan dan memohon izin dengan penulis asal (ayat tak gramatis). Kini plagiat dapat dijalankan dengan mudah melalui kemudahan internet. Aktiviti plagiat secara siber biasanya melibatkan teks, perisian, grafik, audio, video dan sebagainya yang dilakukan secara salin dan tampal, muat turun, membeli artikel secara maya, melakukan perterjemahan bahasa dan banyak lagi. Kuliah berakhir dengan perbentangan kertas kerja ke dua dengan melibatkan tiga kumpulan.

8.0 MINGGU KE LAPAN

Kuliah mingu ini bertajuk penulisan sastera yang dibahagikan kepada dua iaitu penulisan ilmiah dan penulisan kreatif. Penulisan sastera ilmiah ditulis dengan mematuhi tulisan ilmiah yang lain. Penulisan ilmiah merupakan kritikan, ulasan, analisis tentang karya, teori, aplikasi teori dan juga berkaitan dengan perkembangan sastera, tokoh dan sebagainya. Penulisan kreatif memerlukan penulis melakukan penyelidikan supaya karyanya lebih mantap. Penulis kreatif perlu tahu banyak perkara serta rajin membaca dan karya kreatif memerlukan ilmu bantuan yang lain seperti agama, psikologi, sejarah, teknologi maklumat, alam sekitar dan sebagainya untuk menghidupkan karyanya. (terlalu banyak perkara yang mahu ditulis dalam satu ayat. Ayat yang digunakan adalah ayat perbualan biasa, perlu diilmiahkan)
Penulisan kreatif dibahagikan kepada dua bahagian iaitu faksyen dan fiksyen. Faksyen adalah karya yang ceritanya bukan bersifat fiksyen atau karya yang sumber bahan faktualnya diadun dengan fiksyen hingga terhasil satu karya prosa. Faksyen terdiri daripada cereka sejarah, autobiografi, biografi dan memoir. Manakala fiksyen merupakan penulisan yang lahir daripada daya khayalan atau imiginasi penulis tentang sesuatu kehidupan atau peristiwa. Fiksyen terbahagi kepada tiga bahagian iaitu cereka atau prosa yang mengandungi novel dan cerpen, puisi terdiri daripada pantun, syair, gurindam dan seloka, bahagian ketiga ialah penulisan skrip drama seperti filem pendek, dokumentari, telenovela, drama bersiri, teater dan sebagainya.
Penulisan cerpen dibahagikan kepada tiga iaitu cerpen pendek yang pendek, cerpen pendek dan cerpen panjang yang panjang. Cerpen dan novel terdapat persamaan dan perbezaan dalam penulisannya. Diantara persamaanya ialah kedua-duanya termasuk dalam kategori cereka, mempunyai prinsip yang sama seperti tema, plot, latar, watak, menggunakan bentuk penulisan yang sama iaitu ada permulaan, pertengahan serta pengakhiran di dalam karya dan penggunaan teknik dalam karya seperti suspen, kejutan, imbas muka dan sebagainya yang sama di dalam kedua-dua bidang penulisan. Manakala dari segi perbezaanya pula dapat dilihat melalui bilangan watak perwatakan yang digunakan, bahasa, perkataan, kesan, situasi, kepadatan, jumlah kata dan sebagainya. Novel merupakan satu bentuk penulisan yang memerlukan masa, watak, kepadatan, jumlah perkataan yang banyak berbanding dengan cerpen yang terhad dari segi aspek perbezaanya.

Seterusnya, kuliah diteruskan dengan unsur-unsur yang terdapat di dalam cerpen dan novel. Kedua-dua bentuk penulisan ini mengandungi unsur yang sama tetapi berbeza dari segi kecil atau besar, banyak atau sedikit dan luas atau sempit sahaja. Unsur-unsurnya di lihat dari aspek tema, plot, watak perwatakan, latar, sudut pandangan, gaya dan bahasa serta suasana cerita. Tema merupakan gambaran keseluruhan sesuatu cerpen atau novel. Ia merupakan persoalan utama yang terdapat dalam cerpen atau novel yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca. Plot pula ditafsirkan sebagai penceritaan peristiwa berdasarkan hukum sebab dan akibat. Ia juga ditafsirkan sebagai rentetan peristiwa yang bersebab dan plot akan menggerakkan cerita dengan menampilkan peristiwa yang menjadi pilihan sahaja. Plot terdiri daripada permulaan, pertengahan dan penutup atau peleraian cerita.

Kemudian, unsur watak dan perwatakan yang terdapat dalam novel dan cerpen. Watak biasanya lebih daripada satu dan perlu konsisten. Watak perwatakan (watak dan perwatakan mempunyai maksud yang berbeza.) terdiri daripada watak protagonis, watak antagonis, watak sampingan, watak tambahan dan watak tidak wujud. Watak protagonist merupakan watak yang menggerakkan sesuatu cerita iaitu watak utama. Watak antagonis pula ialah watak jahat yang selalu bersaing dengan watak protagonist di dalam sesebuah cerita. Watak sampingan terdiri daripada beberapa orang yang akan membantu perkembangan watak protagonist dan antagonis. Watak tambahan ialah watak yang tidak penting tetapi berfungsi di dalam cerita dan jika watak ini tiada, ia tidak menjejaskan cerita. Watak tidak wujud pula merupakan watak yang tidak menunjukkan dirinya secara fizikal tetapi hadir melalui mimpi, ingatan, nostalgia dan sebagainya. Kuliah berhenti di sini dan di sambung dengan perbentangan kertas kerja yang melibatkan dua kumpulan.
Perwatakan tidak diterangkan


9.0 MINGGU KE SEMBILAN
Sambungan kuliah minggu lepas diteruskan dengan unsur keempat dalam penulisan novel dan cerpen iaitu latar. Latar merupakan faktor yang menjadi latar belakang dalam penulisan fiksyen. Latar dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu latar tempat, latar suasana dan latar masa. Latar tempat merupakan latar yang berlaku sesuatu perstiwa dalam cerita. Manakala latar suasana terbentuk oleh beberapa faktor yang berkaitan dengan peristiwa dalam cerita. Latar ini melibatkan perasaan, cuaca, tempat dan aktiviti manusia. Latar masa pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu masa menunjukkan waktu, masa berkaitan dengan peristiwa sejarah, masa mengikut calendar dan masa mengikut bencana alam.

Unsur seterusnya berkaitan dengan sudut pandangan. Sudut atau sisi pandangan sering digunakan oleh penulis untuk melihat sesuatu kejadian dalam cerita. Sudut pandangan dilihat dari segi sudut pandangan oang pertama, sudut pandangan serba tahu, sudut pandangan peninjau dan sudut pandangan objektif. Gaya dan bahasa menjadi nadi untuk menghidupkan sesebuah cerpen atau novel. Gaya dan bahasa yang digunakan oleh penulis akan menyerlahkan dirinya sendiri. Gaya bahasa dilihat melalui pemilihan kata atau diksi, pembentukan ayat atau sintaksis, pembentukan bahasa figuratif dan tempo yang sesuai dengan watak, suasana dalam cerita yang ditulis dan unsur terakhir ialah berkenaan dengan suasana cerita. Suasana dalam cerita dapat membantu menegaskan maksud penulis selain mempesonakan pembaca. Suasana cerita selalunya dicipta dan dikawal oleh watak protagonis. Adegan dan latar cerita perlu sesuai untuk membantu menguatkan suasana dalam sesebuah novel atau cerpen.

Kuliah diteruskan dengan sumber idea untuk menulis. Sumber dibahagikan kepada sumber primer dan sekunder. Sumber primer merupakan sumber yang dapat dirasai, dialami, dilalui dan disaksikan sendiri oleh penulis. Sumber primer terdiri daripada pengalaman kehidupan peribadi, hubungan kekeluargaan, persekitaran, pengalaman pengembaraan dan budaya serta cara hidup. Selain itu, sumber sekunder melibatkan pembacaan, penyelidikan, menonton, mendengar cerita orang lain, pengalaman orang lain dan sebagainya. Berlainan dengan sumber pertama yang mana sumber ini tidak dialami sendiri oleh penulis. Kuliah berhenti di sini setelah tajuk penulisan sastera telah habis diajar. Perbentangan kertas kerja dilakukan dengan empat kumpulan meneruskan pembentangan dan setelah selesai perbentangan kuiz diadakan sebelum kelas berakhir.

10.0 MINGGU KE SEPULUH

Minggu ini kelas dimulakan dengan pembentangan kertas kerja yang dilakukan oleh tiga kumpulan. Kemudian kuliah akan diteruskan dengan dua tajuk utama iaitu penulisan email yang efektif dan penulisan tesis. Email merupakan satu bentuk komunikasi secara siber yang tidak rasmi dilakukan. Penulisan ini semakin popular setanding dengan kemajuan dan kecanggihan zaman siber yang mudah, cepat dan ringkas untuk menulis dan menghantar email. Penulisan email yang baik perlu mengikut dan menggunakan kaedah yang baik seperti mempunyai salam pembuka, susun atur yang baik, status, intonasi, isyarat dan singkatan yang sesuai dengan apa yang hendak disampaikan.

Salam pembukaan digunakan semasa permulaan untuk menulis email. Di Amerika Syarikat salam pembuka tidak diperlukan jika status penulis lebih tinggi daripada penerima dan salam pembukaan seperti ‘selamat pagi’, ‘petang’ tidak sesuai digunakan, kerana email mungkin akan dibaca pada waktu yang berlainan. Manakala dari segi susun aturnya pula tidak sama diantara komputer. Tulisan di dalam email perlu pendek, singkat, mudah, tidak berbelit dan email yang baik adalah email yang singkat dan mudah untuk difahami oleh penerima. Status seseorang dikenalpasti berdasarkan email yang diterima oleh pembaca. Petunjuk yang selalu mengambarkan status penulis ialah ejaan dan alamat email yang digunakan. Kesilapan ejaan yang banyak mengambarkan penulis tidak sopan dan tidak berpendidikan. Alamat email memberi petunjuk terhadap status penulis berdasarkan nama ID yang digunakan.

Seterusnya intonasi yang digunakan oleh penulis menggambarkan penekanan perkataan yang ingin diungkapkan. Terdapat tiga cara yang menggambarkan turun naik suara dan emosi, antaranya penekanan ringan, penekanan kuat dan penekanan ekstrem. Penekanan ringgan ditulis dengan menggunakan apitan bintang (*) sebelum dan selepas perkataan. Penekanan kuat mengunakan huruf besar kesemuanya dan tanda seru(!) dan penekanan ekstrem adalah penekanan yang benar-benar ingin menekankan sesuatu dengan menggunakan tanda (<< >>) pada awal dan akhir perkataan. Isyarat pula merupakan tulisan yang tidak mempunyai intonasi, nada turun naik suara dan bahasa tubuh. Tetapi terdapat beberapa isyarat atau sign yang digunakan dalam email seperti smiley atau emotion dan akhir sekali berkenaan dengan singkatan yang digunakan dalam penulisan email untuk memudah dan mempercepatkan komunikasi seperti 4U bermaksud ‘for u’ dan sebagainya. (Kata tetapi tidak boleh diawal ayat) (dua isi dikemukakan dalam satu ayat. Sila tulis dalam dua ayat berbeza)Kemudian kuliah disambung kepada tajuk ke dua iaitu penulisan tesis. Tesis ialah bukti bertulis tentang sesuatu penyelidikan yang dilakukan dalam masa lima atau enam tahun untuk disiapkan. Terdapat beberapa perkara penting sebelum menulis tesis diantaranya pembaca dan format. Pembaca tesis terdiri daripada pembaca khusus dalam bidang tersebut yang mempunyai kepakaran dan berbeza dengan pembaca buku yang dibaca oleh orang ramai yang berlainan kepakaran. Penulis perlu mengetahui cara dan format penulisan tesis sebelum melakukan tesis dan format tesis terdiri daripada bahasa, nada, gaya dan format penting. Manakala intipati tesis merupakan kajian atau penyelidikan yang boleh didokumenkan dan dibuktikan secara tepat. Hujah yang diketengahkan lebih menjurus ke arah penerokaan satu tajuk yang diusahakan secara tertib untuk menghasilkan sebuah bukti yang konkrit. Kuliah minggu ini berakhir di sini dan topik penulisan tesis akan disambung pada minggu hadapan.

11.0 MINGGU KE SEBELAS
Kuliah minggu ini bermula dengan perbentangan terakhir kertas kerja hasil daripada tiga kumpulan. Kemudian kuliah disambung dengan tajuk bentuk dan susun atur tesis. Terdapat enam cara susun atur tesis yang diketengahkan iaitu panduan umum, latar belakang, isi dan kandungan tesis, kesimpulan dan penutup, lampiran serta bibliografi. Dalam panduan umum terdapat lima perkara yang ditekankan iaitu pengakuan, penghargaan, abstrak kandungan dan senarai rajah, graf, carta dan singkatan perkataan. Manakala bahagian latar belakang mengandungi pengenalan umum tentang tajuk, tesis kajian, skop kajian, rasional kajian, kaedah kajian dilakukan, pendekatan kajian, kajian lepas dan harapan penemuan.

Bahagian ketiga mengenai isi dan kandungan tesis. Bahagian ini mengandungi beberapa bab dan setiap bab mengandungi subtajuk yang tersendiri. Kemudian bahagian ke empat mengenai kesimpulan dan penutup. Setiap analisis, hipotesis, tujuan kajian dibentang semula dan dinilai penemuanya. Bahagian ini juga boleh ditulis nota kaki, nota tangan atau rujukan dari mana-mana carta dan analisis hasil penemuan yang didapati berdasarkan kajian. Seterusnya bahagian lampiran pula perlu ditulis halaman, serta salinan asal sekiranya ada dan bahagian terakhir ialah bibliografi. Kesemua tajuk buku hendaklah diitalikkan tapi artikel yang diambil daripada majalah, jurnal, akhbar hanya italikkan nama atau sumber artikel itu sahaja. Kemudian kelas berakhir dengan pertanyaan soalan kepada pelajar, jika ada yang tidak difahami sepanjang kuliah berlangsung.

Tiada penutup


Ulasan dan komen
1. Banyak lebihan kata-kata
2. penggunaan perkataan yang tidak sesuai boleh pesongkan maksud yang ingin disampaikan.
3. Format: tiada pengenalan dan penutup.
Markah Rumusan kuliah 8.5 daripada 10 markah.

No comments: