Sila rujuk entri terdahulu berjudul Cara Tulis Rujukan dan Bibliografi Gaya UKM, Menulis Dokumen Awam mengikut Gaya UKM, Menulis Rujukan Makalah Dalam Jurnal Mengikut Gaya UKM, Gaya UKM: Rujukan Bahan Tidak Terbit dan Rujukan Bersumberkan Internet sebelum meneliti entri ini. Cara menulis rujukan bagi bahan yang tidak diterbitkan ini adalah mengikut Gaya UKM sahaja, bukannya cara penulisan yang muktamad bagi semua jenis penulisan di semua institusi.
Perhatian: Baris kedua dan seterusnya dalam rujukan perlu dianjak sebanyak lima ketukan ke bahagian dalam tulisan.
RUJUKAN UNDANG-UNDANG
Rujukan Kes
a. Nama-nama kes yang disebut di dalam teks hendaklah dicondongkan, termasuklah huruf ‘v’ yang tidak diikuti dengan tanda titik. Perkataan ‘dan’ digantikan dengan ‘ampersand’ (&).
Contoh:
Mohamad Ezam Bin Noor v Ketua Polis Negara & Other Appeals
Pada catatan bawah pembutirannya hendaklah ditaip tahun kes tersebut dilaporkan, jilid Laporan dan halaman surat atau nombor perenggannya.
Contoh:
[2002] 4MLJ 449
b. Sekiranya pihak yang terlibat didalam kes ialah firma atau syarikat, hendaklah ditulis nama penuh firma atau syarikat itu.
Contoh:
British Imperial Oil Co. Ltd. v Federal Commissioner of Taxation.
c. ‘Ex parte’ hendaklah diringkaskan kepada ‘Ex p’.
Contoh:
R v Mental Health Act Commission; Ex p X (1988) 9
BLMR 77
Perhatian: Baris kedua dan seterusnya dalam rujukan perlu dianjak sebanyak lima ketukan ke bahagian dalam tulisan.
d. Meringkaskan nama-nama kes
Sekiranya kes tersebut mempunyai nama yang panjang dan kes itu kerapkali dirujuk di dalam teks, maka hendaklah ringkaskan nama didalam teks dan juga catatan bawah.
Contoh:
Rujukan pertama:
Woolwich Equitable Building Society v Comrs of Inland Revenue [1993] AC 7
Rujukan selanjutnya didalam teks:
‘…..sebagaimana yang dinyatakan oleh Lord Goff di dalam Woolwich…’ atau boleh juga ditulis sebagai ‘di dalam kes Woolwich….’
Rujukan selanjutnya didalam catatan bawah:
Woolwich (n 55) 176
Perhatian: Baris kedua dan seterusnya dalam rujukan perlu dianjak sebanyak lima ketukan ke bahagian dalam tulisan.
e. Kes-kes perkapalan
Nama kapal boleh digunakan bagi menggantikan nama
penuh kes tersebut. Bagaimanapun nama penuhnya hendaklah ditulis dalam rujukan pertama tanpa menambahkan huruf ‘SS’ (steamship) atau ‘MV’ (motor vessel).
Contoh:
Rujukan pertama:
New Zealand Shipping Co Ltd. V Satterwaite (AM) & Co Ltd (The Eurymedon)
Rujukan selanjutnya:
The Eurymedon
Nama popular kes
Nama popular bagi kes yang dirujuk bolehlah digunakan dan hendaklah ditaip di dalam tanda kurung selepas rujukan penuh awal.
Contoh:
Mirage Studios v Counter-feat Clothing Co Ltd [1991} FSR 145 (Ninja Turtle case)
Perhatian: Baris kedua dan seterusnya dalam rujukan perlu dianjak sebanyak lima ketukan ke bahagian dalam tulisan.
Penyebutan kes di dalam catatan bawah
Sekiranya lebih daripada satu kes dirujuk, kes-kes tersebut hendaklah ditaip mengikut susunan kronologi di mana kes yang terbaharu ditaip kemudian sekali kecuali terdapat sebab-sebab tertentu yang perlu, susunan kronologi bolehlah diabaikan. Kes-kes berkenaan hendaklah dipisahkan dengan penggunaan semi colon (;)
Contoh:
Lee Gee Lam v Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Anor [1993] 3 MLJ 265; Saul Hamid bin Pakir Mohamad v Inspector Abdul Fatah bin Abdul Rahman & Anor [1999] 6 MLJ 800; Abdul Ghani Haroon v Ketua Polis Negara and Another Application [2001] 2 MLJ 689.
Perhatian: Baris kedua dan seterusnya dalam rujukan perlu dianjak sebanyak lima ketukan ke bahagian dalam tulisan.
Kes yang tidak dilaporkan
Rujukan kepada kes yang tidak dilaporkan hendaklah menggunakan ‘rujukan neutral’ (jika ada). Sekiranya tidak terdapat ‘rujukan neutral’ tersebut, format yang perlu digunakan ialah:
1. Nama kes
2. Mahkamah yang mendengar kes tersebut
3. Tarikh keputusan dibuat
4. Halaman atau perenggan kes berkenaan boleh didapati
Contoh:
Thannhauser v Westpac Banking Corporation (Federal Court Australia, 9 December 1991) [90]*
*kandungan berbentuk sedemikian hendaklah digunakan bagi menyatakan nombor perenggan di mana kes tersebut boleh diperolehi.
Keputusan yang disiarkan secara elektronik
Rujukan kes yang diperoleh daripada sumber elektronik hanyalah boleh digunakan sekiranya keputusan kes tersebut belum dilaporkan di dalam bentuk bercetak dan tidak mempunyai ‘rujukan neutral’
Contoh:
Cox v Robinson [2000] QCA 454 (Supreme Court of Queensland Court of Appeal, 7 November 2000). http://austlii.edu.au/au/cases/qld/QCA/2000/454.html [7 Januari 2000]
Laporan-laporan lain
Kes yang dilaporkan oleh akhbar hanyalah boleh dirujuk sekiranya ia tidak dilaporkan di dalam laporan lain. Nama akhbar tersebut hendaklah ditaip condong.
Contoh:
Kent v Griffiths. The Times. 10 Februari 2000.
Perhatian: Baris kedua dan seterusnya dalam rujukan perlu dianjak sebanyak lima ketukan ke bahagian dalam tulisan.
Perundangan
Perundangan primer
Terdapat dua cara rujukan:
a) Penggunaan judul ringkas (tidak dicondongkan)
Contoh:
Defamation Act 1957 (Malaysia)
atau
b) Penggunaan judul ringkas, tahun dan nombor akta
Contoh:
Defamation Act 1957 (Malaysia) (Akta 286)
Perundangan kecil
Perundangan kecil hendaklah dirujuk dengan menggunakan judul, tarikh dan nombor siri
Contoh:
Community Charge Support Grant (Abolition) Order 1987 SI 1987/466
Perlembagaan
Contoh:
Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1957
Perbahasan Parlimen
Format rujukannya adalah seperti berikut:
1. Nama negara
2. Judul
3. Tarikh penuh perbahasan
4. Lajur
5. Nama penuh pembahas
Contoh:
Malaysia, Perbahasan Dewan Rakyat, Bacaan Kedua,
9 Mac 1993, 26 (Karpal Singh)
Perhatian: Baris kedua dan seterusnya dalam rujukan perlu dianjak sebanyak lima ketukan ke bahagian dalam tulisan.
CARA MENULIS SENARAI KES
Abdul Karim bin Abdul Ghani v Legislative Assembly of Sabah [1988]
1MLJ171
Abdul Wahab bin Sulaiman v Commansant, Tanglin Detention Barracks [1985] 1MLJ418
Adelaide Co of Jehovah’s Witnesses Inc v Commonwealth [1943] 67CLR116
Assa Singh v Menteri Besar, Johore [1969] 2MLJ30
B Surinder Singh Kanda v Government of the Federation of Malaya[1962] MLJ169
Datuk Harun bin Haji Idris v PP [1977 MLJ155
Dewan Undangan Negeri Kelantan & Anor v Nordin bin Salleh & Anor [1992]MLJ697
Ex parte Rossminster [1980] AC152
No comments:
Post a Comment