Thursday, February 4, 2010

Contoh Drama Khas

Drama Radio Klasik Nasional;

Tajuk : SEORANG ANAK PENGUKIR KEMERDEKAAN

Tulisan : Azizi Hj Abdullah, Kulim Kedah
Penerbit ; Zuraidah Mohd. Noh
Pelakon : Borhan 80an= bapa
Tamam 50an =cucu
Mawar 50an =cucu Borhan, adik Tamam
Johan 40an =cucu Borhan, adik bungsu
Milah 30 kekasih Johan.


Teknik Penerbitan;
1. Bunyi kapal terbang mendarat
2. Bunyi kereta dari jauh. Berhenti.
3. Pintu kereta di buka, ditutup
4. Sebuah lagu patriotik
5. Motosikal dari jauh. Dekat.
6. Pintu dibuka
7. Injin kereta dihidupkan beberapa kali
8. Brek kereta mengejut.
9. Ombak di pantai
10. Laungan merdeka
11. Bunyi itik ayam,angsa,kambing dll.
12. Bunyi seperti kayu dipatah.
13. Letupan senapang

INTRO:
GRAM: MUZIK PEMBUKAAN. PILIHAN PENERBIT
JH: Merdeka! Apakah yang lebih bermaruah selain dari kemerdekaan? Ya, kemerdekaan adalah segenggam maruah dari himpunan darah daging sebatang tubuh. Sempena hari Kemerdekaan Negara 1 Malaysia tercinta, Klasik Nasional mempersembahkan sebuah drama khas berjodol: SEORANG CUCU PENGUKIR KEMERDEKAAN hasil tulisan Azizi Hj Abdullah, Kulim Kedah.

GRAM: MUSIK. PILIHAN PENERBIT.
BUNYI KAPAL TERBANG MENDARAT.
BUNYI KERETA DARI JAUH. DEKAT DAN BERHENTI.
KESAN BUNYI; PINTU KERETA DI BUKA DAN DI TUTUP.


JOHAN: (SEDIH) Tok...saya dah balik.

TAMAM: Sepatutnya kau berikan salam dulu, Johan.

JOHAN: Errr, maafkan saya abang Tamam. Err...Assalamu alaikum, Tok.

BORHAN: (NADA LEMAH) Waalaikum salam...apa khabar Johan.

JOHAN: Baik Tok. Johan sihat. Atok?

TAMAM: Atok macam inilah.

JOHAN: Sabarlah Tok

BORHAN: (BATUK-BATUK) Tuhan dah rampas segala tenaga aku, Johan. Tak mengapa. Aku reda.

JOHAN: Kami juga reda, Tok. Jangan bimbang, semangat juang Tok, akan kami warisi.

BORHAN: (BATUK) Nak berjuang apa lagi Johan....negara kita ni kan dah lima puluh dua tahun merdeka.(BATUK DAN PENAT)

TAMAM: Tok...jangan cakap banyak. Tok perlu rehat.

JOHAN: Setidak-tidaknya kami akan berusaha mengangkat martabat pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tok. Kami akan kenang jasa-jasa mereka. Kami tak akan sia-siakan orang seperti Tok.

BORHAN: (BATUK DAN PENAT) Bagus. Tak sia-sia engkau belajar sejarah di luar negara.

TAMAM: (PENUH BIMBANG) Tok...berehatlah. Jangan bercakap banyak. Kami...(SEDIH) kami sangat faham semangat kental perjuangan Tok. Kami tahu Tok adalah bekas tahahan darurat selama tujuh tahun di Johor Baharu, penjara Autram Road Singapura, penjara Changi, penjara Majidi, penjara Tanjung Bruas. Atoklah orang yang paling kerap masuk keluar lokap.(SEBAK-SEDIH) Tapi..kami bangga. Buahnya dapat dikecapi semua. Generasi kini terhutang
budi.


BORHAN: Anakku (BATUK DAN PENAT) bukan Tok sorang...bukan... Jangan lupa mereka...titik darah mereka juga tumpah demi maruah negara dan bangsa.

JOHAN: (NADA GEMBIRA) Tak sia-sia saya pulang Tok! Tak sia-sia. Saya juga sudah kenal pasti mereka. Saya sudah berazam, kembalinya saya hari ini, saya akan berusaha memertabatkan mereka. Saya akan kembalikan mereka ke sini, Tok.

TAMAM: (HAIRAN) Ehhh, yang kau beria-ria sangat ni, kenapa? Siapa?

BORHAN: BATUK-BATUK. PENAT.

TAMAM: Siapa lagi kawan seperjuangan Atok, Johan?

JOHAN: Bukankah sejarah telah mencatat, ramai lagi pejuang yang menuntut kemerdekaan seperti Atok.

BORHAN: Johan...(BATUK DAN PENAT) Siapa mereka? Setahu Atok, rakan seperjuangan Atok...

JOHAN: (KETAWA MENYINDIR) Atok bukan ahli sejarah nampaknya, sebab itu Atok lupa.

BORHAN: Siapa Johan?

JOHAN: (NADA SOMBONG ) Wan...Wan Pin! Dia di luar negara!

BORHAN: (BATUK-BATUK. TERGAMAM) Wan Pin?

GRAM: MUSIK. PILIHAN PENERBIT.
LAGU PATRIOTIK ATAU LAGU KEMERDEKAAN MENJADI LATAR SECARA PERLAHAN BACAAN PUSI DI BAWAH.


MAWAR: (SEPERTI MEMBACA SEBUAH PUISI. SEBAK DAN SEDIH +
BERSEMANGAT)
Puluhan tahun dia berdiri di tanah ini
Menyambung perjuangan nenek moyang
Sang pahlawan yang berani
Menentang Feringgi, Belanda, Jepun dan Inggeris
Di Pasir Salak, Naning, Semantan
Mereka adalah Putera nusantara
Tujuh tahun malam memanjang
Merekok dalam bilik usang
Merekalah keturunan Putera Gunung Tahan.
Kini telah kembali semunya
Yang tinggal sisa-sisa
Sinar juang yang berkilau
Menyimbah persadaku
Ya Allah...
Redakan perjuangan mereka
Ya Allah...
Aku di sini menadah doa....
GRAM: BUNYI MOTOSIKAL DARI JAUH. SEMAKIN DEKAT. BERHENTI.

TAMAM: (SUARA JAUH) Assalamu alaikum...

MAWAR: (SUARA DEKAT) Waalaikum salam...haaa abang Tamam.
KESAN BUNYI: BUNYI PINTU DI BUKA.


TAMAM: Anak-anak ke mana?

MAWAR: Abang ni, macamlah Mawar ni ada anak sepuluh. Kan satu di Kuala Lumpur, dan satu tu pula ikut laki.

TAMAM: (KESAL) Kenapa tak ambil cucu tinggal bersama? Taklah sunyi sangat....ehhh, tadi aku dengar kau macam baca gurindam, seloka. Apa tu?

MAWAH: Puisi lama. Mawar pun dah lupa siapa yang tulis. (PAUSE) Ehhh Johan ada ke di rumah?Amboi, bertandang tidak, jenguk pun tidak. Hina sangatkah pondok kakaknya ni?

TAMAM: (SEPERTI BERBISIK) Inilah yang aku datang ni. Sejak dia balik, aku nampak Johan tu lain macam.

MAWAR: Lain macam? Macam mana, abang Tamam? Nak menikah dengan orang putih ke?

TAMAM: Bukan...bukan itu. Tapi soal perjuangan, soal sejarah perjuangan orang seperti Atok.

MAWAR: (HAIRAN) Haiii, belajar tinggi-tinggi sampai luar negara, soal itu pula yang di bawa balik? Nak jadi orang politik pulak ke?

TAMAM: Yang merisaukan aku, Mawar...dia cuba mencari pejuang kemerdekaan tetapi berbeza kaedah perjuangan mereka. Tidak seperti bapa.

MAWAR; Maksud abang?

TAMAM: Aku tidak tahu apa yang dia maksudkan. Kan aku ni bukan ahli sejarah. Tapi dia ada menyebut Wan Pin. Kau tahu siapa Wan Pin?

MAWAR: (TERKEJUT DAN MARAH MENDADAK) Wan Pin...? Hah, tak guna punya adik. Mengaji tinggi-tinggi, ke situ pula natijahnya.

TAMAM: (HAIRAN) Heee kenapa pula ni? Yang menyinga tiba-tiba, kenapa?

MAWAR: Abang Tamam tau tak, siapa Wan Pin?

TAMAM: Ehhh, manalah aku tahu. Aku bukan mengaji tinggi.

MAWAR: (KERAS) Ini bukan soal mengaji tinggi. Sejarah tidak semestinya belajar tapi cukup dari pengalaman masa lalu. Kena peka abang Tamam.

TAMAM: Yaaalah...engkau bekas pensyarah Maktab...aku ni, walaupun abang, cuma penoreh. Manalah aku tahu.

MAWAR: Abang pun macam orang lain juga. Masa lalu itulah sejarah. Dan sejarah tidak boleh dibiarkan begitu. Kita kena fikir, kena peka dan dia adalah guru bagi kita. Tanpa sejarah,maruah kita tidak boleh dinilai.

TAMAM: Hahhh, cakap tinggi-tinggi, lagi aku tak faham. Dahlah tu...kan elok kalau kau buat kopi O untuk aku (KETAWA)

GRAM: BUNYI AYAM BERKOKOK SIANG. BUNYI KUCING MENGIAU ATAU KAMBING MENGEBEK
TAMAM: (KETAWA) Haaa tenguk tu...binatang pun sokong aku (KETAWA)


MAWAR: Yalah, yalah....

GRAM: MUSIK. PILIHAN PENERBIT.

INJIN KERETA DI HIDUPKAN BEBERAPA KALI TAPI TAK MENJADI. AKHIRNYA BARU DAPAT DIHIDUPKAN.

JOHAN: Alhamdulillah....sampai nak berpeluh, baru menjadi.

MILAH: Nak kereta barulah tu.

GRAM: KERETA BERJALAN. MENGIRINGI DAILOG DI BAWAH.

JOHAN: Kalau Milah dapat fokus kepada NGO yang satu tu, saya rasa cukup baik. NGO tu banyak duit. Kita perlu untuk tambang pergi balik untuk tiga orang. Abang pula akan menemui beberapa orang bekas pejuang yang sama di sini. Mereka tentu bantu.

MILAH: Abang kena fikir panjang. Membawa pulang Wan Pin akan menimbulkan banyak masalah, banyak bantahan akan timbul.

JOHAN: (NADA SOMBONG) Milah, kan saya ni sarjana sejarah. Universiti dan tesis saya ni bukan lokal. Luar negara tau. Takkan sarjana dan tesis saya ni tak boleh pakai. Wan Pin memang pejuang. Dia sezaman dengan Atok saya.

MILAH: Itu memang betul. Tapi kaedah dan tujuan perjuangan mereka berlainan. Dua jalan yang tidak sama matlamat.

JOHAN: (KASAR) Siapa kata? Apa hujah? Atok saya dan rakan-rakannya menuntut kemerdekaan. Wan Pin juga berjuang menuntut kemerdekaan walaupun kelompok tidak sama. Tapi matlamatnya satu; ingin mencapai kemerdekaan dan ingin bebas dari penjajah.

MILAH: (SEDIH) Johan, Milah tak mau kerana persoalan ini kita bertengkar, kita berpisah. Kan lebih baik jika ketepikan soal ini.

JOHAN: (EGO) Mana boleh...ini persoalan besar. Ini persoalan nasional. Persoalan pejuang negara. Saya rela ikatan kita putus jika soal ini kita tak sehaluan.

MILAH: ( BERSAHAJA. NADA TENANG) Johan, melihat pemimpin tidak hanya dengan cacatan perjuangannya, tetapi mesti juga melihat keperibadian dan hala tujunya. Memang Wan Pin seorang pejuang. Pejuang untuk mencapai kemerdekaan. Tapi....

JOHAN: (CEPAT MEMOTONG) Tapi apa? Apakah kerana dia dikatakan seorang yang Lalim, maka kita petut menafikan perjuangannya?

MILAH: Ya, itulah nilainya seorang pejuang kemerdekaan. Dalam ungkapan
Melayu ada menyebut pemimpin ini jenis Lalim.


JOHAN: Lalim?

MILAH: Pemimpin Lalim pemimpin tak berperi kemanusiaan, biadap, kejam. Perangai terkutuk tangannya keras. Malam merompak siang memeras. Siapa menentang mati ditindas. Pemimpim lazim kalau dibiar, negeri rosak umat terkapar.

JOHAN: Jadi, Wan Pin, begitu? (MERADANG. MENEMPIK) Hahhhh! Saya hairan, kenapa cita-cita murni kami ini disalah anggap? Wan Pin sama macam Atok saya. Dia juga berjuang dengan
kumpulannya menuntut kemerdekaan, walaupun tidak sezaman Mat Kilau, Dato’ Bahaman atau Tok Janggot. Atok saya pun begitu tetapi dari kumpulan lain. Bukankah sama cita-cita mereka.
MILAH: Kerana itu Johan mahu membawanya pulang ke sini, setelah sepuluh tahun berada di negara luar?


JOHAN: Betul

MILAH: Kenapa dia melarikan diri dulu? Kenapa tidak bersama-sama orang seperti Atok Johan? Menetap hidup mati di tanah air sendiri?

JOHAN: Kerana kita salah anggap pada perjuangannya. Sebab itu kita mesti betulkan sejarah yang kabur ni.

MILAH: (LEMBUT. BERSAHAJA TAPI KEMUDIANNYA MENJADI SEDIH DAN
KERAS)Johan, saya adalah Milah...cucu Lazim. Lazim adalah pegawai polis berpangkat koperal di hujung tahun 40an dulu. Satu malam ketika Atok dan keluarga sedang tidur (SEDIH) tiba-tiba rumah kami di bakar. Atuk, ditembak jarak dekat. (MENANGIS) Nenek pula di seret seperti anjing dan Ayah saya masih bayi di biarkan saja dengan tangis kehilangan seorang bapa dan ibu. (KERAS) Dari cerita sejarah, kumpulan itulah yang kononnya ingin menuntut kemerdekaan. Perjuangan jenis apa namanya ini, Johan? (MENANGIS) Perjuangan kemerdekaan apakah namannya, Johan?


JOHAN: (GUGUP) Milah...Milah...kenapa...kenapa Milah timbulkan soal ini?

MILAH: Siapa saya sekarang? Kenapa tidak saya dikatakan cucu pejuang? Kenapa penzalim yang mahu diangkat menjadi pejuang? Kenapa Johan? (MENANGIS TERISAK-ISAK
)
JOHAN: (MEMUJUK) Milah...kita sebenarnya dikelirukan oleh sejarah. Pembunuhan dan kezaliman kerana mereka terdesak, kerana mereka terasing sedangkan mereka juga mahukan kemerdekaan. Dari catatan sejarah, mereka juga menuntut kemerdekaan.


MILAH: ( MENANGIS DAN SEDIH) Lesen apa sampai membolehkan mereka membunuh, berlaku zalim? Kenapa tidak membunuh penjajah sahaja? Kenapa membunuh Atok saya dan keluarganya yang lain? (MILAH MENANGIS. SUARANYA SEMAKIN JAUH-SEMAKIN JAUH)
JOHAN: (MEMANGGIL DENGAN CEMAS) Milah! Milah! Milah nak ke mana? Tunggu!


MILAH: (SUARA JAUH) Tak apa Johan. Jika itu cara Johan nak mertabatkan pejuang kemerdekaan, tak apa....tak apa...biarlah saya berundur.

JOHAN: Milah!

MILAH: (MENANGIS) Yatim piatu bapa saya sejak bayi tu tak akan dapat dikembalikan oleh pulangnya pemimpin itu. Tak apa. Maafkan saya Johan.

JOHAN: Milah! Milah!

GRAM: MUZIK. PILIHAN PENERBIT.
DISUSULI SEBUAH LAGU PATRIOTIK
DI SUSULI GEMA LAUNGAN MERDEKA. SEMAKIN HILANG


BORHAN: (SEDIKIT BATUK. PENAT) Ya Allah, aku tersangat rindu laungan itu. Ia bagaikan hembus bayu pagi yang menyegarkan semangatku.

TAMAM: Tok jangan bercakap banyak. Rehatlah. Tok masih tak bertenaga.

BORHAN: (KETAWA KECIL. MENYINDIR) Tak bertenaga? Memang orang tua sudah tak bertenaga. Tenaga kami sudah luntur kerana perjuangan kemerdekaan. Tapi kamu, tenaga yang bagaimana kamu guna mengisi kemerdekaan? Apa yang kamu lakukan terhadap pembangunan bangsa dan negara yang dah merdeka? (BATUK-BATUK)

TAMAM: Apabila zaman berubah, bentuk perjuangan juga berubah, Tok.

BORHAN: (SEAKAN MARAH) Berubah? Berubah yang macam mana, haaa? (BATUK DAN PENAT) Tamam, aku ni tidak pun berada dalam mana-mana parti. Aku bukan PKMM, aku bukan API. Tapi masa kecilku, aku mengekori Boestamam, Pak Swito, Burhanuddin, Mokhtar Laso, Abdullah CD, Musa Ahmad. Aku turut menyokong perjuangan merebut kemerdekaan, sehingga zaman Tunku Abdul Rahman. Atok tak pernah berubah. Malaya atau Malaysia bagi
bapa, hanya satu. Di atas runtuhan Kota Melaka...(BATUK-BATUK. MENERAN SUARANYA) Kami bangunkan jiwa merdeka.....Merdeka, merdeka, cucuku! (BATUK)


TAMAM: Tok....kami faham...kami faham.

MILAH: (SUARA JAUH MEMBERI SALAM)

BORHAN: Engkau dari mana, Milah? Mana Johan? Tak baik lama-lama begini. Kawin saja sementara Tok masih ada.

MILAH: Insyaallah Tok...jika ada jodoh, kami tak ke mana. (SEDIH) Tapi Tok...

TAMAM: Milah, boleh Milah hubungi Johan. Minta dia segera balik. Tok ada hal nak cakap dengannya.

MILAH: Saya baru berselisih faham dengan Johan, abang Tamam. Rasanya kami tak sealiran.

BORHAN: (KETAWA KECIL DALAM KEADAAN BATUK DAN PENAT) Orang sejarah tapi tak faham perjalanan sejarah, gitulah Milah.

MILAH: Tapi saya tak boleh bertolak ansur, Tok. Soal maruah bangsa dan maruah kemerdekaan bukan perkara kecil.

TAMAM: (SEPERTI BERBISIK) Milah....abang rasa lebih baik diamkan saja dulu. Beri masa untuk Tok ni berehat.

BORHAN: Milah....Borhan...kemari...mari dekat dengan Tok. (PENAT DAN BATUK) Jangan bimbang, apapun Tok tidak akan kecil hati, tidak pernah kecewa, malah berbangga. Bukankah benih yang Tok dan rakan-rakan tanam dulu telah hidup subur? Kami ajar rakyat mengenal demokrasi, kami ajar rakyat mengenal penjajah, kami beritahu apa itu feudal, kami beritahu apa itu kolonial dan kami tanam patriotik. Kami ajak menjadi rakyat yang satu dan kamulah, anak-anak merdeka yang telah memahaminya. (BATUK DAN PENAT SEMAKIN MENJADI)
TAMAN: (BIMBANG) Tok...


MILAH: Tok....

BORHAN TERUS BATUK-BATUK.

GRAM ; MUSIK. PILIHAN PENERBIT.

BUNYI ANGSSA, ITIK DAN AYAM.
JOHAN: Beginilah Kak Mawar...kami balik ke tanah air secara group. Kami bertekad, kemerdekaan kali ini akan diubah persepsinya tentang menilai pejuang kemerdekaan. Termasuk orang-orang seperti Tok dan rakan-rakannya yang dianggap kiri.


MAWAR: Johan, katalah apapun, tapi kau jangan lupa, kakak kau ini bekas pensyarah Maktab Perguruan, yang bukan saja membaca sejarah, tetapi menilainya juga.

JOHAN: Kalau macam tu, baguslah kak. Senang kita saling tolong menolong.

MAWAR: Maksud kau Johan?

JOHAN: Macam ni kak. Dalam kajian kami, masih ada seorang dua pejuang kemerdekaan yang dianggap sebagai pengkhianat. Mereka berada di luar negara. Mereka tidak dibenar pulang ke tanah air sendiri. Kami sedang berusaha membawa mereka pulang, mendesak masyarakat menerima mereka dan meyakini rakyat bahawa mereka bukan pengkhianat tetapi pejuang.

MAWAR: Siapa? Kau mau kakak iktiraf mereka?

JOHAN: Bukan itu saja, yang penting kakak tolong bergerak atas nama NGO, memungut sedikit derma untuk menampung kos kepulangan mereka. Di antaranya Wan Pin, pemimpin yang dianggap pengkhianat. Itu saja.

MAWAR: Johan, kau fikir kakak setuju dengan pemikiran Johan dan kawan-kawan Johan?

JOHAN: Astaghfirullah.....ke situ pula kakak ni. Apa halnya?

MAWAR: (GERAM. MARAH DALAM KEADAAN NADA SEDIH DAN SEBAK) Kau dengar baik-baik Johan. Tunang kau tu, datuknya seorang kopral polis, nenek, mak dan bapak saudaranya mati ditembak oleh mereka yang kononnya pejuang kemerdekaan. Kumpulan mereka itu ganas. Membakar kampung, rumah dan membunuh siapa saja. Apakah itu nilaian kau sebagai pejuang kemerdekaan?

JOHAN: Kak...

MAWAR: (SEBAK DAN SEDIH) Atuk sendiri terpaksa melarikan diri. Perjuangan mereka bukan menuntut kemerdekaan tetapi bercita-cita hendak memerintah dengan dasar mereka. Itukah nilai sejarah yang kamu yakini, Johan?

JOHAN: Kalau macam ni susahlah kak. Kakak menilai dari sudut yang lain. Kenapa tidak menilai perjuangan mereka?

MAWAR: (GERAM BERCAMPUR SEDIH) Kak sudah menilainya, Johan. Atas perjuangan mereka menuntut kemerdekaan kononnya, berapa banyak perempuan menjadi janda? Berapa ribu anak-anak menjadi yatim piatu? Berapa ratus asykar dan polis kita kudung kakinya, hilang tangan dan lumpuh? Berapa ratus pula mayat-mayat dipijak oleh mereka?Betulkah perjuangan mereka? Mat Kilau yang berjuang, tidak pernah membunuh bangsanya. Datuk Bahaman tidak pernah meyatimkan ribuan kanak-kanak. Tikaman keris dan lembing mereka tidak dihunjam ke dada bangsanya. Tapi mereka, kumpulan yang kau agungkan itu, berapa banyak pula peluru yang menembusi dada anak bangsa, pasukan keselamatan kita?

JOHAN: Kalau macam ni susahlah kak. Saya datang nak minta sokongan, bukan sebaliknya. Kumpulan kami terdiri dari pakar-pakar sejarah. Kami nak betulkan sejarah.

GRAM: BUNYI SUARA ANGSA
BUNYI AYAM BERKETAK, BISING.


MAWAR: Hahhh, sudahlah. Kau hanya belajar sejarah dan menilainya dari bacaan sejarah. Mari kita jumpa Atok. Atok bukan ahli sejarah tapi bapa telah melalui sejarah, Atok telah mengukir sejarah.

JOHAN: Atok pendendam. Atok bukan orang akademik.

MAWAR: Ewah-ewah....belajar setahun jagung, berjulung keris cuma sekampung, kepalang berguru bagai bunga kembang tak jadi. Kau patut sedar, Johan.

JOHAN: Kak...

GRAM: MUSIK. PILIHAN PENERBIT.

BORHAN: (SEPERTI BIASA; BATUK DAN SEDIKIT PENAT SEPANJANG DAILOG DI BAWAH) Cucu-cucuku, hari ini bukan hari terakhir Atok menemui kamu sekelian. Tapi hari ini mungkin hari terakhir ulang tahun kemerdekaan bagi Atok.

MAWAR: Atok, janganlah Atok cakap macam tu. Semuanya ketentuan Allah.

BORHAN: Mana Johan, Tamam. Sudah kau beritahu adik kau tu?

TAMAM: Saya dah beritahu, Tok. Mungkin sekejap lagi dia sampai.

BORHAN: Milah, tunang Johan?

MAWAR: Milah beritahu saya tadi, , yang dia sama sekali tidak dapat bersama Johan, jika Johan masih berpegang kepada pendiriannya.

BORHAN: Pendirian apa?

MAWAR: Kalau dia berusaha jugak membawa Wan Pin, bekas pemimpin gerakan kemerdekaan zaman Atok dulu sebagai pejuang kemerdekaan.

BORHAN: Alasannya?

TAMAM: Mungkin kerana Milah tidak dapat terima, seorang pembunuh Atoknya dan keluarganya mahu dianggap sebagai wira kemerdekaan.

BORHAN: (SEPERTI BERCAKAP SENDIRIAN) Pelik Johan ni. Belajar sampai luar negara, tiba-tiba itu yang diperjuang. Nyatalah, sejarah kita mesti ditulis oleh kita, bukan orang lain.

JOHAN: (DARI JAUH) Assalamualaikum....errr, maafkan saya.

BORHAN: Macam mana Johan?

JOHAN: (CERIA) Alhamdulillah Tok. Ramai dari kalangan NGO dan korporat membantu kami dan soal kos membawa pulang tidak lagi jadi masalah. Cuma kerajaan saja yang perlu memberi lampu hijau.

MAWAR: (MARAH DAN KERAS) Akak tak setuju dengan tindakan kau dan sekutu kau tu.
JOHAN: Kak, ini persoalan kebangsaan, persoalan nasional, bukan soal individu.


BORHAN: Johan kau tahu ke apa yang kau buat ni?

JOHAN: Kenapa tidak Tok? Kami kumpulan yang telus. Kami sudah lama buat kajian. Wan Pin adalah pejuang kemerdekaan. Tak kiralah dia dalam kumpulan mana.

TAMAM: (GERAM) Johan, jika bukan di depan aTok, sudah lama aku tendang engkau.

BORHAN: Bertenang...bertenang... (NADA SEBAK, MENGGELETAR MENAHAN SAKIT TETAPI PENUH SEMANGAT PATRIOTIK) Ramai manusia menari di hadapan orang buta! (BATUK-BATUK. KETAWA KECIL MENYINDIR) Tapi sayang tak seorang pun orang buta itu
tahu keindahan tarinya? Ramai manusia memberi penilaian kepada ahli pejuang, tetapi mereka orang-orang pengecut. Ramai manusia alim tentang sejarah, tetapi mereka tidak mengukir sejarah. (BATUK-BATUK) Adakah sama orang yang melihat orang lain tenggelam di dalam ombak yang beralun temalun dengan orang yang tenggelam bersama-sama ombak? (BATUK DAN MENGELUH BERAT) Ya Allah…Engkau Maha Mengetahui…(BATUK DAN PENAT)


MAWAR: Kau faham itu, Johan?

JOHAN: Kak, banyak fakta sejarah disembunyikan. Wan Pin dengan gerakan mereka, sama dengan gerakan nasionalis kita. Mereka juga berjuang menuntut kemerdekaan. Sama dengan perjuangan bapa dan rakan-rakannya. Mengapa kita mesti menafikan mereka?

BORHAN: (BATUK DAN PENAT) Kemerdekaan? Siapa kata mereka berjuang menuntut kemerdekaan? Mereka berjuang hanya untuk mendapat pemerintahan, pemerintahan yang tidak sama dengan jiwa kemanusiaan kita.

JOHAN: Bukankah mereka menentang Jepun, menentang penjajah Inggeris?

TAMAM: Tapi dalam masa yang sama mereka membunuh kaum keluarga kita, membunuh rakyat, orang kampung yang bukan Jepun atau Inggeris. Kenapa?

JOHAN: Kerana kebanyakan rakyat menyokong Jepun, menyokong Inggeris dan menentang mereka.

BORHAN: Bohong! Kenapa kami yang menentang Inggeris juga mereka mahu bunuh?Sebenarnya engkau ni sama dengan mereka yang dilahirkan selepas merdeka telah dikelirukan oleh sejarah, dikelirukan oleh fakta. Pusat pengajian engkau tidak banyak mengkaji sejarah ini. Engkau hanya pembaca sejarah, bukan pengukir sejarah.Nehro atau Gandi turun bersama rakyat, mengajak sama-sama menuntut kemerdekaan. Tapi orang yang engkau sanjung ini, menghala bidik dan muncung senapang kepada rakyat. Orang yang engkau anggap pahlawan, keluar dari hutan seperti harimau lapar. Mereka bukan saja merampas beras dan makanan, tetapi merogol anak-anak gadis di waktu itu. Laungan merdeka mereka ialah letupan dari muncung senapang. Orang seperti inikah yang kau hendak samakan atau lebihkan dari Atok kau ini? (MENANGIS)

MAWAR: (GERAM. KASAR) Mahu aku himpunkan segala janda dan anak yatim piatu sebagai bukti kekejamaman mereka, yang kau anggap pejuang kemerdekaan? Mahu aku bawa batu nisan dan tulang16 tulang untuk membuktikan bahawa mereka mati adalah hasil tembakan mereka?

JOHAN: Bukan apa Tok, kakak....abang. Kami rasa tidak adil jika kita tidak mengiktiraf mereka sedangkan mereka adalah sebahagian dari pejuang kita. Itu saja.

MAWAR: Lantak engkaulah kalau engkau nak iktiraf, tapi mengapa mesti dibawa balik ke sini, membiarkan mereka berjalan di atas tanah kubur mayat yang mereka bunuh? Membiarkan mereka selesa di tengah-tengah kesangsaraan mangsa yang masih hidup?

BORHAN: (SEMAKIN KUAT BATUK DAN PENAT) Tak apa...biarkan dia. Setidak-tidak ada juga anak Atok yang pandai membaca sejarah, bukan pengukir sejarah.

JOHAN: (terharu) Atok...

BORHAN: Antara orang yang membaca sejarah dengan pengukir sejarah, jauh bezanya.Kadang-kadang yang mengukir juga patah pemahatnya atau pengukir itu tamak perasaannya. Kepada merekalah terletak nilai ketelusan perjuangan, termasuk menuntuk kemerdekaan.

MAWAR: Atok, sudahlah Tok. Tok perlu berehat.

BORHAN: Tak apa anakku. Atok bukan pemahat sejarah lagi. Atok cuma nak memperingati. Ketahuilah, memang bangsa kita perlu kepada merdeka, tapi bukan semua yang tahu menilainya.
JOHAN: Atok, maafkan saya...saya minta diri....saya ada hal.


MAWAR: Kau nak ke mana, Johan. Kan Atok sakit.

BORHAN BATUK-BATUK DAN PENAT.

TAMAM: Biarkan dia....nampaknya dia masih degil. Orang mengaji tinggi katakan...

MILAH: (SUARA JAUH. KUAT) Assalamualaikum.....

JOHAN: Milah...

MILAH: Johan, kau dah tengok berita terkini dekat internet?

JOHAN: Berita. Berita apa?

MILAH: Ada beberapa laman sesawang tulis artikel pasal penangkapan salah seorang ketua NGO yang taja projek kau tu kena tangkap.

JOHAN: Kesalahan apa?

MILAH: Dia disyaki menjadi dalang propaganda anti kerajaan..., aku takut kau akan diheret sama.

JOHAN: Ya Allah.... Tok...macam mana ni Tok?

BORHAN: (MENYINDIR) Kau orang bijak tentu boleh membezakan antara kaca dan intan.

TAMAM: Betul kau tak terlibat Johan?

JOHAN: Betul.... saya tak terlibat bang. Saya tak tahu menahu pun. Mungkin saya salah dari segi pemahaman tentang perjuangan kemerdekaan tapi saya cintakan negara saya. Saya cucu Atok, pejuang kemerdekaan! Maafkan saya Tok. Apa yang patut saya buat ni Tok?

GRAM: MUZIK PENUTUP. PILIHAN PENERBIT.

JH: Demikian tadi sebuah drama khas, sempena hari kemerdekaan yang berjodol : SEORANG CUCU PENGUKIR KEMERDEKAAN, hasil tulisan Azizi Hj.Abdullah, Kulim Kedah.
Yang mengambil bahagian tadi ialah:
......................................
.....................................
.....................................
....................................
....................................
Drama khas itu tadi diterbitkan oleh Zuraidah Mohd. Noh.

Contoh Skrip Panggung Drama

RANCANGAN: PANGGUNG DRAMA

TAJUK: HITAM

PENULIS: MOHAMAD HAFIDZ ABD HALIM
NAMA PENA: HAFIDZ HALIM, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
ALAMAT: NO. 17, KG TELOK IRA,
28000 TEMERLOH, PAHANG
NO. K/P: 861027-33-5383
TEL: 017-9118738/014-8042355
AKAUN BANK: MAYBANK 156057287560
PELAKON-PELAKON CADANGAN:
SAIFUL: NOR AZEMI SUHAIMI (TAM)
SYAFIQ: ARMAN IRAWAN ANWAR
FAISAL: AZAN
FARAH: DARLING NGASRI
GRAM


SAIFUL: Argghhh... Bosan! Bosan! Bosan! Keluar tak boleh. Main muzik tak
boleh. TV tak ada. Boleh matilah aku duduk kat asrama ni!

KB: LOCKER KAYU DITENDANG. KATIL BESI DISEPAK HINGGA BERALIH
POSISI, DIIRINGI DENGUSAN SAIFUL

SYAFIQ: (TENANG) Kau ni kenapa Saiful? Kita datang sini nak belajar. Fokus ajelah pada pelajaran. Baru tak ingat hal-hal lain.

SAIFUL: (PANTAS) Hei kau boleh diam tak? Bagi nasihat engkau tu kat orang lain. Sejak bila pelajaran tu penting pada aku?

SYAFIQ: Kalau ikutkan engkau memang tak ada yang penting selain melepak, merempit, bergaduh belasah orang. Cubalah sekali-sekali fikir pasal mak, abah. Tak puas-puas ke engkau bagi masalah kat dia orang?

SAIFUL: (MARAH) Eh, Syafiq. Engkau nak jadi anak kesayangan mak, abah, engkau jadilah. Aku tak nak bersaing dengan engkau. Walaupun kita kembar, serupa kat luar aje tau. Diri lain. Aku bukan engkau. Jauh pangang dari api! Jadi kalau engkau nak fokus kat pelajaran, nak fikir
pasal mak dengan abah, itu engkau punya pasal. (BERI TEKANAN) Jangan babitkan aku! Faham!
KB:BALDI DILEMPAR

SAIFUL: (JAUH) Tak ada masa lah aku nak tunjuk baik! Pergi matilah!!

SYAFIQ: (SUARA HATI) Astaghafirullah-al-azim. Saiful, Saiful. Dah sampai kat sini pun masih tak nak berubah. Macama mana aku nak tunaikan janji pada mak, nak jaga dia?
GRAM

SAIFUL: (MERUNGUT SENDIRI) Bengang betullah. Tandas pun kena kongsi dengan orang. Rokok dahlah tak ada.

KB: PINTU DITENDANG BUKA DENGAN KUAT
SAIFUL: (SUARA HATI) Ha? Budak ni merokok! Pandang aku pun semacam. Apa? Nak gaduh ke? (BERDEHIM KEMUDIAN BERSAHAJA MENEGUR) Bagi rokok sebatang.

FAISAL: (LAMBAT, KERAS) Siapa engkau?

SAIFUL: Aku Saiful, baru kat sini.

FAISAL: (SINIS) Oo, budak baru. Jadi kau tak kenallah aku siapa.

SAIFUL: Engkau siapa?

FAISAL: (TEGAS) Nama aku Faisal. Otai sekolah. Aku pegang asrama ni.

SAIFUL: Oh... Maaflah. Aku baru sampai semalam. Siapa pun aku tak kenal.

FAISAL: (MENDENGUS SEDIKIT) Hmh. Engkau tingkatan berapa?

SAIFUL: Empat. Boleh tak aku nak rokok.

FAISAL: (SUARA HATI) Berani betul dia ni! Nak carik nahas apa. (KEPADA SAIFUL) Nah…

SAIFUL: Api? (SEDETIK) Terima kasih.

FAISAL: Engkau suka ke kat sini? (SINIS) Masuk asrama sebab nak bagi tumpuan belajar?

SAIFUL: (KETAWA SINIS) Belajar... Aku datang sini dengan abang aku. Dia yang nak belajar.
FAISAL: Abang kau tingkatan lima?


SAIFUL: Empat jugak. Kita orang kembar.

FAISAL: (TERUJA) Kembar!

SAIFUL: Dia sukalah belajar. Tapi aku... Ni bukan tempat akulah. Banyak sangat peraturan. Bosan. Tak ada kawan. Tak ada awek. Tak bebas. Nak keluar susah. Bengang betullah.

FAISAL: (KETAWA) Kesian... Tapi aku boleh hormat kat kau ni.

SAIFUL: Hah... Hormat!

FAISAL: (KETAWA BERSISA) Tak ada apalah. Kau nak jadi kawan aku? Geng aku.

SAIFUL: Buat apa?

FAISAL: Aku boleh buat kau jadi bebas. Buat kau seronok duduk sini.

SAIFUL: (TERUJA) Ye ke?

FAISAL: Ye lah. Kan aku kata aku otai asrama. Kalau kau nak, kau ikut aku malam ni. Aku boleh tunjuk cara nak jadi bebas.

SAIFUL: Malam ni? Nak pergi mana?

FAISAL: Kau jangan banyak tanya boleh? Kalau nak, ikut je aku malam ni. Kau tunggu aku belakang asrama pukul lapan.

SAIFUL: Ok. Jadi.
GRAM

KB: LOCENG ASRAMA, SUASANA PELAJARMASUK KE BILIK DARJAH, MULA-MULA HINGAR SEDIKIT KERANAMASING-MASING MENGAMBIL TEMPAT DUDUK, KEMUDIAN KEADAAN SEMAKIN TENANG TETAPI MASIH ADA SUARA-SUARA ( BERBINCANGMENGULANG KAJI PELAJARAN).

SYAFIQ: (SUARA HATI) Mana pulak Saiful ni? Masa maghrib tak nampak, kat asrama tak ada. Ni kelas ulangkaji dah mula batang hidung dia tak nampak jugak... Betullah dia ni.

FARAH: (MENEGUR LEMBUT) Hai...

SYAFIQ: (TERKEJUT) Err?... Hai...

FARAH: Kenapa tak masuk lagi?

SYAFIQ: Saya carik adik saya...

FARAH: Ooo, yang lagi satu... Jadi awak yang mana? Syafiq ke Saiful?

SYAFIQ: Saya Syafiq. Tapi macam mana awak tau nama kita orang?

FARAH: (KETAWA) Semua orang tau. Bukan selalu ada kembar seiras dalam kelas. (NAKAL) Apa lagi yang emmm... bolehlah!

SYAFIQ: (BUAT-BUAT TAK FAHAM) Err, boleh apa?

FARAH: (KETAWA KECIL) Tak ada apa... Saya Farah. Kat kelas saya duduk dua baris kat belakang awak. Saiful duduk sebaris dengan saya sebelah hujung. Tapi kalau awak tukar tempat dengan dia saya takkan tau. Awak berdua memang saling tak tumpah. Besok-besok kalau saya tersilap panggil jangan marah ya?

SYAFIQ: Tak adalah. Dah biasa. Maaf lah saya tak perasan kita satu kelas. Baru dua hari saya kat sini, tak ramai lagi yang saya kenal. Pelajar lelaki pun belum semua saya ingat nama.

FARAH: Tak apa... (SEDETIK) Eh, baik kita masuk. Pengawas dah pandang pandang tu.

SYAFIQ: Er, Farah... Kalau awak tak kisah, boleh kita duduk sekali? Ulangkaji sama-sama... Boleh jugak saya tanya awak pasal sekolah ni.

FARAH: Apa salahnya.

KB: LAGUMETAL “THE CULT OF GOLIATH” DARI KUMPULAN DARKTHRONE DAN RIUH RENDAH ORANG RAMAI BERSUKA RIA

FAISAL: O.k. Saiful, ini pot aku. Tempat kita lepak. Malam ni kita buat apa yang kita suka.

SAIFUL: (TERAGAK-AGAK) Eh, tempat apa ni Faisal? Lain macam je nampak.

FAISAL: Kau kan nak bebas. Kat sini kita semua bebas. Kau nak buat apa? Menari? Minum? ganja? Pill? Awek? Bersepah kat sana tu. Kat sini apa kau nak layan je. Tak ada siapa nak sekat.

SAIFUL: (TERUJA) Betul Faisal?

FAISAL: (KETAWA) Mari.

SAIFUL: (BERTERIAK) Yahoo! Puaslah aku malam ni!

MEREKA KETAWA

FAISAL: Engkau memang sesuai masuk kumpulan aku. Ada tokoh.

SAIFUL: Kumpulan kau ni kumpulan apa?

FAISAL: (TEGAS, BANGGA) Black Metal. Besi hitam. Kau masuk?

SAIFUL: Mestilah.

FAISAL: Kau nasib baik. Malam ni ada upacara ambik ahli baru.

SAIFUL: Upacara apa?

FAISAL: Ikut aje lah.

GRAM


SYAFIQ: Ikut pergi mana?

FARAH: Pergi ambik borang aktiviti kokurikulumlah. Saya masuk kelab silat.

SYAFIQ: Oh, lasak jugak awak ya!

FARAH: Mestilah. Orang perempuan kena pandai mempertahankan diri. Nanti tak adalah senang-senang jadi mangsa lelaki ganas!

SYAFIQ: Bagus. Saya setuju. Kalau saya ada teman wanita saya pun suka kalau dia pandai mempertahankan diri. Tak adalah saya nak risau bila saya tak ada dekat dia.

FARAH: (MEMANCING) Tapi kan kalau saya ada teman lelaki saya rasa sangat disayangi kalau dia pertahankan diri saya walaupun saya boleh pertahankan diri saya sendiri. Orang perempuan suka dimanja tau. Awak setuju tak?

SYAFIQ: Saya... Saya... (HILANG KATA-KATA).

FARAH: Syafiq, apa kata awak masuk kelab seni silat? Sama dengan saya. Penyelia kelab tu cikgu Jamal. Dia hebat tau. Peringkat dia dah tahap mahaguru. Saya rasa dia jugak warden asrama awak.

SYAFIQ: Mmmm...

FARAH: Janganlah fikir panjang-panjang sangat!

SYAFIQ: Bolehlah jugak. Tapi awak kenalah ajar saya sebab saya tentu dah jauh ketinggalan. Apa pun tak tau. Tak naklah orang tengok saya macam kayu sangat nanti.

FARAH: Tak ada masalah. Besok pagi dah isi borang tu, terus bagi kat cikgu Jamal. Petang besok memang ada kelab silat. Kita datang awal sikit, boleh saya ajar awak.

SYAFIQ: (SUKA) O.k.

FARAH: Adik awak macam mana? Tak nak ajak dia masuk sekali?

SYAFIQ: Saiful? Errr...
GRAM


SYAFIQ: Dengan darah kambing hitam ini aku bersumpah akan taat setia dengan ketua dan kumpulan black metal dan juga akan melaksanakan segala suruhannya...

KB: SUARA-SUARA GALAKAN “SEKALI TONGANG!” “YA! SEKALI TONGGANG” DIIRINGI SORAKAN DAN TEPUKAN

FAISAL: Sekarang engkau dah sah jadi ahli black metal Besi Hitam. (SORAK) Kita raikan! Saiful!!

KB: SORAKAN DAN MUZIK KERAS DIMAINKAN
GRAM
KB:AZAN SUBUH SAYUP-SAYUP

SYAFIQ: (SUARA HATI) Dah masuk subuh. Saiful masih tak balik lagi. Mana dia pergi? Ya Allah, janganlah dia buat hal yang bukan-bukan. Kalau warden tau dia tak balik asrama...

SAIFUL: (JAUH, MENYANYI LALOK) 666 steps ahead, I can not be traced, You sense my presence here, Like fear of cancer.

SYAFIQ: Ha, Saiful ke tu? Astaghafirullah-al-azim. Dahlah terlalak-lalak, kusut masai. Apa dia dah buat?...
SAIFUL: (LALOK, SEMAKIN DEKAT) Hail Babylon! The cult of Goliath, Scraping on my fence, Feeble religious….

NYANYIAN SAIFUL DAN DIALOG SYAFIQ BERTINDIH DI BAHAGIAN AKHIR

SYAFIQ: (MENEGUR) Saiful? Engkau dari mana ni?

SAIFUL: (LALOK) Aku? Aku baru balik dari syurga. Kau tau, syurga... Kau pun boleh pergi. Bila-bila... Tak payah susah-susah nak tonggang tonggek lima kali sehari, pakai topi kulup kat kepala tu... (KETAWA).

SYAFIQ: Saiful, mulut engkau bau apa ni? Engkau minum arak ya?

SAIFUL: Apa? Arak? (KETAWA) Oh... air tu ya? Apa kau panggil? Arak? Ha, yalah tu. Air syurga... (KEMBALI MENYANYI) The cult of Goliath, Scraping on my fence...

SYAFIQ: Syyy... Dah tu Saiful. Nanti warden dengar. Pergi mandi cepat. Tu apa
yang macam darah kat baju engkau tu? SAIFUL: Ni? Macamdarah ya? Oh, ya!... Betullah. Darah...

SYAFIQ: Saiful, engkau gaduh lagi ya?
SAIFUL: Gaduh? (KETAWA) Tak adalah... Malam tadi aku tak ada masa gaduh... Semuanya mmmmhh...

SYAFIQ: Dah, dah. Pergi mandi cepat. Kita solat.

SAIFUL: Solat? Tonggang tonggek tu? (KETAWA) Aku dah satu malam tonggang tonggek. Dah puas! Sekarang aku nak tidur...

SYAFIQ: Tidur? Engkau ingat ni hari apa? Hari Rabu tau. Hari sekolah.

SAIFUL: Aaaah! Pergi jalanlah sekolah. Eh, Syafiq, aku nak duit... Aku nak pegang sendiri duit aku...

SYAFIQ: Engkau tu kalau pegang duit, elaun untuk sebulan boleh habis dalam sehari. Sebab tu mak suruh aku pegang.

SAIFUL: Hey, duit aku, aku punya pasallah. Jangan cakap banyaklah. Mana dia? Bak sini! (TERUS MEMBEBEL) Siapa engkau nak kawal akuu...

KB: PINTU LOCKER CUBA DIPAKSA BUKA. KB INI BERTINDIH DENGAN SAIFUL MEMBEBEL DAN SYAFIQ CUBAMENAHANNYA. KEMUDIAN BUNYI BADAN YANG JATUH TERHEMPAS ATAS KATIL

SYAFIQ: Saiful?... Saiful... Ya Rabbi... Dah tak sedar. Kalau warden tau habis engkau Saiful. Hisy, kenalah aku bersihkan dia pulak. Apalah nak jadi kau ni.

GRAM

FAISAL: Tak masuk kelas tu hal kecik. Yang penting jangan kantoi. Betul tak ada pengawas terserempak dengan engkau pagi tadi?

SAIFUL: Tengok oranglah.

FAISAL: Aku bukan apa. Kalau engkau orang lalai, kena tangkap, jangan babitkan nama aku. (MENEKAN) Aku tak pernah kantoi.

SAIFUL: Engkau jangan risaulah. Aku pun bukan baru buat hal-hal macam ni. Cuma tempat ni aje lain.

FAISAL: (SINIS, TIDAK SUKA DITANDINGI) Tapi malam tadi banyak hal yang engkau baru pertama kali cuba kan? Takut engkau ni jenis yang suka pecah tembelang bila lalok.

SAIFUL: Faisal, tolong sikit. Boleh tak engkau percaya kat aku?

FAISAL: O.k., o.k... (SUARA HATI) Tapi kalau engkau cuba-cuba nak lebih dari aku engkau tengoklah nanti. Ini kawasan aku!

SAIFUL: Eh, Faisal. Tu awek satu kelas dengan aku. Cun kan?

FAISAL: Senyum-senyum nampak. hhala kat kita tu. Engkau dah rembat dia ke?

SAIFUL: Belum lagi. Tapi inilah masanya!

FARAH: Hi! Awak buat apa dengan si Faisal ni?

SAIFUL: Faisal? Oh, er... Tadi dia tunjukkan saya tempat nak daftar kokurikulum.
FARAH: Kokurikulum apa lagi? Pagi tadi kan dah daftar.

SAIFUL: Dah daftar? Ya ke?

FARAH: Syafiq!

SAIFUL: Ha? Syafiq?... Eh, ya, ya, ya... saya...

FARAH: Awak pun pandai loyar buruk ya?

SAIFUL: Sekali sekali...

FARAH: Jom cepat, nanti tak ada masa pulak awak nak berlatih dengan saya.

SAIFUL: Berlatih? Berlatih apa?

FARAH: Awak boleh tak jangan buat lawak? Nanti saya bukak langkah baru tau.

SAIFUL: Eh, jangan. Jom, jom, jom. Jumpa nanti Faisal.

FAISAL: (JAUH) Jangan lambat!

FARAH: Buat apa awak kawan dengan Faisal tu?

SAIFUL: Kenapa?

FARAH: Dia samseng. Kalau awak campur dengan dia awak pun jadi samseng nanti. Sama macam budak-budak nakal sekolah ni.

SAIFUL: (KETAWA) Saya tak perlukan Faisal nak jadi samseng.

FARAH: Awak ni cakap peliklah.

SAIFUL: Apa yang pelik?

FARAH: Yalah. Tak macam...

SYAFIQ: (PANGGIL) Saiful.

FARAH: (SEDETIK) Ha? (BINGUNG) Awak? Eh, yang mana satu ni... Oh, awak berdua nak main-mainkan saya ya?

SYAFIQ: Farah, siapa pulak main-main? Saya Syafiq. Kita janji jumpa kat sini pukul empat. Ni tepat pukul empat.

FARAH: (MENGUJI) Hmm, ya ke? Kita jumpa kat sini nak buat apa?

SYAFIQ: Kan awak kata nak ajar saya langkah silat sebelum kelab mula. Tak ingat?

FARAH: Ya Allah... Ni lah baru Syafiq. (KEPADA SAIFUL) Awak. Patutlah awak tak faham apa yang saya cakap. Rupanya awak Saiful. Apasal awak diam aje bila saya pangil awak Syafiq?

SAIFUL: Syafiq, Saiful, kan serupa. Kenapa awak nak kawan dengan Syafiq aje? Saya tak boleh?
FARAH: Bukan tak boleh. Tapi kenapa awak tak cakap yang awak Saiful? Dah, tak apalah. Awak ambik kokurikulum apa? Kalau kelab silat marilah sekali.

SAIFUL: Kelab silat? (KETAWAMENGEJEK) Tak payahlah. Tapi lepas awak penat bersilat nanti apa kata awak pergi makan dengan saya?

FARAH: Tak apalah Saiful. Terima kasih. Lain kali.

SAIFUL: O.k. Lain kali. (JAUH) Saya tunggu.

SYAFIQ: Saiful, tunggu!

SAIFUL: Apa hal?

SYAFIQ: Engkau pecahkan almari aku, ambik semua duit kita ya?

SAIFUL: Yang aku tau engkau simpan duit aku, aku ambik ajelah.

SYAFIQ: Engkau tak tinggalkan satu sen pun untuk aku.

SAIFUL: Eh, aku tak ada masa lah nak cakap-cakap. (JAUH) Mak sayang engkau, engkau mintaklah dia.

SYAFIQ: Saiful! (BERCAKAP SENDIRI) Isy, alamat habislah duit tu! Baru awal bulan...

FARAH: Syafiq? Kenapa?

SYAFIQ: (TERSENTAK) Ha? Tak, tak ada apa-apa.

FARAH: Kalau macam tu dah sedia nak berlatih?

SYAFIQ: Ha, ya. Mari.

GRAM


KB:MUZIK HEAVYMETAL. MUZIK BERANSUR PERLAHAN TETAPI SUASANA MASIH AGAK JINGAR (DALAM KELAB)

SAIFUL: Dah sebulan. Puas aku mengayat. Tapi dia buat tak tau. Abang aku jugak
yang dia layan. Takkan aku kena masuk kelab silat jugak baru dia nak layan. Hih! Benganglah.

FAISAL: (PERLI) Hai, engkau kan Romeo hebat. Semua awek kat sini, dengan awek-awek aku sekali engkau sapu; yang satu tu engkau tak boleh?

SAIFUL: Lain macam aje bunyik cakap engkau. Marah ke?

FAISAL: Taak. Tak marah. Tapi ada hal-hal yang... Sendiri mau taulah.

SAIFUL: Faisal, aku tak pernah sapu awek engkau. Dia yang datang layan aku. Tapi bukan engkau kata engkau tak kisah? Bukan engkau kata satu pergi sepuluh mari?

FAISAL: Betul. Tak ada masalah sebenarnya. Cuma aku heran, apa yang susah sangat Farah tu?
SAIFUL: Aku pasti abang aku yang buat dia tak suka aku.

FAISAL: (KETAWA) Kalau macam tu buat apa susah-susah mengayat?

SAIFUL: Dah tu macam mana? Dia bukan jenis awek kelab ni. Aku mesti dapat dia. Takkan aku nak kalah dengan Syafiq! Apa lebihnya dia?

FAISAL: (SUARA HATI) Engkau memang jenis yang mesti nak lebih dari orang. Dengan aku pun engkau nak tunjuk lebih. Engkau ingat aku tak tau engkau nak ambik tempat aku? Langkah mayat aku dulu.

SAIFUL: Kalau ada lebih pun, aku. Bukan dia.

FAISAL: Jadi engkau mesti nak Farah jugak?

SAIFUL: Mesti.

FAISAL: Walaupun dia tak suka engkau?

SAIFUL: Aku tak pedulik. Aku nak dia melutut kat kaki aku.

FAISAL: Kalau macam tu aku ada cara.

SAIFUL: Cara? Macam mana?

FAISAL: (KETAWA)
GRAM

FARAH: Tak apa ke awak temankan saya balik ni? Nanti awak pulak yang terlambat balik asrama.

SYAFIQ: Tak apa. Warden dah tau. Dah bagi saya kebenaran balik lambat. Apa salahnya sekali sekala dia orang bagi muka. Nanti kalau awak menang tournament tu sekolah jugak yang dapat nama.

FARAH: (KETAWA) Kalau menang. (SUARA SEMAKIN MENJAUH DAN MENJADI TIDAK JELAS) Saya risau jugak kalau sekolah letak harapan tinggi...

FAISAL: (BERCAKAP SENDIRI) Isy, kenapa si Syafiq tu pulak ada sama? Menyibuk betul. Rosak rancangan. Kena panggil kakilah pulak. (SEDETIK) Hello, aku ni... Aku nak kau hantar dua orang lagi... pukul oranglah, apa lagi... Jangan. Jangan bagi tau Saiful. Datang aje sini dulu...
Dekat dengan sekolah, jalan masuk kampung Alur... Cepat.

GRAM

KB: SUARA ORANG PEREMPUAN MERONTA DENGAN MULUT DIPEKUP DAN SUARA LELAKI MENGAWALNYA. AKHIRNYA SIPEREMPUAN DAPAT BERSUARA

FARAH: Urghhh! Apa semua ni ha? Kat mana engkau orang bawak aku ni!...
(MEMBEBEL).

FAISAL: Dah, engkau orang boleh pergi.

FARAH: Bukaklah ikat tangan aku ni! Tutup-tutup mata aku ni apa hal?

FAISAL: Engkau ni ganas betul ya. Tapi aku suka tengok awek ganas. Mencabar.

FARAH: Hey, jangan jadi pengecutlah. Buli perempuan. Kalau berani lepaskan aku.

FAISAL: (KETAWA) Aku memang berani, tapi bukan bodoh. Aku bukak tutup mata engkau... Ha!...

FARAH: Faisal?

FAISAL: Ya, aku Faisal. Engkau ingat siapa? (KETAWA).

FARAH: Apa engkau buat ni? Tempat apa ni? Apa engkau nak dengan aku?

FAISAL: Nak engkaulah. Kalau tidak buat apa aku bawak engkau kat sini.

FARAH: Eh, lepaslah! Kalau jantan bukaklah ikatan ni dulu!

FAISAL: Sabar, sabar... nanti aku bukak... semua sekali (KETAWA). Tapi bukan
ikatan kat tangan kau... (TERUS KETAWA).

FARAH: Faisal, engkau dah gila ke? Janganlah!

KB:ORANG BERGELUT, LANGGAR TONG DAN KAYU DAN SUARA FARAH MENJERIT: “KURANG AJAR!” “LEPASLAH!” “TOLONG!” . TIBA-TIBA BUNYI PINTU DITENDANG BUKA DIIKUTI SATU TENDANGAN YANG KUAT DAN JERITAN FAISAL “OUCH!”

SAIFUL: Celaka engkau Faisal! Engkau nak mainkan aku ya?

FAISAL: (TERMENGAH SEDIKIT) Oh... Saiful.

FARAH: Saiful?

FAISAL: (PERLI, MASIH TERMENGAH) Romeo dah datang! Heh, macam mana engkau tau tempat ni?

SAIFUL: (KETAWA) Engkau tak perasan ke buat-buat tak perasan? Engkau ingat engkau boleh percaya ke orang-orang engkau tu? Orang-orang engkau dah bosan dengan engkau. Dia orang tak nak lagi jadi hamba engkau. Dia orang nak jadi pengikut aku.

FAISAL: Jahanam engkau Saiful! Engkau tikam aku dari belakang ya!
(MENYERANG) Aaarrrrrrrgghh!

KB: PERGELUTAN – TUMBUKAN, TENDANGAN, KAYU DAN TONG BERLANGGARAN DISERTAI DENGAN SUMPAH SERANAH KEDUA-DUA YANG BERTARUNG. DIALOG FARAH BERTINDIH

FARAH: Hey, engkau orang! Sudahlah! Sudah...

FAISAL: Aku ajar engkau cukup-cukup hari ni Saiful! Siap!

SAIFUL: Masuklah!

FARAH: (CEMAS) Ya Allah! Pisau! Engkau dah gila Faisal?

FAISAL: Aku habiskan engkau hari ni Saiful!

FARAH: Jangan Faisal! Tolong!!

KB: PINTU DITENDANG BUKA

FARAH: Syafiq!

SYAFIQ: Farah!

FAISAL: Mati engkau! Yaaaaahh!

SYAFIQ: (JERIT) Saiful! (MENGERANG) Uuurrrgghh... Allah!

FARAH: (CEMAS HAMPIR MENAGIS) Syafiq! Ya Allah! Faisal, engkau tikam
Syafiq... Syafiq...

SAIFUL: (TERKEJUT) Syafiq?...
FAISAL: (GABRA) Eh... aku... aku bukan nak tikam dia... Dia yang terpa... Aku...
Saiful... aku...

FARAH: Saiful, lekas. Tolong bukak ikat tangan aku ni.

FAISAL: (TIDAK TENTU ARAH) Aku... bukan... bukan aku...

FARAH: (MENYERANG) Tak guna engkau Faisal! Yaaaahh!

KB: TENDANGAN BERTALU-TALU, SUARA FAISAL “OUCH... OUCH” DIIKUTI BUNYI BADAN JATUH

FAISAL: Aduh... Ugh!... Lepaskan aku Farah... Tolong jangan ikat aku...

FARAH: Pengecut. Masuk Henry Gurney nanti baru kau tau langit tinggi rendah.

FAISAL: (MERAYU) Farah... Farah...

FARAH: Diam!

FAISAL: (BERBUNYI MELAUI MULUT YANG SEDANG DIIKAT)

SAIFUL: (TAKUT) Syafiq... engkau selamatkan aku?... maafkan aku...

FARAH: (SEBAK) Syafiq...

SYAFIQ: (SUARA GEMENTAR) Saiful... Aku sayang engkau... Engkau jaga mak ya... tolong abah... Engkau belajar rajin-rajin tau... Jangan buat yang bukan-bukan... Aduuh...

FARAH: Syafiq, mengucap...

SAIFUL: (MENANGIS) Syafiq... engkau jangan tinggalkan aku... aku tak buat lagi...

FARAH: Mengucap Syafiq. La-ila-ha-ill-allah...

SYAFIQ: La-ila-ha-ill-allah muhammad-ar-rasulullah...

SAIFUL: Syafiq? Syafiq...

FARAH: (MENANGIS) Dia dah tak ada Saiful...

SAIFUL: (MERAUNG) Syafiq! Ampunkan aku!...
GRAM

Skrip Drama Radio berbentuk Sketsa

Contoh Sketsa 1

Drama: Sketsa

Tajuk: 1M- Hormati Ke jiranan

GRAM MUZIK PENGENALAN
K/B SUASANA DI KEDAI RUNCIT

AH CHAI: Bukan saya tak mahu penuhi kehendak pelanggan macam awak,

RAMU: Tapi kenalah faham. Kedai saya ini di kawasan orangMelayu, semuanya orang Islam yang tak minum arak. Kalau saya jual bererti saya tidak hormati mereka.

RAMU: Itu saya tahu tapi awak jangan lah jual kepada mereka, jual pada orang lain–yang bukan Islam. Tak salah bukan?

AH CHAI: Dari segi undang-undang memanglah tak salah, asalkan ada permit menjual tetapi dari segi moral salah.

RAMU: Alah, awak ini Ah Chai. Terlalu menjaga kepentingan orang lain tetapi tak endahkan keperluan orang macam saya ini.

AH CHAI: (SUARA TINGGI) Tentulah, saya dah tinggal dan berniaga di sini berpuluh-puluh tahun. Saya tak mahu hubungan baik saya dengan orang-orang di sini terjejas kerana memenuhi orang macam awak.

RAMU: Eh, janganlah marah Ah Chai… Saya… Saya cuma beri cadangan sahaja. Kalau awak tak mahu jual, saya boleh pergi tempat lain. Jauh sikit tak apa.

AH CHAI: Bukannya marah, Ramu. Saya cuma nyatakan perkara yang betul. Saya ingat lagi pesan bapa saya waktu saya ambil alih kedai ini. Katanya, kita berniaga bukan mahu untung sahaja tetapi untuk beri perkhidmatan kepada penduduk sekitar. Bila orang sudah terima kita,
sampai bila-bila kita akan hidup senang. Sebab itulah saya tak mahu jual apa yang tidak disukai orang di sini. Itu sahaja.


RAMU: Sekarang saya faham kenapa kedai awak terus maju walau pun ada pasaraya yang dibuka berhampiran. Semuanya kerana hubungan baik awak dengan penduduk sekitar.

AH CHAI: Ha, awak dah nampak pun. Kita menjual barang sekali sahaja tetapi jika kita menjual barang kepada orang yang kita kenali dan hubungan kita baik pula–jualan itu akan berterusan sampai bila-bila.

RAMU: Wah, nampaknya awak bercakap macam orang dari Harvard Business School lah.

AH CHAI: (KETAWA) Tak perlu belajar jauh-jauh sampai ke Harvard… Yang penting kena memerhati dan belajar dari pengalaman orang, Ramu. Ada apa lagi yang saya boleh tolong, Ramu? Saya mahu ke rumah Pak Amin petang ini – mahu hantar barang dan tolong apa yang patut. Dia mahu buat khenduri malam ini.

RAMU: Tak apa… Tak apa… Lain kali saya datang lagi. Saya mahu berbual lagi dengan awak Ah Chai. Mahu tahu lagi rahsia perniagaan…

AH CHAI Boleh:… Boleh… Kita tak boleh lokek ilmu. Saya pergi dulu ya!

GRAM MUZIK PENUTUP


Contoh Sketsa 2:

Drama: Sketsa

Tajuk: 1M – Satu Kampung

GRAM MUZIK PENGENALAN

K/B SUASANADI PERHENTIAN. BUNYI KERETABERHENTI.

PAK MAN: (OFF MIKE) Manalah pulak bas ni, tak nampak bayang pun. Hari dah petang– hendak hujan pula nampakanya. Eh, siapa pula budak India yang bawa kereta kancil ni. Berhenti pula… Tu agaknya hendak tanya arah ke bandarlah tu.

SIVA: (BERTERIAK) Pak Man hendak balik? Marilah saya hantar. Kalau tunggu bas, mesti lama lagi ni.

PAK MAN: (OFF MIKE) Sebut nama aku pula? Siapa pula budak ni...(HAIRAN)Awak kenal aku ke? Anak siapa ni?

SIVA: (KETAWA KECIL) Siapa pula tak kenal, Pak Man? Ini mesti Pak Man dah lupakan saya. Nama saya Siva. Alah, budak yang Pak Man hambat dengan kayu fasal lastik kerbau Pak Man dengan batu dulu – nak Samy yang duduk dekat sekolah tu. Takkan Pak Man tak ingat?

PAK MAN: Ya Allah, kamu rupanya! Aku ingatkan siapa tadi. (KETAWA KECIL)
Pak Man tak berniat hendak pukul kamu waktu tu, Siva. Pak Man takut kerbau tu naik minyak – karang dihambatnya semua orang. Itu yang Pak Man marah tu.


SIVA: Cerita dulu-dulu, Pak Man. Memang patut pun kena hambat – nakal sangat. Tapi Pak Man tak pukul, saya tetap sakit juga.

PAK MAN: Eh, tak kena pukul sakit juga? Pelik tu, Siva.

SIVA: Cerita Pak Man hambat dengan kayu tu sampai ke pengetahuan bapa saya. Apa lagi, petang tu – dia sudah tunggu depan pintu dengan rotan. Kena sebat lapan das. Sakit, Pak Man.

PAK MAN: Bapa kamu tu memang garang dalam hal mendidik anak-anak. Tengoklah, semua anaknya berjaya. Pak Man dengar kamu sudah jadi doktor sekarang. Abang kamu tu, sungguh pun pelajarannya tak tinggi tetapi jadi peniaga. Bertuah bapa kamu tu – ada anak-anak yang
dengar cakap.


SIVA: Bukan bapa seorang, Pak Man. Boleh dikatakan orang kampung lain juga – macam Pak Man, Cikgu Mat, Pak Imam... Semuanya kalau kami buat salah – tegur. Tak kira anak siapa. Macam dalam keluarga besar. Sebab itulah anak-anak kampung kita semuanya berjaya. Jadi
manusia.


PAK MAN: Dalam mendidik anak-anak kena begitu, Siva. Duduk sekampung, usah kira siapa, apa bangsa, apa agama – yang baik kita puji, yang salah kita tegur. Barulah dapat hidup harmoni. Aman satu kampung.

SIVA: Konsep itulah yang pemimpin kita mahukan, Pak Man. Hidup harmoni dalam satu negara – Satu Malaysia. Tak kira apa bangsa, apa agama.

PAK MAN: Kampung kita dah lama buat, Siva. Buktinya – anak-anak kampung yang telah berjaya macam kamulah.

GRAM MUZIK PENUTUP



Contoh Sketsa 3:


Drama : Sketsa
Tajuk : 1M - Melancong ke Melaka

GRAM MUZIK PENGENALAN

K/B BUNYI KENDERAAN, HON DAN ORANG BERJALAN KAKI

ZAINAL: Tak sesia kita melancong ke Melaka ni. Banyak betul tempat bersejarah yang dapat kita tengok. Sungguh pun kita jauh berjalan, tak terasa penat pun.

AIDA: Melaka ini memang banyak keistimewaannya. Tengok sahajalah bangunan yang usianya beratus-ratus tahun ini. Masih lagi kukuh sampai sekarang. Tapi sebenarnya yang menarik minat saya ada di depan mata ini. Ha, cuba lihat…

ZAINAL: Bangunan Masjid Tengkera tu? Memang unik kan. Menaranya ada reka bentuk senibina Cina. Itulah identiti masjid yang unik diMelaka ni. Tak ada di tempat lain di dunia.

AIDA: Bukan masjid itu sahaja, Zainal. Cuba lihat sana. Masjid, tokong Cina dan kuil Hindu dibina berhampiran.

ZAINAL: Hmm… Memang menarik tapi biasalah tu…

AIDA: (MENGELUH) Apa pula biasanya… Luar biasa! Cuba fikir – ada ke kat tempat-tempat lain yang masjid dan rumah ibadat dibina berhampiran? Nampak tak? Kewujudan masjid dan rumah-rumah ibadat ini menunjukkan yang sejak zaman dahulu masyarakat tempat ini hidup bersatu padu. Tak timbul sebarang perbezaan atau perselisihan.

ZAINAL: Betullah! Baru saya perasan. Wah, nampaknya itu melambangkan masyarakat di sini hidup harmoni sejak dahulu lagi. Masing-masing bebas mengamalkan kepercayaan dan pegangan agama.

AIDA: Siapa kata Satu Malaysia baru sahaja hendak bermula? Ini buktinya yang semangat itu sejak wujud sejak dari zaman dahulu lagi.

ZAINAL: Saya setuju dengan awak, Aida. (NADA MENURUN) Orang sekarang patut rasa malu dengan masyarakat dahulu lah kalau begitu.

AIDA: Eh, kenapa pula awak kata begitu, Zainal?
ZAINAL: Yalah, orang dahulu macam di Melaka ini – tak perlu adakan kempen, hendak ingatkan selalu tentang perpaduan, tentang hidup bersatu dan harmoni.

AIDA: Tak salah adakan kempen demi untuk kebaikan, Zainal. Lagi pun kalau tak diwar-warkan, ramai yang leka – tak sedar kepentingan hidup harmoni dan bersatu padu. Eh, jom kita masuk ke dalam Masjid Tengkera – aku hendak ambil gambarlah. Nak jadikan kenangkenangan.
ZAINAL: Mari, mana boleh lepaskan peluang – inilah wajah SatuMalaysia. Kita boleh tunjukkan pada kawan-kawan balik nanti.

GRAM MUZIK PENUTUP