Thursday, September 30, 2010

Langkah-langkah Membuat Kertas Kerja dan Tugasan Bertulis

Perkara asas yang paling mudah dilaksanakan apabila menyiapkan tugasan adalah antara seperti berikut;

1. Faham dan dalami tajuk.

Berbincanglah dengan ahli kumpulan yang lain berkaitan tajuk dan kehendak tajuk berkenaan. Pada masa ini anda perlu tahu sekurang-kurangnya;
i. Tujuan kajian: apakah tujuan kajian dilakukan? Apa yang nak dikaji dalam kertas kerja itu, bukannya sebab apa kertas kerja itu ditulis.

Jika tajuk: Pelajar Wanita Lebih Cemerlang Berbanding Pelajar Lelaki di IPT
Contoh Tujuan kajian:
  1. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat sejauhmana kebenaran bahawa pelajar wanita lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki.
  2. Kajian ini dilakukan untuk mencari sebab mengapa bilangan pelajar wanita lebih cemerlang dan ramai jumlahnya berbanding pelajar lelaki di IPT.

Saturday, September 4, 2010

Contoh Ulasan Novel Andai Itu Takdirnya


Berikut adalah satu lagi contoh Ulasan Novel pernah dihasilkan oleh kumpulan pelajar yang mengikuti kursus Bentuk-bentuk penulisan. Jadikan sebagai panduan. Sila teliti setiap komen dan saranan yang saya nyatakan. Pastikan kesilapan yang pernah dilakukan dalam tugasan ini tidak diulangi lagi. Hasilkan ulasan novel yang anda siapkan lebih baik dari contoh ulasan novel di blog ini.


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


SEMESTER 2 SESI 2007/2008


PENSYARAH:
CIK MAHARAM MAMAT


KUMPULAN MUTIARA

NAMA AHLI MATRIK

HASLIZA HASSAN

ROSMAINI ZAKARIA
NORHAFIZAH ISMAIL

NABIHAHT BT RADZAI
SITI NORSHEILA BT AZMI




1.0 PENGENALAN
Dalam konteks penulisan novel, persoalan yang paling ketara ialah aspek perhubungan manusia. Konflik dalaman dan luaran yang ditempuhi manusia adalah tercetus daripada perhubungan di antara manusia dalam pergaulan seharian. Penulis biasanya menekankan psikologi dan permasalahan dalaman watak dan perwatakan. Konflik jiwa seseorang watak diperkukuhkan dengan penggunaan teknik yang berkait rapat dengan ilmu psikologi dan ilmu kemanusiaan.

Contoh Ulasan Novel Er...Excuse Me


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


TUGASAN 2:

ULASAN NOVEL
‘ER…EXCUSE ME!’


PENSYARAH : CIK MAHARAM BT MAMAT.

KUMPULAN : THE PEARL.

AHLI:

SUHAIBAH BT OTHMAN
NORA AZLINA BT SOBRI
NORLINDA BT IBRAHIM
NURFAIZAH BT ARZMI
SITI HASLINDA BT ADRIS


1.0 PENGENALAN

Dalam penulisan dan penerbitan novel, penulis menerbitkan (mengemukakan) pelbagai kaedah dan bentuk penulisan yang menarik minat pembaca dan masyarakat. Novel merupakan satu bentuk informasi atau maklumat yang bercetak yang menghuraikan dan menerangkan perjalanan kehidupan manusia dari bentuk konflik diri, watak perwatakan, latar belakang sosiobudaya, perhubungan gender dan masyarakat serta bentuk tingkah laku positif atau pun negatif.

Tingkah laku didefinisikan sebagai sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak terus, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku merupakan manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut (tanpa perkataan ini, tulisan masih difahami maksudnya. Lebihan kata-kata) Lewis M.Baker (2001) (tiada disenaraikan dalam rujukan) menyatakan tingkah laku adalah apa yang kamu lakukan, cara kamu beraksi dan tindak balas terhadap persekitaran, tingkah laku juga dipengaruhi oleh faktor genetik dan persekitaran. [tidak semestinya perlu salin perkataan demi perkataan daripada bahan rujukan] Selain itu, tingkah laku menurut Al-Ghazali dari perspektif islam menyatakan tingkah laku mempunyai tujuan agama dan kemanusiaannya yang tersendiri. (ayat berbelit!) Terkandung beberapa ciri tingkah laku manusia diantaranya adalah setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan kepada dorongan dan tujuan tertentu. (ayat tergantung. Sila nyatakan sumber rujukan bagi fakta ini)

Contoh Rumusan Kuliah 2

Berikut adalah contoh sebuah Rumusan Kuliah yang disiapkan Kumpulan Orkid. Pastikan anda meneliti semula perkara apa yang telah saya komen. Perkataan, ayat dan rangkai kata yang saya telah warna warnikan itu perlu diberi perhatian. Usah ulangi kesilapan yang sama seperti telah dilakukan senior anda. Selamat menelaah.


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


TUGASAN 1:
RUMUSAN KULIAH

PENSYARAH: CIK MAHARAM BT MAMAT.

KUMPULAN: THE PEARL

AHLI:

SUHAIBAH BT OTHMAN
NORA AZLINA BT SOBRI
NORLINDA BT IBRAHIM
NURFAIZAH BT ARZMI
SITI HASLINDA BT ADRIS

ISI KANDUNGAN

Isi kandungan Muka surat
1.0 MINGGU PERTAMA 1
2.0 MINGGU KE DUA 1
3.0 MINGGU KE TIGA 1-2
4.0 MINGGU KE EMPAT 2
5.0 MINGGU KE LIMA 2-3
6.0 MINGGU KE ENAM 4-5
7.0 MINGGU KE TUJUH 5-6
8.0 MINGGU KE LAPAN 6-8
9.0 MINGGU KE SEMBILAN 8-9
10.0 MINGGU KE SEPULUH 9-11
11.0 MINGGU KE SEBELAS 11



Tiada pengenalan
1.0 MINGGU PERTAMAKuliah belum bermula

2.0 MINGGU KE DUA
Minggu kedua pensyarah telah menerang secara terperinci mengenai struktur kursus ini dan telah memberikan skala permarkahan mengikut tugasan. Dalam kursus ini, terdapat tiga tugasan yang utama iaitu rumusan kuliah selama sepuluh minggu, ulasan novel atau hasil penyelidikan dan pembentangan hasil kertas kerja berdasarkan tajuk yang telah diberikan. Kesemua tugasan hendaklah dihantar di dalam satu fail pada 24 Mac 2008 iaitu minggu ke 13 kuliah. Selain daripada tugasan, kuiz secara mengejut (perkataan tidak sesuai, perkataan ini sesuai untuk lisan tetapi untuk tulisan agak tidak begitu menepati) juga akan diadakan sebanyak 5 kali yang mewakili 5 markah dan permarkahan kuiz akan di nilai secara individu.

Setiap tugasan yang diberikan hendaklah dilakukan (lebih sesuai guna perkataan disempurnakan atau disiapkan) secara berkumpulan seramai 5 orang setiap kumpulan dan tajuk perbentangan serta tarikh perbentangan akan ditentukan oleh pensyarah (ayat ini mengandungi 3 isi utama iaitu ”tugasan disiapkan berkumpulan”, ”tiap kumpulan ada 5 orang” dan ”tajuk dan tarikh pembentangan ditentukan pensyarah”. Gunakan ayat yang berasingan) . Gaya penulisan mestilah mengikut gaya penulian Universiti Kebangsaan Malaysia dan penulisan rujukkan mengikut APA dan MLA (maksud sebenar tidak difahami. Sila rujuk kuliah pertama). Sebelum kelas berakhir, pensyarah membacakan senarai kandungan kursus (perkataan yang tidak tepat berbanding maksud) yang akan dipelajari di dalam kursus bentuk-bentuk penulisan. Kelas berakhir dengan pensyarah memperkenalkan dirinya serta memberitahu masa pertemuan jika ada sebarang masalah dan boleh juga berhubung melalui email.

Contoh Rumusan Kuliah

Berikut adalah contoh sebuah Rumusan Kuliah yang disiapkan Kumpulan Orkid. Pastikan anda meneliti semula perkara apa yang telah saya komen. Perkataan, ayat dan rangkai kata yang saya telah warna warnikan itu perlu diberi perhatian. Usah ulangi kesilapan yang sama seperti telah dilakukan senior anda. Selamat menelaah.




UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ZT 2213
BENTUK-BENTUK PENULISAN



KUMPULAN:
ORKID

NAMA AHLI KUMPULAN:
NURUL AIN BT MALEK
HALIMATUL SAADIAH BT HASHIM
NURUL IZAYANI BT JAIS
TG.AINUN MARSHIDA BT TG.HASSAN

PENSYARAH:
PN.MAHARAM BT. MAMAT

MINGGU 2 (16 JANUARI 2008)
PROSES PENULISAN

Penulisan adalah satu bentuk komunikasi bertujuan menyebarkan maklumat atau pengetahuan baru. Penulisan boleh didefinisikan sebagai proses merakam atau menghasilkan bahan berbentuk idea,pendapat, perasaan dan maklumat dalam bentuk tulisan yang berhubung dengan orang lain atau diri sendiri. Penulisan bermutu tidak dapat dihasilkan dalam waktu yang singkat dan kesempurnaan diukur dari segi isi dan bahasa. Ketekunan dan latihan membentuk hasil penulisan yang mantap.