Tuesday, March 10, 2015

Tidur Siang dalam Kalangan Pelajar UKM




ZZZT/LMCR 2213 SET 1
BENTUK-BENTUK PENULISAN


“KECENDERUNGAN MAHASISWA UKM TIDUR DI SIANG HARI PADA HUJUNG MINGGU”


PENSYARAH:
CIK MAHARAM BINTI MAMAT


DISEDIAKAN OLEH:
KUMPULAN DIVERGENT


RASYIQAH BATRISYA BINTI MD ZOLKAPLI                        A140926
NUR HAZMIRA BINTI AHMAD ZAMRI                                    A141166
LOW MAY MAY                                                                  A149704
KHAIRUL ANWAR BIN ABDULLAH                             A131180
NAZURAH BINTI ISHAK                                                  A141130







“KECENDERUNGAN MAHASISWA UKM TIDUR
DI SIANG HARI PADA HUJUNG MINGGU”



Rasyiqah Batrisya Binti Md Zolkapli
Nur Hazmira Binti Ahmad Zamri
Low May May
Khairul Anwar Bin Abdullah
Nazurah Binti Ishak

Universiti Kebangsaan Malaysia


Abstrak


Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kecenderungan mahasiswa UKM tidur di siang hari pada hujung minggu. Kajian ini dijalankan di sekitar kawasan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Seramai 100 orang mahasiswa UKM menjadi responden bagi kajian ini iaitu 50 daripadanya terdiri daripada siswa dan 50 daripadanya terdiri daripada siswi. Responden yang terlibat dalam kajian ini dipilih secara rawak daripada pelbagai kaum dan agama serta tidak terhad kepada jurusan yang diambil oleh mereka. Penggunaan borang soal selidik digunakan sebagai kaedah untuk memperolehi data daripada para responden. Borang soal selidik tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu data demografi responden dan data kecenderungan mahasiswa UKM tidur di siang hari pada hujung minggu. Data demografi responden merupakan penanda aras bagi kajian terhadap punca dan akibat kecenderungan perilaku tersebut. Terdapat tiga cabang utama yang menjadi objektif utama kajian ini iaitu kekerapan mahasiswa UKM tidur di siang hari pada hujung minggu, faktor-faktor penyumbang perilaku tidur di siang hari pada hujung minggu serta implikasi-implikasi yang dialami akibat daripada perilaku tersebut. Hasil analisis menunjukkan majoriti mahasiswa bersetuju bahawa mereka kerap tidur di siang hari dan terdapat pelbagai faktor yang menyumbang perilaku tersebut. Majoriti mahasiswa juga menyatakan bahawa perilaku ini sedikit sebanyak memberi kesan yang negatif terhadap kegiatan kokurikulum mereka serta pencapaian akademik mereka. Hal ini berpunca daripada kegagalan mahasiswa menyusun jadual mereka serta mengisi masa lapang mereka dengan perkara-perkara yang berfaedah.





1.0  PENGENALAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terkemuka di Malaysia. UKM bukan sahaja dikenali dengan kemantapan akademik yang amat membanggakan tetapi juga keterlibatan secara aktif para pelajarnya dalam bidang kokurikulum. Sebagai contoh, sehingga kini terdapat 202 buah persatuan yang telah berdaftar di bawah Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel). Antaranya merupakan persatuan yang berfokus kepada aktiviti kesukanan, intelektual, kemanusiaan, perhubungan dan sebagainya. Terdapat pelbagai platform yang disediakan oleh pihak universiti bagi menggalakkan para mahasiswa mengembangkan bakat mereka.