ZZZT/LMCR 2213 SET 1
BENTUK-BENTUK PENULISAN
“KECENDERUNGAN MAHASISWA UKM TIDUR DI SIANG HARI PADA
HUJUNG MINGGU”
PENSYARAH:
CIK MAHARAM BINTI
MAMAT
DISEDIAKAN OLEH:
KUMPULAN DIVERGENT
RASYIQAH BATRISYA BINTI MD ZOLKAPLI A140926
NUR HAZMIRA BINTI AHMAD ZAMRI A141166
LOW MAY MAY A149704
KHAIRUL ANWAR BIN ABDULLAH A131180
NAZURAH BINTI ISHAK A141130
“KECENDERUNGAN MAHASISWA UKM TIDUR
DI SIANG HARI PADA HUJUNG MINGGU”
Rasyiqah Batrisya
Binti Md Zolkapli
Nur Hazmira Binti
Ahmad Zamri
Low May May
Khairul Anwar Bin Abdullah
Nazurah Binti Ishak
Universiti
Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kecenderungan
mahasiswa UKM tidur di siang hari pada hujung minggu. Kajian ini dijalankan di
sekitar kawasan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Bangi. Seramai 100 orang mahasiswa UKM menjadi responden bagi
kajian ini iaitu 50 daripadanya terdiri daripada siswa dan 50 daripadanya
terdiri daripada siswi. Responden yang terlibat dalam kajian ini dipilih secara
rawak daripada pelbagai kaum dan agama serta tidak terhad kepada jurusan yang
diambil oleh mereka. Penggunaan borang soal selidik digunakan sebagai kaedah
untuk memperolehi data daripada para responden. Borang soal selidik tersebut
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu data demografi responden dan data kecenderungan mahasiswa UKM tidur di siang hari pada
hujung minggu. Data demografi responden merupakan penanda aras bagi kajian
terhadap punca dan akibat kecenderungan perilaku tersebut. Terdapat tiga cabang
utama yang menjadi objektif utama kajian ini iaitu kekerapan mahasiswa UKM
tidur di siang hari pada hujung minggu, faktor-faktor penyumbang perilaku tidur
di siang hari pada hujung minggu serta implikasi-implikasi yang dialami akibat
daripada perilaku tersebut. Hasil analisis menunjukkan majoriti mahasiswa bersetuju
bahawa mereka kerap tidur di siang hari dan terdapat pelbagai faktor yang
menyumbang perilaku tersebut. Majoriti mahasiswa juga menyatakan bahawa
perilaku ini sedikit sebanyak memberi kesan yang negatif terhadap kegiatan
kokurikulum mereka serta pencapaian akademik mereka. Hal ini berpunca daripada
kegagalan mahasiswa menyusun jadual mereka serta mengisi masa lapang mereka
dengan perkara-perkara yang berfaedah.
1.0
PENGENALAN
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah salah
sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terkemuka di Malaysia. UKM
bukan sahaja dikenali dengan kemantapan akademik yang amat membanggakan tetapi
juga keterlibatan secara aktif para pelajarnya dalam bidang kokurikulum.
Sebagai contoh, sehingga kini terdapat 202 buah persatuan yang telah berdaftar
di bawah Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel). Antaranya merupakan persatuan
yang berfokus kepada aktiviti kesukanan, intelektual, kemanusiaan, perhubungan
dan sebagainya. Terdapat pelbagai platform yang disediakan oleh pihak
universiti bagi menggalakkan para mahasiswa mengembangkan bakat mereka.
Oleh kerana bilangan
persatuan pelajar UKM yang begitu banyak, secara
langsung bilangan aktiviti yang dijalankan juga banyak. Setiap tahun purata
aktiviti persatuan pelajar UKM mencecah hampir 1,000 aktiviti sama ada di
peringkat persatuan, kolej, pusat, fakulti, mahupun universiti sendiri [sila nyatakan sumber rujukannya]. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa isu yang tercetus apabila mahasiswa UKM kini dikatakan tidak
lagi aktif seperti sebelumnya. Dikhabarkan [dalam penulisan ilmiah, khabar angin tidak diterima
pakai, sila nyatakan sumber rujukan] hanya sekitar 60 buah persatuan
sahaja yang benar-benar konsisten keaktifannya daripada 202 buah persatuan yang
telah berdaftar. Terdapat persatuan yang ‘turun naik’ keaktifannya dan terdapat
juga persatuan yang telah terkubur akibat daripada kekurangan ahli jawantankuasa
yang akan menggerakkan persatuan tersebut.
Selain daripada itu, isu
mengenai keterlibatan mahasiswa di dalam kelas juga mula dipersoalkan apabila
terdapat pelbagai aduan serta permasalahan yang diutarakan oleh para pensyarah.
Bilangan mahasiswa yang gagal untuk menghadirkan diri ke kelas seperti yang telah
ditetapkan oleh jadual dikatakan semakin meningkat hari demi hari dan perkara
ini amat merunsingkan. Hal ini kerana ketidakhadiran pelajar sudah tentunya
akan mencetuskan penurunan bilangan lulus terhadap pemarkahan keseluruhan
pelajar yang mengambil subjek tersebut. Para mahasiswa UKM juga dikatakan gagal
untuk menyiapkan tugasan di dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan.
Permasalahan – permasalahan yang diutarakan sebelum ini semakin menimbulkan
kerunsingan apabila isu tentang kredibiliti mahasiswa UKM sendiri dalam
kegiatan kokurikulum dan juga kegiatan akademik mula dipersoalkan.
1.1 PENYATAAN MASALAH
[Dalam
penulisan ilmiah, elakkan gantinama seperti saya, kami, kita. Ayat berkenaan
mungkin boleh diubahsuai seperti berikut: Kajian ini
berkaitan Kecenderungan Mahasiswa UKM Tidur di Siang Hari pada Hujung Minggu. Tanpa kata “kami”, ayat berkenaan masih mampu berdiri sendiri dan
lebih ilmiah sifatnya]
Tajuk kajian yang telah kami
pilih adalah ‘Kecenderungan Mahasiswa UKM Tidur di Siang Hari pada
Hujung Minggu’. Kami memilih untuk
menjalankan kajian bagi topik ini kerana terdapat beberapa penyataan masalah
berkaitan dengan keterlibatan mahasiswa UKM dalam aktiviti akademik serta aktiviti
kokurikulum yang dijalankan di dalam universiti.
Mahasiswa UKM kini
dikatakan lebih gemar untuk tidur di siang hari pada hujung minggu berbanding
untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kolej, fakulti mahupun
universiti. Bilangan mahasiswa UKM yang aktif adalah sangat sedikit berbanding
dengan bilangan mahasiswa yang berada di dalam UKM (sila
nyatakan statement ini dari mana sumbernya, cth: namakan seorang pegawai HEP
yang ditemu duga). Hal ini juga menampakkan implikasi negatif yang
sangat ketara kerana kebanyakan aktiviti-aktiviti tambahan yang dijalankan
adalah pada hujung minggu. Kehadiran
para pelajar ke kelas yang semakin menurun serta kegagalan mahasiswa dalam
mematuhi tempoh penghantaran sesuatu tugasan juga menjadi titik punca kajian
ini dijalankan.
Melalui situasi yang
diberikan, sebuah kumpulan kajian telah kami tubuhkan bagi merungkai kebenaran
sama ada penyataan bahawa mahasiswa UKM kerap tidur di siang hari pada hujung minggu
tersebut adalah benar ataupun tidak dan sekiranya benar apakah faktor-fakor
yang menjadi penyumbang kepada perilaku tersebut dalam kalangan mahasiwa dan adakah
perilaku ini mendatangkan sebarang implikasi kepada mahasiswa UKM ataupun
tidak.
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian penyelidikan ini merupakan sebuah kajian
yang dijalankan untuk merungkai beberapa penyataan masalah yang timbul sebelum
kajian dijalankan. Secara lebih terperinci, kajian penyelidikan ini mempunyai
obejktif seperti yang berikut:
- menganalisis kekerapan mahasiswa tidur di siang hari pada hujung minggu
- mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perilaku mahasiswa tidur di siang hari pada hujung minggu
- mengkaji implikasi-implikasi yang dihadapi mahasiswa akibat daripada perilaku tersebut.
1.3 PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian yang akan digunakan bagi
menjawab objektif kajian adalah:
2) Apakah faktor-faktor yang menyumbang ke arah perilaku tersebut?
3) Adakah perilaku tidur di siang hari pada hujung minggu ini mendatangkan implikasi kepada mahasiswa UKM?
1.4
SIGNIFIKASI KAJIAN
Kajian ini dapat merungkai kebenaran penyataan
bahawa mahasiswa UKM lebih gemar untuk tidur di siang hari pada hujung minggu.
Selain daripada itu, melalui kajian ini juga, penyelidik dapat mengenal pasti
apakah faktor-faktor utama yang menyumbang ke arah perilaku ini serta
implikasi-implikasi yang mungkin dialami oleh mahasiswa. Melalui kajian ini
juga, penyelidik dapat mengenal pasti sama ada para mahasiswa UKM sedar atau
tidak tentang implikasi yang diterima mereka akibat daripada perilaku tersebut.
Hasil daripada kajian ini akan membuka ruang baru bagi penyelidik untuk
menjalankan kajian tentang apakah cara terbaik bagi mahasiswa untuk mengatasi
faktor-faktor penyumbang perilaku tersebut.
1.5
SKOP DAN LIMITASI KAJIAN
Kajian ini dijalankan kepada 100 orang mahasiswa
UKM, Bangi yang terdiri daripada 50 orang siswa dan 50 orang siswi. Responden
yang dipilih adalah tidak terhad kepada sebarang jurusan. Pengumpulan data
kajian pula adalah dengan menggunakan borang soal selidik dan akan dibentangkan
dalam bentuk jadual serta kekerapan tema. [nyatakan
di mana soalan soal selidik diedarkan spt kolej-namakan kolej2 terlibat @
fakulti]
2.0
KAJIAN LITERATUR
Kajian Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika
Syarikat mendakwa bahawa "tidur melebihi 7 hingga 8 jam sehari sering dikaitkan
dengan peningkatan risiko kematian", namun kajian ini membayangkan
puncanya mungkin faktor-faktor lain seperti kemurungan dan darjat sosioekonomi
yang turut berkorelasi dalam statistik. Yayasan tersebut mengesyorkan bahawa
tidur selama lapan hingga sembilan jam bagi manusia dewasa adalah optima serta
tidur yang mencukupi adalah bagus untuk kecergasan mental, daya ingatan dan
penyelesaian masalah, serta kesihatan keseluruhan, dan juga mengurangkan risiko
kemalangan (Anizyn 2013).
Selain itu, pakar tidur,
Colonel Gregory Belenky, mengkaji implikasi kurang tidur atas tentera-tentera
yang mengendalikan peralatan canggih ketenteraan (Anizyn 2013). Beliau mendapati,
fungsi otak terutamanya yang melibatkan bahagian membuat keputusan, perancangan
dan konsentrasi, banyak terjejas apabila seseorang tidak dapat tidur dengan
cukup dan otak akan mengambil masa yang lama untuk pulih seperti sedia kala.
Penyimpanan maklumat jangka panjang di dalam otak juga turut berlaku ketika
tidur. Namun, bagi mereka yang suka tidur lewat, sebagai contoh pelajar yang
mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam, hal ini akan mengganggu
kelancaran proses penyimpanan maklumat mereka. Menurut Penolong Profesor Carla
B. Green dari Pusat Sains Kebangsaan Untuk Pusingan Biologi, mengulang kaji
pelajaran sehingga lewat malam menjejaskan pusingan biologi seseorang dan ini
menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca, di samping
menyebabkan keletihan pada waktu yang tidak menentu di siang hari (Anizyn 2013).
Beberapa kajian juga
telah dibuat oleh beberapa intitusi pendidikan di luar negara seperti Yayasan
Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mendapati tidur seseorang bergantung
kepada usia dan aktiviti yang dijalankan di sepanjang hari. Ini bermakna
seorang pelajar di peringkat remaja perlu tidur sekurang-kurangnya 9-10 jam
sehari bagi mendapatkan kecergasan yang optimum di siang hari (Anizyn 2013). Malangnya ramai remaja tidak cukup tidur kerana berjaga
pada malam hari kerana melakukan aktiviti-aktiviti seperti mengulang kaji
pelajaran sehinggalah ke aktiviti yang tidak memberikan sebarang manfaat.
Selain daripada itu, satu kajian juga telah dilakukan oleh Ficca et al.
(2010) untuk mengetahui hubungan antara tidur di siang hari dengan tahap
prestasi kerja. Kajian ini berfokus kepada: a) eksperimen jadual berpecah-tidur
yang baru dibangunkan dan kesannya terhadap pemulihan, berbanding dengan orang
lain yang mempunyai tempoh tidur yang sama; b) sama ada tidur boleh memberi
manfaat terhadap kecerdasan otak dalam prestasi kerja; c) kesan tidur ke atas
kognisi, sehubungan dengan kajian tidur dan proses ingatan; d) ciri-ciri utama
tingkah laku tidur siang pada individu yang lebih tua dan kesannya ke atas
kesihatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidur siang memberi kesan positif terhadap
kesihatan seseorang individu. Kajian daripada Schabus et al. (2005) juga
menyokong dakwaan ini apabila beliau melakukan satu kajian untuk mengetahui
hubungan antara tidur di siang hari dengan prestasi daya ingatan dan motivasi.
Hasil kajian menunjukkan tidur sekejap di siang hari membantu dalam
meningkatkan daya ingatan seseorang individu.
Satu kajian lain yang dilakukan di
Greece juga menunjukkan orang yang mengamalkan tidur sebentar di siang hari
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu mempunyai keberangkalian 37% lebih rendah
untuk mendapat serangan sakit jantung (Khairunneezam
2009). Dari segi fizikal, tidur
sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang
memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi. Tidur juga memperbetulkan semula
fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen,
memperbaiki sel-sel badan serta mengendurkan otot-otot yang digunakan secara
aktif semasa bekerja sejak pagi (Schabus et al. (2005). Dari aspek kesihatan
mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang sebaik
bangun dari tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif,
berkesan dan efisien menganjur ke petang hari (Zubaidi 2012).
Terdapat beberapa kajian lain yang membuktikan
bahawa individu yang tidur lebih lama daripada waktu yang sepatutnya cenderung
menghidapi penyakit kencing manis. Dengan mengamalkan tidur secara berlebihan,
risiko mendapat penyakit ini cukup tinggi. Selain itu, pola tidur berlebihan
juga boleh melambatkan fungsi sel otak sekali gus mengakibatkan masalah dalam
ketahanan daya ingatan (Ficca et al. 2010). Jika tidak ditangani dengan segera, keadaan
ini mungkin lebih membahayakan hingga mengundang risiko nyanyuk apabila usia
kian meningkat kelak.
3.0
METODOLOGI KAJIAN
Kajian penyelidikan ini merupakan usaha bagi
mengenal pasti kekerapan tidur di siang hari pada hujung minggu dalam kalangan
mahasiswa UKM serta faktor penyumbang dan implikasi-implikasi yang mungkin
diterima atau dialami oleh mahasiswa akibat daripada perilaku tersebut. Data
bagi kajian ini dikumpul di sekitar UKM, Bangi.
Responden yang dipilih (subjek kajian) bagi tujuan kajian ini juga
terdiri daripada mahasiswa UKM sendiri.
3.1 KAEDAH KUTIPAN DATA
Proses pengumpulan data yang dijalankan sepanjang
kajian ini dilakukan adalah berbentuk kuantitatif. Teknik atau metodologi
pengumpulan data yang digunakan adalah melalui penggunaan borang soal selidik.
Kami memilih untuk menjalankan kajian ini menggunakan proses pengumpulan data
berbentuk kuantitatif kerana data-data yang ingin kami perolehi adalah
berbentuk objektif. Data kajian ini diperolehi melalui kekerapan jawapan yang
telah dipilih oleh para responden di dalam borang soal selidik yang diberikan.
Soalan-soalan yang dinyatakan di dalam borang soal selidik tersebut disediakan
oleh pengkaji sendiri. Hal ini adalah untuk memastikan skop serta limitasi
kajian dipatuhi oleh para responden serta untuk memastikan kajian yang
dijalankan tidak lari daripada objektif yang telah ditetapkan. Proses
pengedaran borang soal selidik diedarkan dari 19 Septermber 2014 hingga 26
September 2014. Kumpulan pengkaji yang terdiri daripada lima orang ahli
dipertanggungjawabkan untuk mengedar sebanyak 20 borang soal selidik setiap
seorang. Hal ini untuk memastikan proses pemgumpulan data berlaku dengan
tangkas serta efisyen.
Kami membahagikan borang soal
selidik ini kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama adalah data demografi
responden dan bahagian kedua merupakan data bagi kecenderungan mahasiswa UKM
tidur di siang hari pada hujung minggu. Di bawah bahagian pertama, terdapat 8
bahagian kecil mengenai informasi berkaitan responden dan di bahagian kedua,
terdapat 3 cabang kecil yang akan merungkai permasalahan yang terdapat di dalam
kajian ini. Cabang yang pertama berfokus kepada persoalan tentang kekerapan
mahasiswa UKM tidur di siang hari pada hujung minggu. Bahagian ini telah kami
bahagikan kepada lima poin skala pemeringkatan (rating scale/Likert scale).
Skala ini mempunyai beberapa tahap persetujuan iaitu ‘sangat bersetuju’,
‘bersetuju’, ‘tidak pasti’, ‘tidak bersetuju’ dan ‘sangat tidak bersetuju’.
Melalui pembahagian poin tahap persetujuan ini, responden diberi pilihan untuk
memilih tahap kepuasan mereka terhadap kenyataan atau soalan yang diutarakan di
dalam borang soal selidik ini. Sekiranya mereka tidak mengetahui atau tidak
yakin sama ada kenyataan yang diberikan adalah benar ataupun salah, mereka
boleh memilih bahagian ‘tidak pasti’ sebagai penentu jawapan atau respons
mereka.
Cabang kedua bahagian ini
lebih berfokus kepada faktor-faktor yang menyumbang ke arah perilaku tidur di
siang hari pada hujung minggu dalam kalangan mahasiswa UKM. Bahagian ini
dibahagikan kepada tiga fakor iaitu faktor akademik, faktor sosial dan faktor
psikologi. Bahagian ini juga dinilai melalui skala pemeringkatan 5 poin iaitu
‘sangat bersetuju’, ‘bersetuju’, ‘tidak pasti’, ‘tidak bersetuju’ dan ‘sangat
tidak bersetuju’. Seterusnya, cabang yang ketiga bahagian ini pula berfokus
kepada implikasi-implikasi yang dihadapi mahasiswa UKM akibat daripada perilaku
tersebut. Bahagian ini merupakan soalan terbuka. Responden akan dapat
memberikan pandangan mereka secara lebih terperinci di bahagian ini. Borang
soal selidik ini telah kami edarkan kepada mahasiswa-mahasiswa UKM dan telah
kami kumpulkan kembali borang-borang tersebut untuk dibawa ke pusat pengajian
bagi proses penganalisan data. Kajian melalui penggunaan borang soal selidik
ini adalah amat penting untuk mengelakkan kami sebagai pengkaji memberikan
andaian atau keputusan awal berkenaan dengan kajian. Hal ini kerana sumber data
yang dikumpulkan merupakan sumber daripada dunia sebenar atau konteks asli.
3.2 KAEDAH ANALISIS DATA
Data yang dipungut dalam sesuatu projek kajian
perlu dianalisis dan dibuat penfasiran ke atasnya. Data yang diperoleh
melalui kajian borang soal selidik ini dianalisis secara manual. Borang soal
selidik tersebut terdiri daripada dua bahagian, iaitu satu bahagian yang
mengandungi item-item soalan dan satu bahagian lain mengandungi maklumat skala
pemeringkatan (rating scale/likert scale). Daripada respon-respon yang
diberikan oleh mahasiwa-mahasiswa UKM, satu jadual pengagihan peratus akan
dihasilkan untuk menunjukkan kekerapan taburan respons. Pengkaji akan mengira kekerapan yang ditunjukkan dalam kotak-kotak skala
pemeringkatan tersebut dalam bentuk peratusan (%). Kaedah mengira kekerapan
tersebut adalah dengan mengambil kekerapan dan membahagikannya dengan
jumlah responden dan didarabkan dengan angka peratus. Seterusnya, data kajian
yang diperolehi melalui soalan terbuka di dalam borang soal selidik tersebut
pula akan melalui proses pengekodan. Proses ini menggunakan kaedah
pengenalpastian kategori serta tema yang ditemui daripada hasil analisis
tersebut. Proses memberi kod terhadap unit-unit ayat ini akan memudahkan
penyelidik mengenal pasti tema bagi setiap jawapan dan memberi penerangan
lanjut berkaitan jawapan berkenaan. Setiap jawapan akan diberikan kod yang sama
sekiranya jawapan tersebut merangkumi tema yang sama. Sekiranya tema jawapan
yang diberikan adalah berbeza, maka kod baru akan diberikan kepada jawapan
tersebut. Jadual kekerapan tema disediakan bagi membahagikan kod ayat kepada
tema-tema yang berkaitan.
Langkah yang terakhir dalam aktiviti penganalisisan data
adalah mempamerkan data tersebut. Pameran data melibatkan aktiviti seperti
mengendalikan, memadatkan maklumat bagi memudahkan kesimpulan dan tindakan
dilakukan. Dengan memerhatikan data yang dipamerkan, ianya dapat membantu
pengkaji untuk memahami perkara yang berlaku untuk analisis seterusnya dan
tindakan selanjutnya yang perlu diambil berdasarkan kepada pemahaman pengkaji.
Berdasarkan kepadatan skrip yang dipamerkan, ianya memudahkan pengkaji untuk
membuat rumusan kerana kebiasaannya manusia sukar untuk memproses maklumat
dalam kuantiti yang besar. Oleh itu, dengan mempamerkan data, ianya dapat
mengurangkan data atau maklumat yang kompleks kepada bentuk yang lebih mudah
difahami. Perkara ini memudahkan pengkaji melihat perkara yang berlaku dan
mengenal pasti kesimpulan serta membuat cadangan yang bersesuaian. Oleh itu,
bagi penganalisisan data soal selidik, pengkaji akan mempamerkan data-data ini
dalam bentuk graf dan carta supaya data-data yang diperolehi dapat digabungkan
ke dalam bentuk yang mudah dicapai dan padat dengan maklumat.
Bahagian yang terakhir dalam aktiviti penganalisisan ini
ialah melakarkan kesimpulan dan mengemukakan pembuktian. Pengkaji berperanan
menentukan makna setiap sesuatu perkara. Pengkaji akan melihat kepada segala
data yang telah dianalisis sebelum ini untuk mengemukakan kesimpulan bagi
maklumat tersebut.
3.3 HASIL ANALISIS KAJIAN
Analisis kajian ini dibahagikan kepada tiga
bahagian. Yang pertama merupakan kekerapan mahasiswa UKM tidur di siang hari
pada hujung minggu. Manakala yang kedua adalah faktor-faktor penyumbang ke arah
perilaku tersebut. Seterusnya yang ketida adalah implikasi-implikasi yang
dihadapi oleh mahasiswa UKM akibat daripada perilaku tersebut.
3.3.1 KEKERAPAN MAHASISWA UKM TIDUR DI SIANG HARI PADA
HUJUNG MINGGU
Melalui hasil kajian, 35 peratus sangat bersetuju dan 27 peratus lagi
bersetuju bahawa meraka (mahasiswa UKM) kerap tidur di siang hari pada hujung
minggu. 25 peratus daripada keseluruhan responden tidak pasti. Mereka
menyatakan bahawa kadang kala mereka tidur di siang hari pada hujung minggu dan
ada ketikanya mereka tidak. Hanya segelintir mahasiswa merangkumi 15 peratus
yang tidak bersetuju bahawa mahasiswa UKM kerap tidur di siang hari pada hujung
minggu iaitu 4 peratus tidak bersetuju dan 9 peratus sangat tidak bersetuju.
3.3.2 FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG
3.3.2.1
FAKTOR AKADEMIK
68 peratus daripada keseluruhan responden bersetuju bahawa mesyuarat
program atau aktiviti yang diadakan sehingga lewat malam amat menganggu jadual
tidur mereka. 84 peratus responden pula bersetuju bahawa tugasan akademik membebankan
dan perlu mengambil masa sehingga lewat malam untuk menyelesaikan semua tugasan
tersebut. Walau bagaimanapun, hanya 37 peratus bersetuju manakala 63 peratus
daripada keseluruhan responden tidak bersetuju bahawa ulang kaji lewat malam adalah
faktornya penyumbang perilaku tersebut. Sejumlah besar responden iaitu seramai
84 peratus bersetuju bahawa menyiapkan tugasan pada saat-saat akhir sehingga
lewat malam merupakan faktor mereka tidur di siang hari pada hujung minggu.
3.3.2.2
FAKTOR SOSIAL
70 peratus daripada keseluruhan responden tidak bersetuju bahawa keluar
lewat malam merupakan faktornya. 84 peratus responden bersetuju bahawa keluar
melepak bersama rakan-rakan sehingga lewat malam adalah faktor mereka gemar
tidur sehingga tengah hari pada hujung minggu. Seramai 68 peratus responden
bersetuju bahawa bertemu janji bersama pasangan kekasih sehingga lewat malam
adalah faktornya. 50 peratus daripada responden beretuju dan 50 peratus lagi
tidak bersetuju bahawa bermain permainan digital merupakan faktor penyumbang
kepada perilaku tersebut. Manakala, 80 peratus responden bersetuju bahawa kerap
melayari laman sosial menjadi satu faktor besar yang menyumbang kepada
mahasiswa tidur di siang hari pada hujung minggu.
3.3.2.3
FAKTOR PSIKOLOGI
Seterusnya,
70 peratus daripada keseluruhan responden bersetuju bahawa mahasiswa UKM lebih gemar tidak berbuat apa-apa di siang hari pada
hujung minggu justeru mereka memilih untuk tidur. Majoriti responden iaitu sebanyak 86 peratus bersetuju bahawa
mahasiswa UKM merupakan individu malam yang tidur di waktu siang tetapi berjaga
di waktu malam. Manakala 62 peratus
bersetuju bahawa mereka menganggap hujung minggu adalah untuk berehat
daripada melakukan sebarang aktiviti. 70 peratus daripada keseluruhan responden
tidak bersetuju bahawa mereka tidur di siang hari pada hujung minggu untuk
berehat untuk menjadi cergas pada hari minggu. Seramai 70 peratus responden
bersetuju bahawa mereka memerlukan tidur tersebut untuk melapangkan fikiran
pada hujung minggu manakala 70 peratus responden tidak bersetuju bahawa tidur
adalah hanya sekadar pengisian masa kerana tiada aktiviti yang hendak dilakukan
pada hujung minggu.
3.3.3
IMPLIKASI-IMPLIKASI YANG DIALAMI AKIBAT PERILAKU TERSEBUT
Perbezaan warna antara keduanya kurang jelas.
Letakkan 2 warna yang kontras supaya lebih nampak beza contoh oren & biru
Bahagian Analisis data, hanya letakkan dapatan
kajian sahaja tanpa masukkan alasan atau pendapat responden. Pendapat ni sila
masukkan dlm bahagian perbincangan.
Berdasarkan jadual di atas, 60 peratus responden
menyatakan bahawa perilaku tidur di siang hari pada hujung minggu ini
memberikan kesan kepada kesihatan mereka. Antara
penjelasan yang diberikan adalah sentiasa merasa badan lemah, sering mengantuk,
pening kepala dan juga gastrik kerana perut masuk angin akibat daripada jadual
makan yang tidak menentu. Baki responden tidak mengalami sebarang masalah
kerana rata-ratanya berasa cergas pada waktu malam dan boleh menyiapkan tugasan
yang ada. Seterusnya, 71 peratus responden menyatakan bahawa mereka
mengalami sindrom ‘tidur berlebihan’ serta menghadapi implikasi daripadanya. Majoriti responden menjelaskan bahawa mereka mengalami
insomnia, badan lesu serta mengalami pertambahan berat badan kerana tidak
melakukan sebarang aktiviti riadah. Baki responden menyatakan bahawa mereka tidak
mengalami masalah ini kerana rata-ratanya menjelaskan bahawa mereka bukan
terdiri daripada individu yang kerap tidur di siang hari pada hujung minggu dan
hanya melakukannya sesekali sahaja. Mereka juga menyatakan bahawa mereka hanya
tidur beberapa jam sahaja dan hal ini memberikan tenaga yang lebih kepada
mereka untuk berjaga pada malam hari.
Seterusnya, 52 peratus
responden tidak mengalami perubahan dalam ‘mood’ harian dan 48 peratus
menyatakan terdapat perubahan dalam ‘mood’ harian mereka kesan daripada perilaku
ini. Antaranya menyatakan bahawa mereka rasa kurang
cergas dan berasa murung dan ada diantaranya menyatakan bahawa mereka rasa
lebih bertenaga kesan daripada perilaku ini. Seterusnya, 80 peratus
responden mengakui bahawa perilaku ini memberi kesan terhadap kegiatan
kokurikulum mereka seperti lebih cenderung untuk lebih tidur daripada
menjalankan aktiviti kokurikulum, tiada mood, rasa mengantuk dan banyak
aktiviti yang tertangguh kerana sering tidur. Baki responden menyatakan bahawa
perilaku ini tidak memberi kesan pada kegiatan kokorikulum kerana rata-ratanya
tidak menyertai sebarang aktiviti kokurikulum. Selebihnya menyatakan bahawa
mereka mempunyai aktiviti yang terancang dan hanya tidur sekiranya tiada
aktiviti.
80 peratus responden
mengakui bahawa perilaku ini sedikit sebanyak memberikan kesan pada pencapaian
akademik mereka seperti mereka menjadi individu yang malas serta cenderung
untuk mengabaikan tugasan yang diberikan pensyarah. Selain daripada itu, masa
untuk meengulangkaji pelajaran menjadi singkat kerana tugasan yang tertunggak
kesan daripada perilaku tidur di siang hari pada hujung minggu ini. Baki
responden pula tidak merasakan bahawa perilaku ini memberi kesan pada
pencapaian akademik mereka kerana majoriti akan berjaga pada malam hari dan mengulang
kaji pelajaran bagi menggantikan waktu siang dan rata-ratanya sudah terbiasa
dengan rutin ini sehingga sudah pandai membahagikan masa mereka mengikut jadual
tidur mereka. Seterusnya, 62 peratus responden sedar akan implikasi yang mereka
alami akibat daripada perilaku ini, dan 38 peratus responden kurang sedar
tentang implikasi yang dialami mereka.
67 peratus responden
memgakui tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengatasi implikasi yang
dialami mereka dan hanya 33 peratus responden yang mengambil tindakan untuk
mengatasinya dengan cara lebih efektif seperti melibatkan diri secara aktif dalam
pelbagai aktiviti di kolej, bersenam, melakukan aktiviti pada hari sabtu sahaja
dan tidur pada hari ahad, menyusun kerja dengan lebih teratur serta memastikan
mereka tidur dengan jumlah yang sama setiap hari.
4.0 PERBINCANGAN HASIL ANALISIS KAJIAN
Majoriti Mahasiswa UKM mengakui bahawa mereka kerap tidur di siang hari
pada hujung minggu. Jumlah mahasiswi yang tidur di siang hari pada hujung
minggu adalah 43 responden daripada 50 responden wanita, manakala bagi
mahasiswa pula hanya 16 pelajar daripada 50 responden. Jadi, jelas bahawa lebih
ramai mahasiswi yang gemar tidur di siang hari pada hujung minggu berbanding
mahasiswa. Hal ini berpunca daripada keaktifan mahasiswa untuk menjalankan
aktiviti riadah seperti bermain bola sepak, berjoging dan bermain futsal yang
tidak dapat dilakukan pada hari minggu kerana sibuk dengan kelas dan aktiviti
akademik yang lain. Manakala kebanyakan mahasiswi pula tidak melibatkan diri
dalam aktiviti riadah dan lebih gemar tidur di siang hari pada hujung minggu.
Terdapat tiga faktor penyumbang yang dicadangkan oleh
pengkaji iaitu faktor akademik, sosial dan juga psikologi. Faktor-faktor ini
dijangka merupakan punca mahasiswa UKM berperilaku seperti demikian.
Antara faktor besar yang menjadi penyumbang perilaku
tersebut adalah kerana komitmen terhadap mesyuarat kolej yang kebanyakannya
dijalankan pada waktu malam. Kebanyakan mahasiswa bersetuju bahawa aktiviti
melepak bersama rakan-rakan sehingga larut malam juga mengganggu masa tidur
mereka lalu menyumbang kepada punca mereka tidur di siang hari pada hujung
minggu. Mahasiswa juga bersetuju bahawa kekerapan mereka melayari laman sosial
seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya sehingga lewat malam
menjadi salah satu punca mereka tidur di siang hari pada hujung minggu. Selain
itu, hasil analisis menunjukkan bahawa majoriti mahasiswa menyatakan bahawa
faktor individu malam menyebabkan mereka lebih gemar tidur di siang hari.
Rata-rata mereka menyatakan bahawa mereka lebih gemar melakukan aktiviti atau
menyiapkan tugasan mereka pada waktu malam berbanding pada hari siang. Walau
bagaimanapun, jawapan bagi persoalan mengenai implikasi-implikasi yang diterima
mahasiswa akibat daripada perilaku tersebut memperlihatkan perkara yang
sebaliknya.
Majoriti mahasiswa UKM mengakui bahawa perilaku tidur di
siang hari pada hujung minggu ini mendatangkan implikasi-implikasi yang buruk
kepada mereka dari segi prestasi akademik dan juga kesihatan. Daripada 100
pelajar FSSK, terdapat 45 pelajar yang mendapat keputusan CGPA lebih daripada
3.00. Daripada jumlah tersebut, hanya 12 peratus pelajar yang tidur pada hujung
minggu, dan selebihnya gemar mengisi waktu hujung minggu dengan
aktiviti-aktiviti lain yang lebih bermanfaat untuk mereka. Majoriti responden
yang mendapat keputusan CGPA bawah daripada 3.00 mengamalkan perilaku tidur di
siang hari pada hujung minggu. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa majoriti
mahasiswa yang gemar tidur di siang hari mengalami masalah dalam bidang
akademik implikasi daripada perilaku tersebut. Kebanyakan mahasiswa juga
menyatakan sendiri bahawa mereka mengalami kemerosotan dalam bidang akademik,
hasil daripada perilaku tidur di siang hari pada hujung minggu. Ini adalah kerana, rata-rata mahasiswa menyatakan
bahawa mereka gagal untuk menyiapkan tugasan akademik pada masa yang ditetapkan
serta gagal menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar iaitu mengulangkaji
pelajaran. Dari segi kesihatan, majoriti mahasiswa yang gemar tidur di siang
hari mengalami beberapa gangguan kesihatan seperti badan terasa lemah, sering mengantuk, pening
kepala dan juga gastrik kerana perut masuk angin akibat daripada jadual makan
yang tidak menentu. Bukan setakat itu, malah majoriti mahasiswa juga mengalami
insomnia, badan lesu serta mengalami pertambahan berat badan kerana tidak
melakukan sebarang aktiviti riadah. Hal ini berlaku kerana mahasiswa tidak
menitikberatkan tentang penjagaan kesihatan diri sedangkan itu adalah salah
satu tanggungjawab seorang pelajar yang paling utama.
Majoriti responden mengaku bahawa mereka tidak melakukan sebarang
tindakan untuk mengatasi implikasi yang dialami mereka dan selebihnya mengambil
tindakan untuk mengatasinya dengan cara lebih aktif melibatkan diri dalam
pelbagai aktiviti di kolej untuk mengurangkan perilaku tidur di siang hari,
bersenam, melakukan aktiviti pada hari sabtu sahaja dan tidur pada hari ahad,
menyusun kerja dengan lebih teratur serta memastikan mereka mendapat tidur yang
cukup. Hal ini agak membimbangkan kerana golongan majoriti tersebut seharusnya
mempunyai kesedaran untuk memperbaiki prestasi mereka di universiti dengan
mengurangkan perilaku tidur di siang hari pada hujung minggu.
5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
Pengurusan masa
yang berkesan sebenarnya tidaklah semudah yang kita sangkakan. Walaupun setiap
orang memiliki 24 jam sehari, tetapi untuk menjadi seorang mahasiswa yang
cemerlang, kita haruslah menguruskan masa kita dengan berkesan. Mahasiswa UKM
seharusnya bijak menguruskan masa mereka di kampus, mengimbangkan antara
tugasan yang perlu disiapkan dan aktiviti persatuan yang disertai. Mereka perlu
mengetahui tentang keutamaan yang perlu difokuskan terhadap sesuatu perkara.
Mereka seharusnya memikirkan tentang tujuan utama mereka berada di kampus
supaya tidak leka dengan kehidupan sosial sehingga mengabaikan pelajaran.
Kehidupan di kampus yang terdedah dengan pelbagai latarbelakang pelajar,
memudahkan untuk mahasiswa leka dengan aktiviti sosial mereka. Tanpa bijak
membuat pilihan, mereka tidak akan dapat memanfaatkan masa dengan aktiviti yang
bermanfaat. Selain itu, mahasiswa UKM juga harus bijak mengisi masa lapang
dengan perkara-perkara yang berfaedah serta aktiviti yang dapat memberikan
manfaat untuk masa depan mahasiswa itu sendiri.
Pelbagai aktiviti telah disusun oleh pihak universiti sendiri untuk
memberikan peluang serta platform bagi mahasiswa untuk mengasah serta
mengembangkan bakat yang mereka ada sama ada dalam bidang akademik, kesukanan
mahupun kebudayaan. Mahasiswa seharusnya bijak memanfaatkan peluang yang ada
ini untuk mengisi masa lapang mereka. Pelbagai kemudahan yang telah disediakan
di kampus seperti padang bola sepak, gelanggang futsal, gelanggang badminton,
studio tarian, studio muzik dan sebagainya. Selain itu, pihak universiti juga
telah mewujudkan pelbagai persatuan pelajar untuk pelajar memilih sendiri
persatuan yang mereka gemari seperti Persatuan Mahasiswa Fakulti, Persatuan
Anak Negeri dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa tidak ada sebarang
masalah bagi mahasiswa untuk mencari aktiviti yang digemari mereka untuk
mengisi lapang.
Pakar-pakar perubatan telah
mencadangkan supaya waktu tidur dicukupkan selama enam jam setiap hari.
Bagaimanapun, sekiranya ia sengaja dilebihkan maka ada risiko kesihatan yang
menanti. Terdapat pelbagai penyakit yang berpunca daripada tidur yang
berlebihan seperti kencing manis, sakit jantung, mudah lupa, tekanan dan
kenaikan berat badan. Sebagai seorang mahasiswa, kesan-kesan sebegini perlu
dielakkan supaya pembelajaran mereka tidak terganggu. Walaupun masa tidur
memberikan implikasi yang positif kepada mahasiswa seperti merehatkan minda,
menghilangkan stress dan sebagainya, mereka seharusnya mempertimbangkan impak
negatif yang akan diterima sekiranya perilaku ini terus diamalkan seperti
kesihatan terganggu, masalah sosial serta masalah akademik. Justeru, mereka
perlu bijak membahagikan masa dengan memberikan lebih tumpuan masa kepada
implikasi yang yang memberikan kesan positif. Tempoh waktu tidur perlu
dijadualkan dengan berpatutan kerana amalan tidur yang berlebihan secara
berterusan akan menjadi semakin sukar untuk diubah. Lanjutan kajian juga harus
dijalankan agar pemahaman yang lebih mendalam dapat difahami.
6.0 RUJUKAN
Adnan Kamis (1985) Pertalian Antara Sikap Pelajar Mata Pelajaran Dan
Kaitannya Dengan
Pencapaian Akademik., Jurnal Pendidikan :UKM
Ibrahim Saat (1995). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa danPustaka.
Anizyn. 2013. Kesan Tidur
Berlebihan. http://anizyn.blogspot.com/2013/10/kesan-tidur
berlebihan.html
[23 September 2014].
Ficca, G., Axelsson, J., Mollicone, D. J., Muto, V.,
& Vitiello, M. V. 2010. Naps, cognition and performance. Sleep medicine reviews 14(4): 249-258. http://faculty.washington.edu/vitiello/Recent%20Publications/Ficca%20Naps%20Cognition%20and%20Health%20SMR.pdf [26 September 2014].
Khairunneezam, M.N. 2009. Faedah lelap seketika kepada
pekerja. Utusan Online, 27 Oktober.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1027&pub=
Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm
[23 September 2014].
Schabus, M., Hödlmoser, K., Pecherstorfer, T., &
Klösch, G. 2005. Influence of midday naps on declarative memory performance and
motivation. Somnologie 9(3): 148-153.
http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1439-054X.2005. 00054.x/pdf [26
September 2014].
Zubaidi, H.A. 2012. Manfaat Tidur Tengah Hari. http://drzubaidi.com/blog/manfaat-tidur-tengah-hari/ [23 September 2014].
No comments:
Post a Comment