JURNAL REFLEKSI
GAYA HIDUP SIHAT: SATU KAJIAN KESEDARAN PELAJAR TERHADAP CARA HIDUP SIHAT
OLEH:
Anis Asmira Binti Amir Shariffudin
Nur Athirah Binti Mohd Nordin
Nor Hanani Binti Mazlan
Tengku Athirah Binti Tengku Azhar
Francis Anthony Ligadu
Nazrul Farid Bin Amirudin
Nur Atiqah Nasibah Binti Abu Bakar
Muhammad Hafizuddin Bin Salehuddin
Nur Musfirah Binti Mustak Ahmad
1. Pendahuluan
Refleksi jurnal ini ditulis bertujuan untuk
melaporkan setiap langkah kerja yang dilakukan dalam usaha untuk menjayakan
projek pembangunan diri kumpulan kami, iaitu tajuk projek yang kami jalankan
ialah “Gaya Hidup Sihat: Satu Kajian Tentang Kesedaran Pelajar Terhadap Cara
Hidup Sihat yang Betul”.
Di dalam jurnal ini kami menyatakan beberapa
refleksi yang telah berlaku dalam usaha untuk menjayakan projek ini, di mana di
antaranya adalah kami menyatakan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang
projek ini dijalankan. Projek dibawah naugan kami ini memerlukan banyak langkah
di mana terdapat urutan-urutan peristiwa yang penting yang berlaku. Tanpa salah
satu peristiwa tersebut ataupun tanpa urutan peristiwa yang betul, projek “Gaya
Hidup Sihat: Satu Kajian Tentang Kesedaran Pelajar Terhadap Cara Hidup Sihat
yang Betul” ini mungkin tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan dengan
jayanya.
Projek ini juga dilakukan dengan kerjasama
semua ahli kumpulan dan juga dengan bantuan beberapa kenalan serta pakar
professional yang berpengalaman luas dalam skop yang kami ketengahkan. Setelah
itu, kami juga akan menyatakan pengalaman pembelajaran yang diperolehi ketika
mengendalikan projek ini. Secara jujurnya, ini merupakan projek pertama yang
kami jalankan secara berkumpulan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jika
sebelum ini kami lebih cenderung untuk memasuki program yang dianjurkan oleh
pihak lain namun pada kali ini kami merasakan sendiri bagaimana rasanya serta
pengalaman menganjurkan program sendiri. Sudah tentu ini memberikan satu pengalaman
baru bagi kami. Hal ini demikian kerana, segala hal berkaitan dengan projek ini
semuanya terletak di bahu kami sendiri. Dari sekecil- kecil tanggungjawab
hingga ke sebesar- besar perkara. Pengalaman yang kami peroleh dalam memastikan
supaya projek ini berjalan seperti yang dijadualkan dan diharapkan telah
memberi satu pengalaman yang susah untuk kami peroleh dari program lainj yang
kami sertai.